Hampir enam tahun menunggu, para peminat TVXQ akhirnya dapat menyaksikan persembahan mereka secara langsung di Stadium Malawati,Shah Alam.Walaupun hanya tinggal berdua namun mereka telah bersedia untuk memberikan persembahan yang hebat dan akan menjadi memori manis buat seluruh peminat.
Sebelum ini TVXQ dikenali dengan lima anggota yang mana tiga lagi ahli ialah Jaejoong, Yoochun, Junsu. Semasa berlima(sebelum berpecah), mereka pernah berkunjung ke sini untuk persembahan pertama, sekitar 2006 dan konsert sulung pada 2007. Dihadapan kira-kira 12,000 peminat,TVXQ telah membuktikan meskipun tanpa tiga lagi anggota, mereka mampu memberi satu persembahan yang tidak kurang hebat dan menakjubkan.
Muncul segak bergaya dengan outfit putih, Changmin dan Yunho membuat gimik seakan mereka terbang ke arah peminat dan memulakan konsert dengan lagu, Rising Sun. Lantas menggamit nostalgia (sewaktu di zaman mereka berlima dulu), yang mana lagu itulah yang meletakkan TVXQ dipuncak. Kemudian mereka teruskan dengan Getaway, Why dan Hey. Sewaktu menyanyikan Like a Soap, pentas tiba-tiba bertukar menjadi seperti taman alam fantasi penuh bunga-bungaan dan maskot serangga sebagai props, menjadikan persembahan tambah menarik.Segmen solo juga tidak boleh dilupakan apabila duo ini masing-masing tampil dengan showmanship tersendiri. Changmin menyuntik mood sentimental dengan lagu Journey. Ada peningkatan dari segi vokalnnya. Sementara Yunho dengan kelebihannya – masih ligat menari sewaktu menyampaikan lagu Happy Bunny Funny.
Kemudian diteruskan dengan lagu Wrong Number, yang menampilkan konsep aksi lawan pedang. Tak cukup dengan itu, persembahan tersebut diiringi gimik mereka ditikam dan pantas kelihatan darah mengalir di lantai pentas. Mengagumkan, gimik darah itu sebenarnya adalah gerakan kain merah yang muncul tiba-tiba di lantai.
Adrenalin peminat memuncak dan arena semakin hangat apabila TVXQ mendendangkan I Don’t Know, Humanoid dan Purple Line. Dalam kerancakkan itu, sekali lagi suasana cemas dek kerana gimik letupan yang kuat. Tidak disangka-sangka beberapa batu yang dijadikan props pada tiang pentas tiba-tiba jatuh lantai pentas dan hampir-hampir menghempap Changmin yang ketika itu sedang berjalan ke arah depan. Namun keadaan terkawal dan TVXQ nampak sangat releks dan meneruskan persembahan mereka.
Bergema stadium dengan sorakan peminat apabila mereka mendendangkan lagu I Wanna Hold You. Kemudian ketika menyampaikan lagu Here I Stand, Changmin dan Yunho mengambil kesempataan mendekati peminat dan melambai-lambai keara seluruh yang ada di stadium. Konsert selama 2 jam setengah itu diteruskan dengan lagu Dream, Catch Me, Why, Unforgettable, Mirotic, Hiyaya (Summer Days), Summer Dream, dan Sky dan diakhir dengan I’ll Be There.
Secara keseluruhan, (meskipun dilihat kedua-dua mereka kurang berinteraksi bersama peminat) namun menerusi konsert yang mencecah kos lebih RM1.5 juta ini, TVXQ nyata berjaya memberi kepuasan kepada semua penonton yang menyaksikan konsert mereka. Ada peminat peminat, tak rugi mereka beli tiket semahal RM688.TVXQ Live World Tour “Catch Me” in Kuala Lumpur dianjurkan oleh JPM Music berkolaborasi bersama kru produksi pengurusan TVXQ yang diterbangkan khas daripada Korea Selatan.
[nggallery id=162]