LIFETIME Saluran Wanita Terbaru Di ASTRO

Lifetime Launch – Michele Schofield (Kiri) and Agnes Rozario (Kanan)

Sebuah saluran baru iaitu Lifetime yang menjanjikan penonton TV tempatan program-program ekklusif & terhebat khusus fokus kepada penonton kaum Wanita telah pun tiba di Malaysia sebagai sebuah lagi saluran tambah menerusi Astro variety channel di saluran 709.

Rangkaian ini telah dilancarkan di Astro minggu lepas sebagai sebahagian daripada saluran dibawah A+E Networks dan akan menampilkan kandungan yang mendorong kuat khas kepada kaum wanita.

“Walaupun sasaran utama Lifetime adalah penonton wanita, saluran itu tetap membawakan rangkaian program hiburan, siri tv & filem yang ternama yang juga dapat menarik penonton-penonton lelaki” menurut Michele Schofield naib presiden kanan, program dan pemasaran, Asia Pasifik A + E Networks.

hiburan dan pengaturcaraan maklumat, filem asal kritikal yang terkenal, drama dan siri realiti, juga akan melibatkan penonton lelaki,” kata Michele Schofield, naib presiden kanan, pengaturcaraan dan pemasaran, Asia Pasifik A + E Networks.

Untuk pelancaran di Asia, Lifetime membawakan tayangan perdana filem Liz & Dick yang dibintangi Lindsay Lohan, Grant Bowler, Ring of Fire, lakonan Jewel, Romeo Killer: The Chris Porco Story dibintangi Eric McCormack dan Sworn to Silence yang menampilkan Neve Campbell.

Saluran  Lifetime juga turut menawarkan program-program eksklusif & pertama kali ditayangkan di Malaysia antaranya seperti The Client List, Unforgettable, Masterchef Australia Musim ke-4 & Dance Moms.

Saluran Lifetime Astro 709 boleh dilanggan menerusi Astro Variety Pack.

Check Also

ROSSA KEMBALI DENGAN KONSERT “HERE I AM” DI AXIATA ARENA

Penyanyi tersohor Indonesia, Rossa, bakal mengadakan konsert solo bertajuk “Here I Am” di Axiata Arena, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *