Membantu Alam Sekitar adalah Semudah BROS 321

Adlina Azura Abd. Kadir, a BROS customer when met at one of the BROS 321 Bottle Trade-in Programme roadshow venues

Kembalikan amalan lama! Beberapa tahun lalu, apabila sesuatu barang itu rosak, kita membaikinya. Apabila barang-barang itu semakin berusia, kita juga tidak membuangnya. Sebaliknya, kita terus menggunakannya atau mencari jalan untuk kitar semula. Ini adalah langkah yang baik untuk membantu alam sekitar.

Pada hari ini, amalan guna dan kitar semula masih merupakan idea yang baik. Membersihkan sampah dan membantu alam sekitar sememangnya satu amalan yang mulia. Kini, jika anda terfikir untuk membuang botol-botol air lama, sekarang adalah masa yang terbaik untuk berbuat demikian!

Ini kerana, sekarang berlangsungnya BROS 321 Bottle Trade-in Programme. BROS akan menerima botol-botol air lama daripada apa jua jenama, material, saiz (kecuali botol pakai buang atau PET water bottles) bagi tujuan kitar semula di pusat-pusat kitar semula oleh BROS. Para pelanggan yang mengambil langkah proaktif ini akan diberi diskaun sebanyak 50% untuk membeli botol air BROS yang baru. Menerusi program ini, BROS mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk membantu mengurangkan kesan karbon di Malaysia serta menyumbang ke arah bumi yang lebih hijau.

Customers busy trading in their old bottles for new ones at the BROS 321 Bottle Trade-in Programme Roadshow (at LRT Ampang Station)

Nama BROS 321 Bottle Trade-in Programme diambil daripada “3 acts 2 love 1 earth” ataupun 3 langkah (kurangkan, guna semula dan kitar semula) untuk sayang 1 bumi, mula dilaksanakan pada tahun 2010. Program ini bermula sebagai satu inisiatif untuk menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan botol air yang boleh diguna semula, berbanding botol-botol air plastik pakai buang yang hanya digunakan sekali sahaja. Semua botol air BROS diperbuat daripada material bebas BPA dan mematuhi standard FDA Amerika Syarikat dan LFGB Jerman; dua buah organisasi sah yang diakui dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. BROS mengambil keputusan untuk melaksanakan program tersebut pada tahun ini selepas mendapat permintaan yang memberangsangkan daripada para pelanggan.

Pengarah Pembangunan Perniagaan BROS – Living Wing Sdn. Bhd., Terence Lee Soon Teck berkata, “Kami telah menerima inspirasi daripada ramai rakyat Malaysia yang tampil dan menukar botol air lama mereka dengan botol air BROS yang baru, sebagai sebahagian daripada usaha menyelamatkan alam sekitar. Kami amat berbangga melihat rakyat Malaysia mengamalkan tabiat kitar semula. Ini adalah satu langkah yang dapat menjadikan bumi lebih hijau.”

The BROS 321 Trade-In kiosk was a hit with Malaysians

“Penekanan terhadap alam sekitar adalah asas kepada penubuhan BROS pada tahun 2004. Kami komited untuk menyelamatkan alam sekitar dengan cara menggalakkan rakyat Malaysia supaya menggunakan botol-botol yang boleh diguna semula dan bukannya botol pakai buang. Sepanjang tempoh tersebut, kami berjaya mendidik rasa tanggungjawab dalam kalangan masyarakat untuk menjaga alam sekitar. Kita perlu melabur dan mengurangkan kesan karbon demi generasi akan datang,” sambung beliau lagi.

“Saya percaya ini adalah langkah terbaik dari BROS dengan mengadakan program kitar semula seperti BROS 321 Bottle Trade-in Programme. Saya sebenarnya tidak pasti apa yang saya patut lakukan dengan botol air lama sehingga saya mendapat tahu tentang booth BROS disini semalam. Jadi, saya telah mengumpul beberapa botol air lama yang ada dirumah dan bawanya ke sini untuk dikitar semula dan mendapatkan botol air yang baru sebagai ganti. Kita perlu mengambil bahagian untuk menyelamatkan bumi. Dengan mengitar semula botol-botol lama melalui program sebegini, kita sedikit sebanyak telah memberi sumbangan untuk hidup di persekitaran yang lebih hijau,” kata Adlin Azura Abd. Kadir, pelanggan BROS sewaktu berjumpa di Stesen LRT Ampang, salah satu lokasi roadshow BROS 321 Bottle Trade-in Programme.

Towards a Greener Earth - some of the old water bottles that were collected at LRT Ampang station that are destined for recycling

Julie, Pegawai Sumber Manusia adalah pelanggan BROS. Beliau berkata, “Saya sememangnya peminat botol air BROS kerana kualiti produk yang bagus dan harga yang berpatutan. Apabila saya diberitahu oleh rakan yang BROS sedang mengadakan BROS 321 Bottle Trade-in Programme, saya dengan segeranya mengumpul botol-botol air yang lama dan datang ke sini untuk menukarkannya yang baru. Program ini amat bagus untuk alam sekitar dan punyai nilai wang. Potongan diskaun sebanyak 50% adalah bonus tambahan dan amat berguna sekali. Saya amat gembira dapat mengambil bahagian dalam BROS 321 Bottle Trade-in Programme dan setidak-tidaknya, saya dapat menyumbang sesuatu untuk menyelamatkan bumi.”

Rakyat Malaysia yang terlepas aktiviti-aktiviti sebelum ini yang dijalankan di Johor dan stesen LRT Ampang Park masih boleh merebut peluang untuk mengitar semula atau menukar botol-botol lama dengan botol baharu. Botol-botol tersebut tampil dengan rekaan baharu pada harga diskaun sebanyak 50% di lokasi-lokasi berikut:

10 – 23 September 2014 KSL Mall, Johor
* Ground floor (hadapan Mac City)
* 10pagi – 10malam
29 September – 3 Oktober 2014 LRT, Ampang Park Station, Kuala Lumpur
* Concourse level (sebaris dengan Digi)
* 9pagi – 9malam
6 – 19 Oktober 2014 Parkson Grand, Subang Parade, Selangor
* Tingkat Lower Ground (hadapan Sushi King)
* 10pagi – 10malam
27 – 31 Oktober 2014 LRT, Stesen Masjid Jamek, Kuala Lumpur
* Concourse Level (sebelah Samsung)
* 9pagi – 9malam

Customers can trade in their old water bottles at the next roadshows in Parkson Grand Subang Parade and LRT Station Masjid Jamek until end of October
Para pelanggan yang berminat membeli botol air BROS baharu tetapi tidak mempunyai botol lama untuk ditukar, diskaun sebanyak 20% akan diberikan. Ini bagi menggalakkan mereka menggunakan botol air yang boleh diguna semula.

BROS 321 Bottle Trade-in Programme merupakan sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun BROS yang ke-10. Ia turut merangkumi promosi BROS E-Store, pelancaran siri botol air Kristal Klear, aktiviti mewarna ‘Colour Up with BROS’ yang sedikit berbeza serta satu program CSR dengan pihak World Vision dikenali sebagai ‘The Give Water Project by BROS’. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.bros.com.my.

Check Also

Kahf Malaysia Ungguli Kategori Pelancaran Produk di Anugerah FMCG Asia 2024

Kahf Malaysia, jenama penjagaan diri lelaki yang sedang berkembang pesat, telah mencapai kejayaan membanggakan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *