LEGENDA ROCK DATUK AMY SEARCH UMUM KONSEP ‘ROCK IT LIKE AMY’ UNTUK KONSERT GAYA MAGIS APRIL INI

KUALA LUMPUR, 10 FEBRUARI 2025 – Bersempena dengan pelancaran jualan tiket konsert Amy Search Magic secara rasmi hari ini, ikon rock nasional, Datuk Amy Search, telah mengumumkan tema busana khas untuk para peminat yang akan menghadiri konsert tersebut pada 26 April 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Konsert yang dinanti-nantikan itu akan membawa tema “Rock It Like Amy”, di mana Amy – atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman – menggalakkan para peminatnya untuk mengenakan gaya fesyen yang mencerminkan semangat dan identiti rock n’ roll yang menjadi tunjang kerjaya muziknya.

“Tema ini bukan sekadar tentang penampilan, tetapi ia merupakan satu penghormatan kepada evolusi muzik rock dan perjalanan seni saya yang telah merentasi empat dekad dalam industri,” jelas Amy semasa sidang media khas di ibu kota hari ini.

Beliau menambah, “Saya mahu semua yang hadir ke konsert ini menghidupkan kembali gaya rock yang pernah saya tampilkan sejak 40 tahun lalu hingga kini. Mari kita sama-sama merasai semula fenomena dunia rock yang mencetuskan demam pada era 80-an dan masih kekal relevan sehingga ke hari ini.”

Menurut Amy lagi, pemilihan tema tersebut adalah selaras dengan konsep konsert yang akan menampilkan pelbagai elemen magis dan luar biasa. “Konsert ini melampaui persembahan biasa – ia adalah sebuah perjalanan muzik yang penuh dengan keajaiban dan kenangan istimewa untuk semua peminat.”

Penghibur veteran ini turut menyatakan keyakinannya terhadap sentuhan kreatif Jennifer Thompson selaku pengarah konsert, serta pimpinan muzik yang akan diketuai oleh Rie Tsuji. “Dengan gabungan bakat-bakat hebat ini, konsert Amy Search Magic dijamin akan menghidupkan kembali nostalgia dan mencipta kenangan indah yang tidak terlupakan,” ujarnya.

Tiket untuk konsert ini telah mula dijual hari ini secara dalam talian melalui platform www.wowtix.com.my dengan pelbagai kategori harga:

  • RM788 – Kategori 1 (Rock Royalty)
  • RM608 – Kategori 2 (Saatku Idamkan)
  • RM538 – Kategori 3 (Kalimah Cinta)
  • RM388 – Kategori 4 (Kerja Gila)
  • RM288 – Kategori 5 (Gita Rama Sita)
  • RM188 – Kategori 6 (Lagu Tiada Lagi)

Para peminat digalakkan untuk bertindak segera kerana permintaan dijangka amat tinggi untuk konsert solo terbesar Amy Search dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Check Also

JACKSON WANG UMUMKAN SINGLE TERBAHARU “BUCK” DARIPADA ALBUM MAGIC MAN 2 KETIKA KONSERT GOT7 DI THAILAND

Bangkok, 2 Mei 2025 – Jackson Wang tampil bersama GOT7 di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, …

EMPAT LIVE IN KUALA LUMPUR 2025

Kuala Lumpur, 1 Mei 2025 – Industri hiburan Malaysia akan menyaksikan detik bersejarah apabila empat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *