Kuala Lumpur, 4 Mei 2025 – Mojo Projects dan Tuff Loud dengan bangganya mengumumkan konsert Dr Alban ‘Live in Malaysia’ yang akan berlangsung pada Jumaat, 23 Mei 2025 di Zepp Kuala Lumpur bermula jam 8 malam.
Dr Alban, ikon muzik dance dan reggae antarabangsa, akan membawa hit-hit lagunya yang popular ke Malaysia dalam persembahan yang ditunggu-tunggu peminat muzik tempatan. Konsert ini akan memaparkan lagu-lagu terkenal beliau termasuk “It’s My Life”, “No Coke”, dan “Look Who’s Talking”.

Tiket konsert kini dibuka untuk jualan dengan beberapa kategori yang ditawarkan. Zone “Music In Me” berharga RM345 (Early Bird) dan RM375 (Normal), manakala kategori “No Coke” masih tersedia tetapi dijual dengan cepat pada harga RM205 (Early Bird) dan RM235 (Normal). Zone “It’s My Life” juga masih ada dengan harga RM255 (Early Bird) dan RM285 (Normal). Sementara itu, kategori “Look Who’s Talking” dengan tempat duduk di balkoni menawarkan tiket terhad pada harga RM305 (Early Bird) dan RM335 (Normal).
Penganjur juga menawarkan pakej eksklusif “One Love Suites” pada harga RM7,250 untuk 6 orang dengan pelbagai keistimewaan termasuk jamuan bufet pra-konsert di ruang VIP, perkhidmatan letak kereta valet untuk 3 kereta, peluang berjumpa dan beramah mesra dengan Dr Alban, serta 6 helai baju-T konsert.

Peminat yang berminat untuk membeli tiket atau mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi penganjur di talian 012-2000 505.
Mix Lite dan Sinar telah dilantik sebagai rakan radio rasmi untuk konsert ini.