‘MAFIA’ Kisah Benar Anak Jati Melaka

Mafia. Mendengar saja perkataannya pasti dalam kepala paling tidak, sudah boleh membayangkan sekumpulan penjahat dan mereka menjalankan kegiatan jenayah dan keganasan. Dan kalau sebut ketua mafia, tentu kecut perut dibuatnya dalam pada membayang seseorang bermuka bengis dikelilingi konco-konco yang ramai dan sudah pasti individu itu digeruni oleh sesiapa saja.

Itu sikit sebanyak bayangan yang bakal diterjemahkan ke skrin layar lebar menerusi filem filem sulung terbitan IMS Production & Trading berjudul Mafia. 100% idea asal dari pengarah urusannya, iaitu Dato Eddie MS ni berdasarkan 90% cerita sebenar seorang anak tempatan Melaka. Penggambaran Mafia yang akan bermula pada 22 Julai ini bakal melibatkan sepenuhnya berlokasikan di bumi bersejarah itu.

Dibawah arahan sutradara berpengalaman, Nirazmi Abdul Karim atau lebih popular disapa Mie Black, Mafia melibatkan sebahagian besar pelakon lelaki iaitu Qazeem Nor selaku teraju utama.

“Meskipun filem ni dibarisi wajah-wajah baru, saya yakin ia mampu memberi satu kelainan dan impak yang berkesan buat penonton kerana mereka ini juga cukup berbakat. Cuma mungkin selama ini belum diberi peluang. Jadi siapa tahu Mafia, mampu membuka jalan untuk mereka dikenali dan menjadi pelapis di masa hadapan.”

Sebelum ini pun ada juga beberapa karya yang telah membuktikan tidak semestinya bertunjangkan pelakon bernama besar sesebuah filem itu pasti mencapai kutipan pecah panggung. Bergantung juga pada jalan cerita sesebuah filem itu,” kata Mie Black sewaktu di sida media dan pelancaran filem Mafia yang diadakan di hotel Renaissance, Melaka, baru-baru ini.

Biarpun masih baru dalam dunia penerbitan filem, IMS Production & Trading optimis untuk sama-sama menyemarakkan idustri tempatan. Lebih berani, dengan taruhan kos pembikinan sebanyak RM3 juta, Mafia dijayakan oleh barisan artis baru seperti Melia Aimelia, Safra Aina, Chimay, Tony Tuah, luke Wong serta barisan artis undangan antaranya Awie, Zila Bakarin, DJ. Lin dan Baharuddin Omar.

Sementara itu, menurut Dato Eddie, pemilihan Melaka sebagai lokasi perfilem diharap dapat membantu mempromosikan lagi negeri hang tuah itu sebagai destinasi pelancongan yang indah dan penuh bersejarah bukan saja pada rakyat tempatan. Malah pada mata dunia apabila filem ni khabarnya akan turut di promosikan di Indonesia, Singapura, Brunei juga Kanada.

Dijangka menemui penonton sekitar Mac tahun depan, Mafia berkisar kehidupan seorang pemuda bernama Amri yang hidup miskin dan berazam mengubah hidupnya menjadi kaya walaupun terpaksa melibatkan diri dalam kencah penjenayah yang berbahaya.

Dalam mencapai azamnya itu, Amir terpaksa mengharungi pelbagai cabaran walaupun di sebalik itu dia sebenarnya seorang pemuda yang dipandang baik dan alim oleh masyarakat kampungnya. Apakah kesudahannya? Nantikan Mafia, tahun depan!

Check Also

ROSSA KEMBALI DENGAN KONSERT “HERE I AM” DI AXIATA ARENA

Penyanyi tersohor Indonesia, Rossa, bakal mengadakan konsert solo bertajuk “Here I Am” di Axiata Arena, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *