Kali pertama bergabung pada 2011 dalam menghasilkan sebuah lagu raya yang bertajuk “Hangatnya Raya Di Hatiku“ lantunan suara penyampai radio Hot FM serta adik-adik dari program realiti TV9, Idola Kecil. Tahun ini, sekali lagi dua jenama ini berkolaborasi menghasilkan sebuah telefilem raya yang mampu meledakkan tawa di Syawal mendatang.
HIBURAN TERBAIK – BERMULA 8.30 MALAM
RAYA PERTAMA
GALAKSI RAYA
Elemen menarik cuba disuntik apabila Galaksi Raya 2012 ini bagaikan pertemuan semula Ikhwan, Kiah Propa dan selebriti kontroversi jemputan yang sudah dimamah usia. Mereka akan menyingkap kembali kontroversi yang pernah melanda mereka ketika di zaman muda.
VERSUS REUNION , 10.30 MALAM
6ixth Sense, Black & Parallax, Go Gerila!, Hujan dan Sofazr akan bergabung kembali untuk menggegarkan malam raya anda. Persembahan esklusif yang akan menghimpunkan kelima-lima band hebat ini pasti memikat dengan persembahan penuh bertenaga. Konsert mini Versus Reunion ini masih lagi mengekalkan pengacaranya, iaitu Aidid Marcello dan Hunny Madu. Berhibur bersama aspirasi kreatif mereka untuk satu kepuasan yang menjadi santapan jiwa.
RAYA KEDUA
LASKAR NIDJI
Setelah berjaya memukau hati para peminat Malaysia dengan persembahan hebat di Gig Triple Play bersama-sama Bunkface dan Hujan, Nidji kembali untuk hiburan malam raya anda. Nidji akan membuat kemunculan istimewa dalam Laskar Nidji yang pastinya akan membawa anda lebih dekat lagi untuk lebih mengenali kumpulan Nidji. Anda juga akan dihiburkan dengan persembahan muzik akustik yang akan mengiringi nyanyian merdu Giring, penyanyi utama kumpulan Nidji dan juga sesi basking bersama artis terkemuka tempatan.
RAYA KETIGA
GIG TRIPLE PLAY
Kesinambungan kejayaan program realiti terunggul Versus yang menonjolkan kreativiti tanpa batasan diteruskan dengan sebuah lagi konsert muzik rock yang diberi nama Gig Triple Play yang telah berlangsung di KL Live. Suntikan muzik dari tiga kumpulan yang menjadi kegilaan anak muda masa kini iaitu Bunkface, Hujan dan Nidji akan kembali menggegarkan pentas dan kaca televisyen anda pada malam raya ketiga nanti.
FILEM TERBAIK – 8.30 MALAM
RAYA KEEMPAT
SENARIO THE MOVIE
Filem ini mengisahkan tiga sahabat- Mazlan, Azlee dan Wahid yang berhijrah ke Kuala Lumpur (KL) untuk memenuhi impian mereka menjadi orang yang terkenal suatu hari nanti. Mereka merantau ke KL untuk menghadiri ujibakat menjadi pelawak terhebat. Malangnya mereka berhadapan dengan pelbagai halangan yang telah membantutkan niat mereka untuk melangkah kehadapan. Peristiwa yang tidak dapat dilupakan adalah ketika mereka ditahan polis kerana rupa mereka mirip dengan sekumpulan penjenayah yang terlibat dalam rompakan besar. Mereka amat risau kerana ujibakat itu akan berlangsung dalam tempoh beberapa hari saja lagi tetapi mereka masih terkurung didalam jel. Tambahan pula mereka tidak membuat persiapan langsung untuk menjalani ujibakat tersebut. Namun, berkat kesabaran dan keazaman mereka akhirnya dilepaskan dan sempat untuk menghadiri ujibakat tersebut. Tetapi, adakah mereka akan berjaya untuk menyertainya dan memenuhi impian mereka?
RAYA KELIMA
SENARIO LAGI
Azlee merancang untuk membawa isterinya, Zati dan anak lelaki mereka, Zizi, bercuti ke Cherating. Lalu Azlee menukar kereta Kancil yang dimilikinya kepada Proton Wira melalui seorang jurujual bernama Borhan. Selepas Azlee meninggalkan premis tersebut, seorang samseng bernama Mazlan datang mencari kereta Proton Wira yang sama seperti yang telah dijual kepada Azlee. Mazlan yang sememangnya bertekad untuk mendapatkan kembali kereta tersebut mahu menjejaki Azlee setelah mengetahui Azlee memiliki kereta tersebut. Pelbagai peritstiwa menarik terjadi sepanjang perjalanan Azlee dan keluarga hanya untuk memenuhi kehendak isteri dan anaknya untuk bercuti.
RAYA KEENAM
SENARIO PEMBURU EMAS YAMASHITA
Boy (Azlee), Put (Wahid), Seman (Lan Pet Pet) dan Jali (Que Haidar) adalah empat lelaki yang dihantar ke klinik mental kerana perlakuan tidak normal mereka.Namun, mereka sebenarnya tidak mempunyai masalah mental tetapi telah dipandang rendah oleh masyarakat disebabkan sikap aneh mereka (seorang suka meludah, dua orang memerlukan rawatan pengawalan marah dan seorang mengatakan dia telah diberikan sebuah peta harta karun Jeneral Yamashita oleh seorang askar Jepun semasa di dalam hutan). Pegawai yang bertanggungjawab untuk menjaga mereka adalah Murad (Beego), seorang lelaki yang tidak berhati perut serta Dr. Lisa (Nora Danish) yang baik dan cantik. Dr. Lisa telah bertunang dengan Murad tetapi dia tidak mengenali diri sebenar Murad.
RAYA KETUJUH
PUTERI GUNUNG LEDANG THE MOVIE
Empayar Majapahit dilanda gawat setelah diserang oleh Putera Demak dari Jawa. Mengelak dari kejadian menjadi bertambah buruk, raja Majapahit, Gusti Adipati Handaya Ningrat menawarkan Demak berkahwin dengan adiknya, Gusti Putri Retno Dumilah. Tanpa pengetahuannya, Gusti Putri telah melarikan diri dengan berlayar ke Gunung Ledang untuk bersama cinta hatinya Hang Tuah. Gusti Adipati terpaksa menjalinkan perkaitan dengan Melaka pula dengan menawarkan adiknya pada Sultan Mahmud Shah pula. Gusti Putri menentang perkahwinan tersebut kerana cintanya hanya pada Hang Tuah.
TELE FILEM TERBAIK – 12.30 TENGAH HARI
RAYA PERTAMA
RAYA TANPA WAYAR
Hari Raya bakal menjelang tak lama lagi. Melihat keadaan keluarga Tok Ali yang masing-masing sibuk dengan gajet masing-masing, Tok Ali mengatur strategi untuk menghadapi kecanggihan dunia masa kini yang telah merosakkan keakraban perhubungan anak dan cucunya yang hanya berkomunikasi melalui aplikasi internet/gajet. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh Tok Ali untuk menyatukan keluarganya termasuk menghalang mereka daripada menggunakan gajet. Tok Ali juga telah memotong talian internet dikampung mereka supaya keluarganya boleh berkomunikasi secara normal seperti dahulu. Terdapat juga konflik keluarga Ghazali yang selalu sibuk dengan perniagaan dan BBM sehingga menjadikan isterinya bosan di rumah sehingga Rahidah bertemu semula kekasih lamanya di sekolah melalui Facebook.
Pelakon: Jalil Hamid, Fiza Halim, Shahrizal Jaszle dan Ruminah Sidek
RAYA KEDUA
BEDAH TONG GAS NAK RAYA
Hari pertama berpuasa, Bedah akan tinggal di rumah ibunya, Mak Senah. Mak Senah berpengalaman sebagai bidan mengurut Bedah yang baru lepas bersalin. Pak Kulop diminta menjaga perniagaan tong gas Bedah manakala Zamri menjaga bayinya. Kemunculan Che Ta dalam kampong itu untuk menjual gas telah mengejutkan Bedah. Che Tan akan menjadi rakan niaganya tapi Bedah selaku CEO tong gasnya tidak ada perasaan dengki. Sementara Ucop pula sudah frust mahu mencari tikus lagi. Dia cuba mencari lipas pula kononya permintaan hangat di Canada. Pak Kulop mengajak Ucop membantunya di kedai tong gas tetapi Ucop pandang rendah terhadap perniagaan itu. Zamri dan Ucop keduanya meminati Che Ta. Che Ta sememangnya adalah pendengki paling hebat. Dengan kecantikan yang ada, dia berjaya menggoda Ucop untuk kerja dengannya. Zamri geram melihat Ucop rapat dengan Che Ta. Pada malam raya, Zamri, Bedah, Pak Kulop sibuk melakukan persiapan akhir perayaan manakala Che Ta dan Ucop sibuk jual tong gas sehingga pada malam raya, Che Ta perasan yang dia tidak sempat membuat persiapan raya dah dia kehabisan gas.
Pelakon: Bell Ngasri, Noorkhiriah, Joey Daud, Syanie, Jalil Hamid, Rozita Che Wan. Director: Nazir Jamaludin
RAYA KETIGA
HANGITNYA RAYA
AG yang ‘memberontak‘ akibat tidak mendapat kelulusan untuk cuti beraya. Dari situ, terbit pelbagai akal untuk mengenakan Fara yang berjaya meraih cuti dari majikan mereka. Apatah lagi saat mencari idea nakal, AG terdengar perbualan Fara dengan ibunya yang mahukan Fara membawa pulang calon menantu untuknya. AG mula merancang langkah untuk mengenakan Fara yang akhirnya menjerat dirinya sendiri. Usop Wilca yang melihat situasi hangat antara AG, Fara dan Ikhwan mula menasihati mereka. Apakah yang sebenarnya belaku? Sama-sama kita nantikan telemovie “Hangitnya Raya“
Pelakon: AG, Faizal Ismail, Fara Fauzana, Ikhwan, Kieran, Suraya, Usop Wilca.
RAYA KEEMPAT
MENCARI NURFITRI
Zaharah adalah anak seorang bekas tentera iaitu Dato Mejar Zakaria. Zaharah telah terpisah dengan anaknya Nurfitri, dan suaminya. Ini berpunca kerana sikap Ayahnya yang amat tegas. Suatu hari, Mejar Zakaria mahu menjodohkan dia dengan anak kawannya. Zaharah menolak kerana tidak ada perasaan cinta terhadap lelaki itu. Akibat dari itu, Mejar Zakaria merajuk dah berharap Zaharah akan memujuk seperti biasa. Mejar Zakaria membawa diri ke Rumah Kenangan. Dalam masa yang sama, Nurfitri tinggal di Rumah Kenangan, sejak dari kecil. Kedatangan Mejar Zakaria disambut baik oleh Nurfitri. Nurfitri berminat dengan “orang tua baru” itu dan menganggapnya seperti atuk sendiri. Zaharah sedar dan menyesal atas perbuatannya terhadap Nurfitri. Zaharah cuba mencari Nurfitri tetapi tidak jumpa. Menjelang Hari Raya, Zaharah memohon ampun dengan ayahnya tetapi Ayahnya berjauh hati kerana telah dituduh menghancurkan hidup Zaharah.Nurfitri tanpa sengaja menjatuhkan barang milik atuknya sehingga atuknya mengamuk dan menuduh Nurfitri panjang tangan. Suatu hari, Mejar Zakaria terjumpa hadiah pemberian Nurfitri di dalam begnya. Mereka kembali kerumah Kenangan untuk mendapatkan Nurfitri..
Pelakon: Rahim Jailani, Talha Harith, Zarina Zainoordin, Putri Balqis Azizi
UPIN & IPIN SPECIAL
RAYA PERTAMA – 5.30 PETANG
RAYA KEDUA – 11.00 PAGI
PERADUAN ISTIMEWA UPIN & IPIN
Seorang pemenang bertuah berpeluang beraya bersama Upin & Ipin, termasuk mendapat duit raya serta barangan eksklusif Upin & Ipin.
LAIN-LAIN YANG MENARIK:
KITA PUNYA RAYA
Malam Raya, 9.30 malam
DJ Hot FM akan singgah di lokasi-lokasi panas pada malam raya di sekitar Kuala Lumpur. Mereka akan menemuramah dan bermain beberapa permainan dengan orang awam dan mereka berpeluang untuk memenangi duit raya. Terdapat juga persembahan menarik daripada selebriti-selebriti terkenal tanah air di konti Hot FM. Kita Punya Raya akan bersiaran secara langsung daripada konti Hot FM, Jalan Tun Abdul Razak dan KL Sentral.
FBI RAYA AWAL
Malam Raya, 10.30 malam
FBI dan Awal akan membentuk dua kumpulan yang terdiri daripada artis dan selebriti, untuk bersaing dalam permainan-permainan bertemakan raya ini. Jangan terlepas untuk menyaksikan para selebriti ini bermain dalam rancangan FBI Raya Awal dan anda tidak akan kering gusi melihat telatah kumpulan kalah yang didenda!
KETUPAT RENDANG KOPI O (KRKO)
Sehari sebelum Raya hingga Ketiga, 8.00 pagi
Rancangan bual bicara pagi kegemaran anda kini dibuat khas versi Raya. KRKO akan bersiaran secara langsung pagi sebelum sambutan Hari Raya di foyer Sri Pentas. Latar belakang siaran langsung itu akan diserikan dengan suasana kampung dengan enam pengacara bersilih ganti selama 4 hari seperti Aziz Desa, Luqman, Hunny Madu, Fizo Omar, AG dan Bienda. Antara yang akan dikongsikan bersama ialah suasana sambutan Hari Raya di perkampungan orang asli. Lebih menarik, Luqman akan memabawa kita ke Ghaza untuk meninjau bagaimana masyarakat di sana menyambut hari lebaran dengan keadaan yang serba kekurangan.
AHMAD MUHAMMAD
Raya Pertama, 11.00 pagi
Saksikan kehidupan kembar siam Ahmad-Muhammad yang telah berjaya dipisahkan melalui pembedahan pada 9 tahun lalu atas ihsan sebuah keluarga diraja Arab Saudi, dan bagaimana mereka meneruskan kehidupan selepas kehilangan ibu tercinta akibat kanser.
LAMA TERBARU
Raya Kedua, 10.00 pagi
Rancangan yang mengembara ke 8 negeri di Malaysia dalam misi meneroka budaya muzik tempatan untuk dimainkan dalam satu lagu raya yang menjadi siulan ramai. Dalam suka dan duka, pelbagai kelainan elemen budaya muzik, drama dan kepercayaan mistik dari negeri-negeri ini akan
SAYA MELAYU MEKAH
Raya Keenam, 10.00 pagi
Kenali dengan lebih dekat qari Malaysia pertama yang berkahwin dengan kerabat diraja Arab Saudi. Adakah impian masa kecilnya untuk menjadi imam Melayu pertama di Masjidil Haram menjadi kenyataan?
Saksikan dokumentari bersama Sheikh Abdul Karim Omar Fatani Al-Makki.