LEGO® Bina KOTA GOTHAM DI MID VALLEY MEGAMALL

Filem The LEGO® BATMAN Movie yang akan ditayangkantidak lama lagi menjanjikan sesuatu yang paling mengagumkan’ – iaitu paparan Dark Knight dengan caraLEGO® yang tersendiri. Sempena tayangan perdana filem ini, LEGO Malaysia menghiburkan parapeminat BATMAN yang paling disayangi ini dalam Acara Khas The LEGO® BATMAN Movie di Atrium &Lobi Pintu Masuk Timur, Tingkat Bawah, Mid Valley Megamall. Acara untuk pengguna ini berlangsungdari Isnin 6 Februari 2017 hingga Ahad 12 Februari 2017.
Dianjurkan dengan kerjasama 20th Century Fox Malaysia dan Toys R Us untuk mempromosi filemterbaru dalam francais LEGO® dan memperkenalkan edisi terhad baru set The LEGO® BATMAN,peminat LEGO® dan wira pembanteras jenayah Gotham ini akan dihiburkan dengan pelbagai aktivitibertema The LEGO® BATMAN Movie, diorama LEGO® ciptaan peminat, dan peluang untuk menebuspelbagai cenderahati LEGO®!
Filem The LEGO® BATMAN Movie adalah mercu jaya baru bagi kami.
Seperti The LEGO® Movie, iapasti sekali lagi mencetus fenomena budaya pop dan kami sememangnya mahu memastikan kami dapatberhubung dengan peminat menerusi cara kami sendiri  dengan menyemai keseronokan membina.Acara ini bukan sekadar susulan filem, tetapi dari segenap segi merupakan unsur penting yang dijanjikanoleh LEGO® dan kami rasa tidak sempurna untuk menayangkan filem tanpa menganjurkan acara ini,”
kata Jacob Leighton Rennison, Pengurus Pemasaran Kanan LEGO Malaysia.
Peminat setia LEGO® dan BATMAN berpeluang untuk menyertaiaktiviti menarik yang berikut di Mid Valley Megamall:
Cabaran Persembunyian Joker (Joker’s Hideout)
Joker’s Hideout ialah cabaran dengan tema yang pasti dibanggakanoleh peminat LEGO® dan BATMAN. Sepasukan 4 orang menerokabilik-bilik berlainan dalam Persembunyian tersebut dan menggunakanLEGO® untuk membina dan menyelesaikan teka-teki untukmembolehkan mereka menangkap The Joker. Cabaran ini direka ciptauntuk kanak-kanak berumur 5-12 tahun. 
Diorama unik LEGO® BATMAN Movie
Satu-satunya diorama LEGO® BATMAN Movie ini dibina khas oleh peminat setia LEGO® di Malaysiadari Kumpulan Pengguna LEGO® Malaysia (LOM). Kumpulan ini menganjurkan pertandingan membinaLEGO® untuk menggalakkan peminat menyerlahkan bakat kreatif dalam diri mereka dan membinadiorama berdasarkan filem tersebut. Sebanyak 25 hasil ciptaan terbaik dipamerkan di acara tersebut.  
Bergambar dengan LEGO® BATMAN dan LEGO® ROBIN!
Pengguna Instagram yang suka memaparkan gambar mereka di media tersebut pasti teruja dengankemunculan mengejut maskot LEGO® BATMAN dan LEGO® Robin. Sebuah gerai foto dengan latarbelakang The LEGO® BATMAN Movie menawarkan kemudahan cetakan gambar serta-merta untukdibawa pulang sebagai kenangan. Di samping itu, peminat setia Dark Knight tidak harus melepaskanpeluang untuk melihat 10 Batsuit LEGO® BATMAN yang berlainan dalam 2D.
Cenderahati eksklusif LEGO® BATMAN Movie menerusi aktiviti Buat dan Bawa Pulang 
Dengan kerjasama Toys R Us, peminat yang membeli mana-mana set mainan The LEGO® BATMANMovie boleh membina Bat Mobile mereka sendiri di ruang mainan khas LEGO® dan membawanyapulang untuk digandingkan dengan set baru mereka.  
Peminat LEGO® dan Batman juga boleh mengunjungi gerai sementara The LEGO® BATMAN Movieyang akan didirikan di Pavilion, Kuala Lumpur, Ipoh Parade, Ipoh dan Queensbay Mall, Pulau Pinang.Selain itu, pembelian setiap dua (2) tiket filem akan membolehkan penonton menebus Bat Blind Couponistimewa dari kaunter tiket Golden Screen Cinemas, yang melayakkan mereka untuk menebus hadiahistimewa apabila membeli barangan LEGO® BATMAN di 7 gedung sah LEGO®.
Acara The LEGO® BATMAN Movie akan diadakan dari Isnin, 6 Februari 2017 hingga Ahad, 12Februari 2017. Untuk maklumat lanjut acara dan gerai sementara yang disediakan, sila ke lamanFacebook dan laman web rasmi LEGO® Malaysia, www.facebook.com/legomalaysia.official, danwww.lego.com/en-my/batmanmovie atau laman Facebook Toys R Us Malaysiawww.facebook.com/toysrusmyThe LEGO® BATMAN Movie akan ditayangkan di layar perak mulai hariKhamis, 9 Februari 2017. Ikuti berita dan perkembangan terkini The LEGO® BATMAN MOVIE denganmengunjungi laman Facebook rasmi Warner Brothers Pictures www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia.Peminat boleh berkongsi pengalaman The LEGO® BATMAN MOVIE mereka dengan menggunakanhashtag #LEGOBatmanMovieMY dan #BuildSomethingBatmanMY.

Check Also

Kahf Malaysia Ungguli Kategori Pelancaran Produk di Anugerah FMCG Asia 2024

Kahf Malaysia, jenama penjagaan diri lelaki yang sedang berkembang pesat, telah mencapai kejayaan membanggakan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *