LIGHTNING MCQUEEN DAN MONSTER TRUCK BUAT PENAMPILAN DI PERTUNJUKAN VELOCITY MOTOR SHOW

Pertunjukan Velocity Motor Show kini kembali dengan pelbagai model kereta didatangkan dari Malaysia, Thailand dan Singapura serta banyak lagi pameran istimewa untuk para pengunjung hujung minggu ini.

Karnival All About Wheels 2022 yang dikuasakan oleh Pulzar Lubricant, akan menampilkan ‘monster truck’ yang dibawa khas dari Thailand, pameran automotif serta pelbagai lagi pameran bakal menghangatkan acara yang dianjurkan oleh Velocity Motor Show di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa MINES (MIECC), Serdang pada 25 hingga 27 November ini bermula 10 pagi hingga 10 malam.

Tiga buah ‘Monster Truck’ serta model filem animasi terkenal, Cars, “Lightning McQueen” akan menghiasi AAW2022 yang menyasarkan untuk menarik minat pengunjung khususnya golongan keluarga dan peminat filem animasi serta dunia permotoran. Selain itu, Velocity Motor Show juga menganjurkan pertandingan Push Bike yang akan disertai oleh kanak-kanak berusia 2 hingga 6 tahun.

Majlis pelancaran All About Wheels 2022 telah berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa MINES (MIECC), yang disempurnakan oleh YB Senator, Datuk Ti Lian Ker.

Pengasas Velocity Motor Show, Jason Tan berkata, “Velocity Motor Show telah berjaya untuk membawa tiga buah “Monster Truck” dan “Lightning McQueen” sebagai nilai tambah kepada AAW2022 kali ini untuk menarik lebih ramai pengunjung untuk melihat sendiri model-model yang hanya akan berada di Malaysia selama tiga hari karnival berlangsung.

“Selain itu, untuk menarik lebih ramai pengunjung serta menambah kelainan pada AAW2022, Velocity Motorshow juga akan menganjurkan pertandingan Push Bike yang akan disertai oleh kanak-kanak berusia 2 hingga 6 tahun.”

Tambahnya lagi, “Kami di Velocity Motor Show mahu menjadikan karnival ini sebagai karnival tahunan serta terkenal di rantau Asia serta menjadi tumpuan para peminat industri pemotoran premier. Dan saya amat berbangga untuk dapat bekerjasama dengan beberapa pihak di luar negara untuk membawa model kereta yang jarang dapat kita lihat di Malaysia untuk diperagakan dalam AAW2022 di MIECC.

AAW2022 turut akan menampilkan pelbagai acara antaranya WrapFest, TunerFest, AirFest, 4X4Fest dan AutoFest yang mempamerkan pelbagai modifikasi menarik serta terkini bagi para penggemar kereta.

Selain itu, Hot-Wheels Die-Cast Collectors Market juga dijangka menarik ribuan kolektor koleksi Hot-Wheels selain beberapa jenama motosikal berkuasa tinggi seperti Harley Davidson, Vespa, Aprilia dan Royal Enfield akan mengambil tempat di aras satu dewan utama. Fenomena E-bike juga dibawa dengan penampilan Royal Enfield Bike Show N Shine untuk para peminat motosikal.

Dalam pada itu, pertandingan sukan Muay-Thai juga akan mengambil tempat selama tiga hari serta penampilan istimewa pelakon Farid Kamil dan Cat Farish bagi mempromosikan filem terbaharu Remp-it 2 pada malam, Sabtu.

Tiket bagi Karnival All About Wheels 2022 boleh dibeli secara terus di MIECC pada kadar RM30 untuk pengunjung berusia 13 tahun ke atas, RM15 bagi 6 hingga 12 tahun manakala tiada caj dikenakan untuk kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah.

Check Also

Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *