Saturday , October 1 2022

KPWKM Bakal Anjur Banyak Program Di PAWE dan PDK

AA1SRI AMAN, 1 MAC: Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM),Dato Sri Rohani Abdul Karim memberitahu bahawa JKM akan sentiasa merancang pelbagai program di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) bagi melahirkan masyarakat yang aktif,positif dan produktif sebagai salah satu intervensi awal untuk pemulihan dan kemajuan orang kurang upaya (OKU).

“ Pelbagai aktiviti dijalankan dan kemudahan kepada warga emas dan OKU telah disediakan dengan kerjasama pelbagai pihak Kerajaan, sektor swasta dan komuniti setempat di Lingga mendapat sambutan yang sangat baik dan di luar jangkaan dari kalangan masyarakat sekitar Bahagian Sri Aman.

“Saya amat berharap agar kerjasama dan kesungguhan Jawatankuasa PAWE dan PDK bersama Kerajaan Negeri Sarawak melalui JKM Negeri Sarawak dapat diteruskan dan dipertingkatkan pencapaiannya demi kebajikan dan kesejahteraan hidup masyarakat.

“Sehingga kini terdapat 45 buah PAWE seluruh Negara dan di Sarawak sahaja terdapat 7 buah PAWE iaitu di Kuching, Miri, Sibu, Beladin, Tatau, Dalat dan juga Lingga. Di PAWE Lingga, sejak mula beroperasi pada tahun 2014, seramai 154 warga emas dengan kekerapan kehadiran warga emas yang mengikuti program/aktiviti yang diadakan di PAWE adalah seramai 830 orang, ” katanya.

Menurut beliau, sebanyak 38 buah PDK di Bahagian dan Daerah di negeri Sarawak yang mana 6 buah daripadanya ialah di PDK Lingga, Lubuk Antu di Bahagian Sri Aman, PDK Sri Melayu, PDK Sinaran Kasih, Tatau di Bahagian Bintulu, Sarawak dengan jumlah geran untuk keperluan PDK sebanyak RM8,910,668.00.

Dalam majlis yang sama juga turut menyaksikan Rohani menyampaikan sumbangan berbentuk ‘mock cheque’ bernilai RM 25,000.00 kepada seramai 25 orang kakitangan KPWKM di Sarawak terlibat sebagai mangsa banjir yang diwakili oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKMN) Sarawak.

“Penghargaan dan sumbangan ini juga adalah sebagai tanda keprihatinan Kementerian terhadap pegawai dan kakitangan termasuk keluarga yang menjadi mangsa banjir dan saya amat berharap agar ianya mampu meringankan beban kewangan dan emosi yang ditanggung selain bantuan ehsan yang akan diberikan oleh Kerajaan,” kata Rohani.

Check Also

PTTI beri penghargaan 335 pelajar cemerlang SPM 2021

Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI terus konsisten …

Leave a Reply

Your email address will not be published.