KITA 20FORTEEN CONCERT

REVIEW TICKET_FA
FORTEEN bermula dengan 4 jejaka berbakat besar Izzue, Ariz, One dan Ameer disatukan menerusi ujibakat oleh KRU Music pada tahun 2011. Genap 3 tahun, sebut sahaja nama FORTEEN, pasti ramai terbayangkan alunan vokal yang mantap dengan lagu-lagu pop balada yang sering menjadi hit di corong-corong radio. Ini terbukti melalui kejayaan single pertama mereka “Berdua Bersatu”, FORTEEN tersenarai dalam Top 5 Artis Duo/Kumpulan ABPBH 2011. Selepas kejayaan single pertama ini, FORTEEN tampil mempertaruhkan single kedua “Seperti Dulu” yang juga merupakan lagu tema filem 3D pertama keluaran KRU Studios “29 Februari”. Industri muzik negara seakan merestui perjalanan seni FORTEEN apabila mereka dinobatkan sebagai Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 19 tahun 2012 dan tercalon ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 27. Diikuti pula dengan kejayaan single ketiga “Kita” yang berjaya tercalon ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 28 dan Top 5 Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 20.

Meneruskan perjalanan seni mereka, FORTEEN telah tampil dengan album debut mereka yang berjudul “KITA” yang dipasarkan pada 23hb Disember 2013 yang lalu. Album “KITA” memuatkan 6 buah lagu antaranya lagu “Kita”, “Tidak Pernah Berjumpa”, “Dikau Saja”,”Berdua Bersatu”, “Ketika Ini” dan “Seperti Dulu”. Album “KITA”, mempertaruhkan single terbaru mereka berjudul “Tidak Pernah Berjumpa” yang memberikan kelainan dari single terdahulu yang berentak pop akustik `sing –a-long’ yang santai dan “easy listening”. Penjualan album “KITA’’ dan penjualan muat-naik menerusi pasaran i-Tunes dan nada dering melalui syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada peminat setia mereka .

Dengan, kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh FORTEEN dan bagi menghargai kesetiaan peminat yang sentiasa menyokong dan untuk menampilkan bakat FORTEEN, KRU Music Sdn. Bhd. telah menganjurkan KITA 20FORTEEN CONCERT yang bakal berlangsung pada 29hb Mac 2014.
“Tujuan pihak pengurusan KRU Music mengadakan konsert seperti ini adalah untuk membimbing dan membangunkan kerjaya artis-artis agar mereka lebih yakin dan memberikan persembahan yang terbaik, ianya untuk menjadikan mereka lebih berkaliber di masa hadapan”, ujar Jaja Nadzir selaku Naib Presiden, KRU Music Sdn Bhd.

KITA 20FORTEEN CONCERT ini bertempat di KL Live, Jalan Sultan Ismail dan pintu masuk akan dibuka pada tepat 3.00 petang. Seawal pembukaan konsert ini akan diserikan dengan persembahan artis-artis dibawah naungan KRU Music seperti Hazury, #tag, Qasri, Fitri Hakim dan Zia Bella. FORTEEN akan membuat persembahan pada jam 5 petang sehingga 7 petang, selama 2 jam ini akan menggunakkan khidmat “live band” bagi memantapkan lagi persembahan mereka akan diselangselikan dengan gimik dan kejutan yang bakal diketahui pada hari konsert tersebut. Lebih kurang sebanyak 15 buah lagu bakal diperdengarkan dan dipersembahkan oleh FORTEEN. Tiket konsert ini berharga RM80.00 sahaja. Penjualan tiket konsert telah dijalankan dan boleh didapati di talian hotline United Studios 03 8320 1888, KL Live 03 2162 2570/71/72 dan di Red Box Ria 03 2694 7788. Sebarang pertanyaan boleh dilakukan di enquiries@unitedstudios.net.

Bagi memastikan urusan promosi KITA 20FORTEEN CONCERT berjalan lancar dan mendapat liputan yang meluas pihak KRU Music telah bergabung dengan rakan-rakan media seperti stesen radio ERAFM sebagai radio rasmi, Media Hiburan sebagai majalah rasmi, Rotikaya sebagai portal rasmi, Red Box Ria sebagai pusat karaoke rasmi dan KL live merupakan lokasi rasmi. FORTEEN cukup bertuah kerana penampilan mereka nanti semasa KITA 2OFORTEEN CONCERT mendapat khidmat penajan pakaian oleh pereka terkenal, Fairuz Ramdan manakala kasut FORTEEN ditaja oleh jenama Twenty2nd .

Dan diharap rakan-rakan media yang lain juga turut sama membantu untuk memberikan liputan bagi KITA 20FORTEEN CONCERT ini agar dapat membantu dalam menjayakan konsert ini.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.facebook.com/utdstudios/info & enquiries@unitedstudios.net , https://www.facebook.com/krustudios https://www.facebook.com/krumuzik dan juga di Facebook Forteen https://www.facebook.com/officialforteen .

Check Also

“Mereka Yang Tertewas: Kisah Perjuangan Dakwah Lebai Pa”

“Mereka Yang Tertewas” adalah sebuah adaptasi novel karya Hasanuddin MD Isa yang diadaptasi untuk filem.Filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *