McDelivery kini 100% Online

Perkhidmatan McDonald’s McDelivery akan beroperasi secara online sepenuhnya mulai 1 Julai 2016. Para pelanggan kini boleh mendapatkan hidangan McDonald’s kegemaran di hujung jari menerusiwww.mcdelivery.com.my  atau muat turun aplikasi McDelivery di Google Play atau App Store.

“Di McDonald’s, kami komited untuk meningkatkan kepuasan pelanggan khususnya menerusi perkhidmatan McDelivery yang 100% online di Malaysia. Pelancaran ini amat bertepatan sekali lebih-lebih lagi dalam dunia serba canggih dimana segalanya boleh dilakukan secara online termasuklah mendapatkan makanan dan minuman kegemaran. Menerusi platform online ini, McDonald’s terus memenuhi kehendak pelanggan apabila mereka dapat menyemak status tempahan dan seterusnya menikmati hidangan kegemaran daripada McDonald’s,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia.

McDelivery beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu di restoran-restoran terpilih seluruh negara. Setakat ini, 30% restoran McDonald’s menawarkan perkhidmatan McDelivery dan jumlah ini akan bertambah meliputi lebih banyak kawasan dari semasa ke semasa.

Talian McDonald’s 1300-13-1300 merupakan talian khidmat sokongan untuk membantu pelanggan membuat tempahan McDelivery secara online.

Sempena dengan pelancaran perkhidmatan online McDelivery ini, McDonald’s Malaysia akan mengecualikan caj penghantaran kepada semua pengguna baru untuk tiga tempahan pertama. Selain itu, McDonald’s juga akan memberikan 6 ketul Chicken McNuggets percuma untuk setiap tempahan online mulai 1 Julai untuk tempoh masa terhad.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.mcdelivery.com.my/my atau www.mcdonalds.com.my.

Check Also

Kahf Malaysia Ungguli Kategori Pelancaran Produk di Anugerah FMCG Asia 2024

Kahf Malaysia, jenama penjagaan diri lelaki yang sedang berkembang pesat, telah mencapai kejayaan membanggakan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *