“Konsert Gemilang” Kolaborasi Tiga Figura Hiburan

Salah satu konsert mega untuk tahun 2012 dengan judul Konsert Gemilang yang mengandingkan tiga figura gergasi hiburan iaitu Jamal Abdillah, Dato’ Khadijah Ibrahim dan Seniman Negara, Datuk (Dr) Ahmad Nawab.Konsert ini bakal berlangsung di tiga buah lokasi bertempat di Kuantan, Singapura dan KL dari 29 September hingga 13 Oktober 2012. Ia dibawa khas oleh AMG Networks (M) Sdn Bhd.

Dengan pengalaman yang mencangkupi nilai seabad, konsert ini bakal membawa para penonton ke dalam penjelajahan merentasi masa dan pengalaman artis-artis yang selama ini dikenali melalui hasil kerja dan kolaborasi mereka yang melebihi 30 tahun.  

Tiket untuk Konsert Gemilang boleh didapati di Ticket2U dan dijual pada harga berikut :

Kuantan: RM150, RM75, RM50

Kuala Lumpur: RM500 (seksyen VIP termasuk sesi Meet & Greet selepas konsert)

                                RM300 (depan) RM200 (pertengahan ) & RM100 (belakang) 

Sila layari http://www.ticket2u.biz untuk keterangan lanjut.

Konsert akan bermula pada 8.30 malam.

 

Check Also

PRISM+ MEMPERKENALKAN KIPAS SILING LAGUNA DAN PETI SEJUK PUREFRESH DALAM USAHA MENGEMBANGKAN RANGKAIAN PERALATAN RUMAH

Kuala Lumpur, 4 Mac 2025 – PRISM+, jenama elektronik pengguna dan peralatan rumah yang terkenal, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *