Malam Media Red Box 2014

DSC_0178

Malam Media Red Box Karaoke, sebuah acara tahunan anjuran kumpulan karaoke terkemuka Red Box, diadakan sekali lagi di salah sebuah cawangannya di Red Box Ria, Tingkat 8, KL SOGO pada hari Isnin, 21hb April 2014. Seperti tahun-tahun sebelumnya, majlis dilengkapkan dengan penyampaian Anugerah Lagu Karaoke Popular 2013, yang terdiri dari 10 Lagu Karaoke Inggeris & 10 Lagu Karaoke Melayu Popular 2013. 

DSC_0189

Ms. Valerie Choo, Pengarah Urusan Red Box Karaoke, sewaktu ucapannya memberitahu, “Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan untuk lagu-lagu yang mengungguli carta Red Box Karaoke sepanjang tahun 2013. Setiap lagu yang tersenarai di dalam carta ini adalah dibuat berdasarkan pemilihan oleh para pelanggan dari setiap cawangan Red Box, Red Box Ria, Green Box & Red Box PLUS sendiri. Secara peribadi, anugerah ini kami anggap sebagai satu pengiktirafan kepada sumbangan dan bakat yang lahir dalam industri ini dan besar harapan kami agar ia mampu diiktiraf sebagai satu pencapaian oleh artis dan syarikat rakaman itu sendiri. Tahniah saya ucapkan kepada lagu-lagu yang berjaya”.

DSC_0287

Ms Valerie Choo turut berkongsi rasa terharu beliau terhadap keprihatinan dan kesungguhan media dalam menyampaikan pelbagai mesej positif tentang perkembangan Red Box Karaoke. Beliau berharap agar jalinan sedia ada ini berterusan dalam membantu usaha Red Box Karaoke memartabatkan lagi industri muzik negara. Sewaktu ucapannya, beliau turut memberitahu bahawa Malam Media Red Box Karaoke telah berjaya menjadi acara tahunan kerana sokongan dari semua pihak. “Setiap tahun, kami sentiasa mengambil sedikit masa untuk merenung kembali apa yang telah kami lakukan sepanjang 12 bulan lalu supaya dapat berterima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang diterima. Ia merupakan satu faktor penting dalam mengekalkan hubungan baik dengan syarikat rakaman, rakan niaga, kenalan dan terutamanya media sendiri sebagai tanda penghargaan di atas segala sokongan yang diberikan,” ujar beliau.

DSC_0267

Antara aktiviti pada malam tersebut, termasuklah aktiviti berkaraoke, acara makan malam, permainan dan cabutan bertuah. Mereka yang bertuah bakal membawa pulang pelbagai hadiah lumayan seperti LED TV, Smartphone, Basikal, Set Teater Rumah, Set Wangian, Hamper, Jam Berjenama, Baucar Tunai dan banyak lagi yang disampaikan sendiri oleh Pengarah Urusan, Ms. Valerie Choo dan Ketua Pegawai Operasi, Mr. Michael Yong. Majlis yang mengiktiraf populariti lagu karaoke tempatan & antarabangsa ini turut menyaksikan kemunculan artis terkemuka HyperAct dan persembahan dari komposer Haron Ahmad yang menyampaikan single terbaru beliau bertajuk Suara Kami (featuring Jay Jay). Hadirin turut dibekalkan ‘goodie bag’ yang berisi barangan tajaan ‘Aura White’ dan ‘Baucar 9-Grid’ tajaan Red Box Karaoke yang antaranya menawarkan privilege ‘Beli 1 Percuma 1’, ‘Diskaun 30%’, potongan harga RM20, RM50, dan banyak lagi. ‘Baucar 9-Grid’ tersebut yang sah digunakan hingga 31hb Julai 2014 boleh didapati di mana-mana cawangan Red Box, Red Box Ria & Green Box Karaoke bersempena dengan promosi Members’ Day yang berlangsung hingga 31 Mei 2014. Promosi Members’ Day tersebut turut menawarkan Diskaun 15% kepada setiap pelanggan, hanya dengan menunjukkan Kad Keahlian Biasa semasa check-in. Mereka yang mempunyai Kad Keahlian DotRed pula boleh menikmati Diskaun 20% untuk setiap seorang yang berada dalam satu bilik.

 

  ANUGERAH KARAOKE POPULAR 2013 

 Inggeris Melayu 
1. WHEN I WAS YOUR MAN

BRUNO MARS, WARNER MUSIC

1. PUTIH-PUTIH MELATI 

ST12, UNIVERSAL MUSIC

2. GET LUCKY

DAFT PUNK, SONY MUSIC

2. HANYA AKU

HYPERACT, INDIGITAL SDN. BHD.

3. THRIFT SHOP

MACKLEMORE & RYAN LEWIS,

WARNER MUSIC

3. SAHABAT

NAJWA LATIF FEAT. SHAM KAMARUL & SLEEQ, NAR RECORDS

4. JUST GIVE ME A REASON

P!NK FEAT. NATE RUESS, SONY MUSIC

4. BAHAGIAMU DERITAKU

HAFIZ, MBNS

5. WAKE ME UP 

AVICII, UNIVERSAL MUSIC

5. PENGLIPUR LARA 

HAZAMA, MBNS

6. ROYALS 

LORDE, UNIVERSAL MUSIC

6. KALAU AKU KAYA 

ALTIMET & AWI RAFAEL,

WARNER MUSIC

7. SKYFALL 

ADELE, WARNER MUSIC

7. SETENGAH MATI MERINDU 

JUDIKA, SONY MUSIC

8. ROAR 

KATY PERRY, UNIVERSAL MUSIC

8. AKU YANG DULU BUKAN YANG SEKARANG 

TEGAR, RUSA MARKETING

9. WRECKING BALL 

MILEY CYRUS, SONY MUSIC

9. SANDIWARA CINTA

REPVBLIK, MVM PRODUCTION

10. GIRL ON FIRE 

ALICIA KEYS, SONY MUSIC

10. SAYANG

SHAE, WARNER MUSIC

Check Also

Astro Persembahkan Drama ‘Berbahagi Suami’ – Menyingkap Realiti Poligami Dari Kaca Mata Isteri Kedua

Astro, peneraju utama hiburan di Malaysia, kembali dengan drama terbaharu berkisarkan konflik rumahtangga bertajuk ‘Berbahagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *