MEGA BAZAAR Bakal Kumpul Usahawan Melayu Online & Artis

MGF_6534

Satu fenomena bakal tercipta bulan Jun ini apabila syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd dengan kerjasama  Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) WP Putrajaya dan Kolej Uniti bakal menganjurkan acara jualan besar-besaran dengan menghimpunkan seramai mungkin usahawan online menerusi MEGA BAZAAR: Bazaar Usahawan Melayu Online Terbesar di Malaysia.

Ia bakal berlangsung pada 21 dan 22 Jun depan bertempat di Hall A,Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).Selain menghimpunkan usahawan online,ia juga menggalakkan aktiviti keusahawan terutama di kalangan bumiputera serta membantu meningkatkan ekonomi ummah dan mempromosi produk.

Bayangkan barang-barang seperti pakaian,makanan, aksesori serta produk kesihatan dan kecantikan yang sebelum ini diijual secara online namun kini dijual secara offline.

Selain usahawan melayu yang berniaga di Mega Bazaar ini, seramai 50 artis turut sama menjual pelbagai produk mereka.Antara selebriti yang bakal menjaga booth mereka adalah Neelofa, Afdlin Shauki, Mawi dan Ekin, Adira, Yana Samsuddin, Eira Syazirah, Nabil Raja Lawak, Mizz Nina dan Noh Salleh, Ameer (Fourteen) , Khairul Fahmi (Apex) dan ramai lagi.

megabazaar

Menurut Pengarah Urusan Eh Eh Bazaar Sdn Bhd,Iffah Zaimi, penganjuran Mega Bazaar ini akan menjadi satu sejarah tersendiri kepada kesemua pengusaha perniagaan online di Malaysia.Dengan harga serendah RM400, mereka akan berpeluang untuk menempah booth untuk dua hari berniaga dengan pelbagai kelengkapan lain disediakan.

Harga-harga booth adalah seperti RM400 (Silver 1.8×1.8m), RM550 (Gold 3.6×3.6m) dan RM650 (Platinum 5x5m). RM50 perlu ditambah pada harga booth jika menempah gerai di sebelah tepi.

“Pihak kami menyediakan lokasi berniaga paling strategik dengan penghawa dingin, kemudahan meletak kenderaan dan tram pengangkutan selain booth yang lengkap dengan meja dan kerusi.Saya rasa, harga booth yang kami tawarkan begitu rendah berbanding sambutan yang sudah kami jangkakan,” tambah beliau.

Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi 012-2920131 atau layari laman sesawang www.ehehbazaar.com untuk keterangan lanjut atau menempah gerai anda.

 

 

Check Also

Kahf Malaysia Ungguli Kategori Pelancaran Produk di Anugerah FMCG Asia 2024

Kahf Malaysia, jenama penjagaan diri lelaki yang sedang berkembang pesat, telah mencapai kejayaan membanggakan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *