Lebih 3500 Peminat Megadeth Banjiri Stadium Negara

Pelbagai desas desus mengenai kehadiran Megadeth ke Malaysia sebelum ini akhirnya terungkai apabila kumpulan thrash metal terkenal itu mengotakan janjinya untuk singgah ke Malaysia sebagai rangka promosi album studio ke 15 mereka “Dystopia”.  Megadeth yang dibarisi oleh Dave Mustaine selaku vokalis dan gitaris, David Ellefson pemain bass, Kiko Loureiro selaku gitaris dan Dick Verbeuren sebagai pemain drum akhirnya melakarkan sejarah peribadi secara umumnya dan Megadeth khususnya.

Tarikh 4 Mei yang lalu ternyata merupakan tarikh keramat buat fanatika kumpulan yang berasal daripada California untuk melihat band kegemaran mereka beraksi secara langsung di depan mata apatah lagi ianya di adakan di lokasi yang menghimpunkan pelbagai acara hiburan khususnya iaitu di Stadium Negara.

Seawal jam 4 petang lagi ratusan peminat telah mula berada di sekitar Stadium Negara malah sanggup beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan cenderamata eksklusif daripada salah sebuah band yang di klasifikasikan “Big Four” dalam arena muzik ekstrim (Metallica, Anthrax, Slayer dan Megadeth).

Tepat jam 8 malam, band tempatan yang bernuansakan metalcore, Massacre Conspiracy telah diberi tanggungjawab sebagai opening act untuk memanaskan suasana.  Komitmen jitu seraya penampilan serta persembahan yang konsisten wajar diberikan kredit kepada band yang dimonopoli oleh  Ash (vokal), Emy (drum), Sonny (gitar, vokal), Godoy (gitar), Daniel (Bass) dan Ax (keyboard, synth).

Massacre Conspiracy juga turut dikenali sebagai MC 16 telah menyampaikan 3 buah lagu yang cukup energatik lantaran mengalirkan adrenalin deras sebelum pentas diberikan kepada Megadeth antaranya ialah Parasite, Rises From The Grave dan Kingslayer.

Sorakan dan teriakan peminat yang telah sekian lama memenuhi segenap ruang di Stadium Negara akhirnya berbaloi apabila kelibat setiap jentera yang memacu jenama Megadeth muncul di atas pentas.  Tanpa prejudis lontaran terus di berikan kepada fanatika menerusi lagu-lagu seperti Hangar 18, Wake Up dead, In My Darkest Hour  dan Threat Is Real  yang sekaligus mengembalikan nostalgia hadirin yang hadir.

Biarpun Usia Dave Mustaine sudah 55 tahun namun lontaran vokalnya masih tidak berubah apatah lagi setiap petikan gitarnya sentiasa menjadi ikutan seraya gabungan melodi yang menjadikan ianya cukup merangsang minda peminat turut bernyanyi bersama.  Inilah kehebatan Megadeth yang selama ini dinantikan oleh ribuan peminatnya di Malaysia.

Conquer or Die, Lying In State, Sweating Bullets dan Trust dihamburkan tanpa rasa belas ikhsan, David, Kiko dan Dick terus memberikan aura yang terus menambat ribuan peminat untuk terus kaku di hadapan pentas.  Lying In State dan Sweating Bullets  adalah lagu yang dipetik daripada album Countdown To Extinction (1992) serta Cryptic Writing (1997).

“Saya memang sudah lama berhasrat untuk beraksi di Malaysia Malam ini, kami berasa sangat bertuah dapat menghiburkan anda semua,” ujar Mustaine

Tanpa rasa penat beberapa buah lagu lagi di alunkan She Wolf, Poisonous Shadows, Fatal Illusion dan Atout Le Monde.

Buaian nostalgia peminat yang membesar dengan lagu-lagu Megadeth pastinya terimbau apabila lagu Tornado, Post American World, Dystopia dan Symphony of Desctruction secara terus mengasak peminat untuk turut serta.  Dentuman drum sering bergantian bersama petikan gitar serta lontaran vokal amarah inilah yang menjadikan jenama Megadeth terus segar sehingga ke hari ini.  Dave selaku ketua kumpulan tidak memberikan sedikit ruang untuk beliau berceloteh, setiap detik dihamburkan dengan persembahan Megadeth yang cukup memukau.  Pesona, aura seta video mapping yang melatari konsert ternyata memberikan kehidupan terhadap konsert.

“Saya harap anda berseronok pada malam ini kerana kami amat seronok dapat datang ke Malaysia. Sudah lama kami menunggu untuk mengadakan persembahan di sini.” ujar Dave Mustaine.

Sebelum menutup tirai persembahan, Megadeth persembahkan lagu yang menjadi penanda aras kepada kumpulan itu iaitu Peace Sells dan Holy Wars… The Punishment Due .  Kepantasan muzik Megadeth seakan tidak terasa biarpun persembahan selama satu jam setengah sudah pun berakhir.  Konsert “Megadeth Live In Malaysia” adalah anjuran IME Malaysia telah berjaya menghimpunkan pelbagai usia serta kerjaya malah turut menyatukan pelbagai kaum.

Penantian selama 15 tahun akhirnya berbaloi apabila Megadeth menghipnosis kira-kira 5000 penonton di Stadium Negara, Kuala Lumpur kelmarin dengan laungan dan iringan muzik yang luar biasa.  Sebelum Malaysia Megadeth terlebih dahulu megadakan persembahan di Singapura.

 

Check Also

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!

Debaran semakin terasa apabila Ballet Nights mengumumkan bahawa Duta Muda Malaysia mereka, Sophia Ong, 14 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *