MBMB Anjur Pertandingan Vlog Sempena Sambutan Ulang Tahun Melaka Bandaraya Bersejarah

Bersempena Sambutan Ulang tahun ke-16 Bandaraya Melaka bersejarah, kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengambil inisiatif menganjurkan satu pertandingan Vlog MBMB 2019.

Pertandingan menggunakan medium vlog dipilih seiring dengan kecenderungan medium tersebut yang dilihat popular dalam kalangan masyarakat kini.

“Pelbagai acara menarik bakal di laksanakan di mana ianya meliputi bidang seni, budaya, sukan, rekreasi dan kemasyarakatan”, ujar Tn Hj Mansor Sudin yang juga merupakan Datuk Bandar Majlis Melaka Bandaraya Bersejarah (MBMB).

“Sambutan kali ini juga sangat istimewa kerana Melaka turut mengistiharkan tahun 2019 sebagai Tahun Melawat Melaka yang bertemakan Melaka The Gateway to Historic Malaysia 2019/2020” ujarnya kepada media selepas majlis pelancarannya yang telah di adakan di Hatten Hotel pada 27 Feb yang lalu.

Pertandingan yang bertemakan ‘The Uniqueness of Melaka City’ atau keunikan Bandaraya Melaka dan berkonsepkan empat elemen iaitu makan-makan, jalan-jalan, jom shopping dan budaya di Melaka.

Sementara itu Ronnie Hussein yang juga merupakan anak kelahiran Melaka menyambut baik langkah kerajaan negeri malah akan turut membantu bagi menjayakan visi untuk terus memperkenalkan lagi produk pelancongan yang terdapat di Melaka melalui laman sosialnya seperti Facebook dan Instagram.

Begitu juga dengan penyanyi yang cukup popular dengan lagu Salimah, Ryan Deedat yang akan turut mempromosikan negeri Melaka melalui semua platform digital miliknya.  Dia yang juga aktif menulis di blog peribadi akan memperbanyakkan lagi promosi tentang negeri Melaka.

Melalui pertandingan itu juga, MBMB mengenakan yuran sebanyak RM100 kepada semua peserta di samping memberi peluang kepada ‘bloggers’ untuk sama-sama membantu kerajaan negeri bagi mempromosikan lagi kempen Tahun Melawat Melaka (TMM) 2019.

Hadiah yang ditawarkan dalam enam kategori termasuk tempat pertama dengan wang tunai RM7,000 beserta penginapan di Melaka dan sijil penyertaan.

Manakala bagi hadiah tempat kedua, wang tunai RM5,000, penginapan di Melaka dan sijil penyertaan; ketiga wang RM3,000, penginapan di Melaka dan sijil penyertaan.

Turut diberi hadiah bagi kategori Suntingan Terbaik, Catchy Tagline dan ‘Like’ dan ‘Share’ dengan wang tunai RM2,500 bagi kategori masing-masing.

Penyertaan akan ditutup pada 31 Mac 2019, segala syarat dan sebarang pertanyaan layari laman sesawang www.mbmb.gov.my atau hubungi Norhaszurah di talian 06-285 9857 atau Akmal di talian 06- 2859854.

 

 

 

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *