MEISKA ADINDA MENSAJIKAN LAGU ‘DURSILA’ UNTUK OST DRAMA MALANG SI PUTERIMEISKA ADINDA

Meiska Adinda, penyanyi muda dan penulis lagu berasa dari Bali, Indonesia, telah berjaya memperolehi pengiktirafan di Malaysia melalui pencapaian Anugerah Platinum dengan single pertamanya yang bertajuk ‘Hilang Tanpa Bilang’ pada tahun lepas. Lagu ini mencapai prestasi cemerlang dalam penjualan melalui saluran digital strim di Malaysia pada tahun 2023, sekali gus menjadikannya pencapaian yang membanggakan untuk Meiska Adinda dan Sony Music Entertainment Indonesia.

Pada tahun ini pula Meiska kembali menyediakan satu sajian karyanya kepada pendengar di Malaysia dengan keluaran lagu “Dursila” dan juga merupakan original soundtrack (OST) untuk drama tempatan yang bertajuk “Malang Si Puteri” yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Selain itu, lagu ini telah ditulis oleh Adrianna Cinta yang juga merupakan penyanyi dan penulis lirik di bawah naungan Sony Music Entertainment Malaysia, serta komposor berbakat dari Malaysia iaitu, Farouk Roman.

“Meiska sangat teruja apabila menerima tawaran untuk menyanyikan lagu tema drama “Malang Si Puteri” di Malaysia. Kerjasama bersama rakan syarikat  Sony Music Malaysia adalah permulaan yang baik untuk perjalanan seni saya pada tahun baru ini,” kata Meiska Adinda dengan meluahkan rasa terujanya ketika ditanya perasaannya tentang tawaran lagu ini.

Meiska juga kongsikan pengalaman dalam menghasilkan lagu “Dursila”, dia mengalami beberapa cabaran. Meiska merasakan lagu ini berat dengan emosi dan sarat dengan makna yang mendalam serta memerlukan penghayatan yang mendalam. Walau bagaimanapun hasil daripada sokongan dan tunjuk ajar daripada guru vokal dan juga dikenali sebagai penyanyi yang berbakat dari Indonesia iaitu Barsena Bestandhi.

“Awalnya, saya menghadapi cabaran untuk menyampaikan perasaan lagu ini, tetapi semasa proses rakaman, semuanya berjalan dengan lancar dan saya merasa begitu selesa pada waktu itu. Aku juga berterima kasih kepada Barsena Bestandhi yang bersama saya dalam menjayakan lagu indah ini.” Katanya

Tambahan pula, Meiska menjelaskan maksud lagu “Dursila” juga mempunyai makna yang kuat dan mampu membawa pendengar dalam cerita lagu ini. Menurut Meiska lagu ini  menceritakan tentang seseorang yang sudah letih dalam menjalani hubungan yang tidak berjalan seperti yang dirancang.

“Walaupun kisah ini tidak berkaitan langsung dengan diri saya, tetapi saya juga merasakan seksa perasaan dan  emosi seseorang yang derita dalam sebuah perhubungan ini. Saya juga berharap lagu ini dapat menjadi penghibur kalian dan mampu memberi pengajaran dan jalan penyelesaian kepada mereka yang mengalami kesukaran dalam hubungan,” jelas Meiska.

Selain itu, drama Malang Si Puteri mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang menerima malang bertimpa-timpa hingga mengalami tekanan perasaan dan emosi, dia di sabit kesalahan membunuh sehingga membawa hukuman gantung sampai mati. Drama yang bergenre meruntun jiwa ini telah dilakonkan oleh pelakon yang hebat seperti Fasha Sandha, Hafreez Adam, Wan Raja dan ramai lagi. Drama ini terbitan Radius One Sdn. Bhd dan diarahkan oleh Uchee Fukada. 

Meiska turut berkongsi bahawa antara kegemarannya dalam lagu ini adalah pada korus terakhir, di mana Meiska memberi sepenuh tumpuan bagi menekankan emosi yang lebih mendalam. Selain itu, Meiska Adinda berhasrat untuk melebarkan sayapnya sebagai penyanyi di Malaysia dan Indonesia. Meiska mengambil peluang ini sebagai langkah penting untuk lebih dikenali di peringkat antarabangsa. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pendengar yang sentiasa menyokongnya, dan berharap lagu ‘Dursila’ dapat memberi inspirasi dan kebahagiaan kepada semua peminat muzik tanah air.

Lagu ‘Dursila’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music. 

Check Also

Astro Persembahkan Drama ‘Berbahagi Suami’ – Menyingkap Realiti Poligami Dari Kaca Mata Isteri Kedua

Astro, peneraju utama hiburan di Malaysia, kembali dengan drama terbaharu berkisarkan konflik rumahtangga bertajuk ‘Berbahagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *