Tuesday , May 17 2022

KONSERT AMAL DOA BUAT KEKASIH

Tidak ada siapa yang mahu kehilangan cinta. Namun kehilangan mengajar erti kesabaran dan ketabahan serta bagaimana meraih semangat untuk bangkit semula bagi meneruskan hari-hari yang mendatang.

Secara simbolik, inilah elemen utama yang cuba diangkat dalam Konsert Amal Doa Buat Kekasih yang bakal berlangsung di Persada Johor international Convention Centre pada 1 September 2018.

Konsert amal yang bakal dijayakan oleh Datuk Ramli Sarip bersama Dayang Nurfaizah dan Ayai Ilusi ini dianjurkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) dengan kerjasama Rasa Karya Music Sdn Bhd dan MG Network dengan tujuan meraih dana bagi membantu pesakit-pesakit kanser yang memerlukan bantuan kos rawatan dan perubatan.

Pada waktu yang sama ia juga diharap dapat menyuntik rasa prihatin dan kesedaran mengenai penyakit kanser di kalangan masyarakat dengan Iebih mendalam lagi bersesuaian dengan objektif penubuhan YKTLJ.

“Kita mensasarkan sumbangan daripada syarikat-syarikat korporat dan individu bagi menjayakan konsert amal sambii berhibur. Kita juga akan menjemput pejuangpejuang kanser untuk sama-sama hadir menikmati konsert ini bersama dengan DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Alharhum Sultan ldris Shah, Permaisuri Johor merangkap Penaung YKTLJ”. Kata Y.B Dato’ Ismail Bin Karim, Ahli Lembaga Pengarah YKTLJ merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Program.

Menurut Encik Mohd Anizam Bin Jamian, Ketua Pegawai Eksekutif YKTLJ pula, untuk edisi yang julung kalinya diadakan ini pihak YKTLJ mensasarkan kutipan sebanyak RM3 juta daripada pakej penajaan penjuaian meja Platinum bernilai RM100 ribu, pakej Gold RM50 ribu, pakej Silver RM30 ribu dan Bronze RM10 ribu.

Mengangkat lagu Doa Buat Kekasih yang dinyanyikan serta dipopularkan Datuk Ramli Sarip sebagai pemilihan tajuk konsert amal ini, kehebatan lagu yang memiliki nuansa muzik pop penuh kemelayuan ini bukan hanya terletak kepada hook melodinya yang cukup santai, catchy, easy listening serta mudah dinyanyikan bersama, sebaliknya ia memiliki nukilan lirik yang cukup positif mengenai sebuah perpisahan cinta.

Tidak hairanlah mengapa ia berjaya mencetuskan fenomena cukup luar biasa di dalam senario industri muzik Malaysia dan seluruh gugusan kepulauan Melayu terutama Singapura, Brunei dan lndonesia.

“Setiap perpisahan itu tidak semestinya harus berakhir dengan kepahitan. Adakalanya kita harus reda dengan ketentuan dan mendoakan kekasih kita itu, biarpun hubungan telah pun berakhir. la sebuah lagu perpisahan yang positif serta matang,” kata Datuk Ramli Sarip sewaktu membuka rahsia mengenai lagu yang digubahnya serta liriknya ditulis Hartinah Ahmad itu.

“Lagu tersebut sudah mencecah usia 30 tahun. Idea untuk menghasilkan lagu Doa Buat Kekasih tercetus selepas popularnya lagu Up Where We Belong nyanyian Joe Cocker & Jennifer Warnes. Terfikir saya mengapa tidak saya hasilkan lagu duet. Kebetulan industri muzik kita memang ketandusan lagu-lagu berbentuk duet, lebihlebih Iagi pada era 80-an.

Namun, konsert ini nanti akan mengetengahkan segmen persembahan solo setiap penyanyi dengan mengangkat lagu hits masing-masing.

Konsert Amal Doa Buat Kekasih 2018 ini adalah sebahagian daripada rentetan perjalanan Konsert Doa Buat Kekasih 30th Anniversary Tour 2018 bakal berlangsung di beberapa lokasi terpilih di seluruh negara termasuklah di lstana Budaya pada 6 Oktober dan Dewan Konsert Esplanade Singapura (17 Oktober 2018).

Konsert Doa Buat Kekasih 30th Anniversary Tour 2018 di Dewan Konsert Esplanade Singapura pada adalah hasil kerjasama bersama AlN Society (Social Services Organization for Cancer Patient).

Seperti lazimnya, Konsert Amal Doa Buat Kekasih 2018 yang dijayakan Datuk Ramli Sarip, Dayang Nurfaizah serta Ayai llusi ini turut mendapat khidmat iringan pemuzik profesional, Soul Journey yang dianggotai Aji Samin (gitaris 1), Rizal Halim (gitaris 2), Din Safari (bassist), Rozario Rasul (keyboardist), Tom Anuar (drummer) dan Paang Zaman (percussionist).

Tempahan meja dan tiket Konsert Amal Doa Buat Kekasih 2018 di Persada Johor Convention Centre boleh didapati menerusi pejabat YKTLJ ditalian 07 557 0404.

Layari tl’cf.oro/doabuatkekasih atau laman Facebook rasmi Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation dan lnstragram Laksamana Foundation @tljcf.

Manakala tiket-tiket Doa Buat Kekasih 30th Anniversary Tour 2018 di lstana Budaya pada 6 Oktober telah pun mula dijual pada harga RM400, RM350 RM250 , RM200 . RM150 dan RM100. Belian atau tempahan tiket: www.ilassotickets.com. lnfo tiket: +603 31706333. Info Konsert: +603 77730677.

Check Also

WARREN HUE Releases New Single “W (WITH YVNGXCHRIS)”

Today, 19-year-old Indonesian rising rapper, singer and producer Warren Hue releases his new track “W …

Leave a Reply

Your email address will not be published.