XOX Mobile, salah sebuah operator talian telefon mudah alih yang tersenarai di dalam Bursa Malaysia hari ini melancarkan servis terbarunya, XOX Season Pass, perkhidmatan terbaru yang bakal merevolusikan penggunaan telefon mudah alih.
XOX Season Pass mempunyai kelebihan dari segi fleksibiliti, keunikan perkongsian, dan kuasa memilih dan seterusnya menjadi faktor WOW yang memenuhi keperluan yang dikehendaki oleh pengguna mudah alih yang semakin arif dan berpengalaman.
Perkhidmatan terbaru ini dilancarkan dan dirasmikan oleh YB Dato’Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Pengarah Urusan Kumpulan XOX Berhad, Datuk Eddie Chai berkata, perkhidmatan terbaru XOX Season Pass telah di reka khas untuk tujuan fleksibiliti. Kesesuaian plan fleksibel ini akan memberikan pengguna fleksibiliti untuk mengawal atau mengurus pelan telefon mudah alih mereka.
Ciri-ciri perkongsian yang ada pada XOX Season Pass menjadikan ia satu perkhidmatan yang lebih menyerlah berbanding produk mudah-alih yang lain. Ia menitik beratkan kepada kelebihan untuk pengguna untuk berkongsi minit, SMS dan juga data kepada ahli keluarga dan rakan-rakan tanpa sebarang sekatan selagi ahli keluarga dan rakan-rakan adalah pengguna XOX Prepaid Plus. Dengan adanya ciri-ciri ini, pengguna boleh memilih untuk membeli kuota tinggi dengan harga menarik dan mengalakkan perkongsian.
Tidak seperti penggunaan prepaid biasa, XOX Season Pass memberikan diskaun serta-merta tanpa sebarang ikatan kontrak atau penggunaan minima harian atau commitment bulanan. Juga terdapat bonus percuma berupa bonus minit masa berbual, data dan sms yang terdapat dalam pelbagai jenis pakej.
Pengerusi XOX Dato’ Seri Abdul Azim bin Mohd Zabidi berkata XOX Season Pass adalah yang terbaik dalam kelasnya berbanding dengan syarikat telekomunikasi tempatan di negara ini dengan liputan rangkaian yang meluas dan terpantas.
Terdapat tiga jenis Pakej Panggilan Suara yang boleh dipilih dengan XOX Season Pass:-
- Pakej SP VI untuk 350 minit dan 50 bonus SMS bernilai RM49.90
- Pakej SP V2 untuk 700 minit dan 100 bonus SMS bernilai RM79.90
- Pakej SP V3 untuk 1400 minit dan 150 bonus SMS bernilai RM139.90
Terdapat juga tiga jenis Pakej Data :-
- Pakej SP D1 untuk 5GB dan bonus panggilan suara 50 minit bernilai RM109.90
- Pakej SP D2 untuk 10GB dan bonus panggilan suara 100 minit bernilai RM199.90
- Pakej SP D3 untuk 15 GB dan bonus panggilan suara 150 minit bernilai RM279.90
Selain itu, terdapat juga Pakej Kombo yang juga mempunyai tiga jenis pakej :-
- Pakej SP C1 untuk 350 minit berserta 5GB data dan bonus 50 SMS bernilai RM149.90
- Pakej SP C2 untuk 700 minit berserta 10GB data dan bonus 100 SMS bernilai RM249.90
- Pakej SP C3 untuk 1,400 minit berserta 15 GB data dan bonus 150 SMS bernilai RM399.90
XOX Season Pass ini boleh di dapati dan dilanggan oleh mana-mana pengguna sedia ada iaitu XOX Prepaid Plus. Pembelian atau langganan boleh dilakukan menerusi SMS yang mana caj akan dikenakan berdasarkan baki sedia ada atau melalui online www.xox.com.my di mana pembelian boleh di buat dengan menggunakan kad kredit atau perkhidmatan “online banking”.
XOX Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2005, dan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada tahun 2011.
XOX Bhd telah dianugerahkan Anugerah Jenama BrandLaureate 2013. Baru-baru ini, XOX telah bekerjasama dengan Persatuan Badminton Malaysia, dan Jabatan Penerangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai rakan teknologi mudah alih rasmi mereka.