Membuat dan berkongsi biskut Ramadan bersama Kellogg’s

Kellogg’s kini memperkenalkan lapan (8) resipi biskut Kellogg’s Corn Flakes® edisi terhad, yang sesuai untuk digunakan pada bulan Ramadan ini. Maria Tunku Sabri, pengacara program menjamu selera TV terkenal yang merupakan sebahagian daripada inisiatif ini, menggalakkan pengguna supaya mencuba resipi biskut Kellogg’s Corn Flakes®, mengunjungi trak sampel di lokasi yang terpilih, dan menyertai aktiviti tandatangan untuk menyumbang biskut kepada anak-anak yatim pada bulan Ramadan yang mulia ini.

Trak sampel Kellogg’s akan berada di bazar Ramadan, pasaraya ria dan pasar raya dari 17hb Jun hingga 14hb Julai 2015. Mereka yang mengunjungi trak sampel ini juga boleh menyaksikan demonstrasi membuat kuih secara langsung oleh pakar pembuat kuih yang berbakat, untuk memperlihatkan pelbagai cara Corn Flakes® boleh digunakan untuk membuat kuih dan biskut istimewa untuk perayaan.

Image 2

Ted Liang, pengarah Pemasaran Kellogg Asia, berkata, “Bagi ramai rakyat Malaysia, baik tua mahupun muda, biskut sudah menjadi makanan ruji dan juadah istimewa untuk dihidangkan pada bulan Ramadan. Kellogg’s Corn Flakes® merupakan bahan membuat biskut yang digemari disebabkan kerangupan dan kelebihannya dari segi rasa kerana dibuat daripada jagung sebenar. Dengan resipi biskut istimewa kami, kami harap pengguna akan menemui cara baru untuk menikmati Kellogg’s Corn Flakes®, sama ada untuk sarapan atau berbuka puasa.”

Diilhamkan oleh semangat bersedekah dan berkongsi rezeki sepanjang bulan mulia ini, pengguna boleh berkongsi keseronokan menikmati biskut yang lazat dengan menyertai aktiviti tandatangan untuk menyumbang kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Bersama dengan Maria Tunku Sabri, pengacara popular program TV ‘Jalan-Jalan Cari Makan’, Kellogg’s berhasrat untuk menghantar biskut ke rumah anak yatim dan rumah kebajikan yang terpilih di Malaysia. Dengan setiap tandatangan yang diterima, kanak-kanak dari rumah anak yatim yang terpilih akan menerima biskut Kellogg’s Corn Flakes® untuk berbuka puasa.

“Saya seronok menjadi sebahagian daripada kempen Ramadan Kellogg’s. Setiap kali tiba bulan Ramadan, saya buat biskut untuk keluarga saya dan kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk keluarga tersayang,jadi kita hendaklah menggunakan hanya bahan dan ramuan yang terbaik. Makanan yang baik juga patut dikongsi bersama, dan ini adalah penting untuk kita benar-benar menikmati makanan yang kita makan. Atas sebab ini, saya menggesa rakyat Malaysia supaya menyertai aktiviti tandatangan untuk menyumbangkan biskut Kellogg’s Corn Flakes® kepada seramai mungkin kanak-kanak, dengan harapan untuk berkongsi kegembiraan yang dibawakan sempena bulan mulia ini,” kata Maria Tunku Sabri.

Image 1

Maria akan turut hadir di beberapa lokasi trak sampel yang terpilih seperti:

  • Sogo KL, 12 Jun (11pagi-4ptg)
  • Giant Batu Caves, 13 Jun (1-3ptg)
  • Giant Stadium Shah Alam, 14 Jun (1-3ptg)

Sepanjang bulan Ramadan, setiap kotak Kellogg’s Corn Flakes® akan memaparkan dua daripada lapan (8) resipi biskut edisi terhad: Crunchy Kellogg’s Corn Flakes Drops, Corn Flakes Bread Fingers, Cranberry Corn Flakes Cookies, Coconut and Corn Flakes Crunch, Layered Corn Flakes Parfait, Chewy Nutty Corn Flakes Squares, Cheesy Corn Flakes Melts, dan Cheesy Pandan Cake.

Orang ramai dijemput untuk mencuba biskut Kellogg’s Corn Flakes® dan menyertai aktiviti tandatangan untuk menghantar biskut kepada anak-anak yatim pada tarikh dan di lokasi berikut: 

Bazar Ramadan
Lokasi Waktu Tarikh
Gombak Taman Melawati 4ptg-8mlm Rabu, 17 Jun
Stadium Shah Alam 4ptg-8mlm Khamis, 18 Jun
Setapak Danau Kota 4ptg-8mlm Jumaat, 19 Jun
Puchong Perdana 4ptg-8mlm Sabtu, 20 Jun
Stadium Shah Alam(Pasar Pagi) 9pagi-12ptg Ahad, 21 Jun
Kelana Jaya 4ptg-8mlm Isnin, 22 Jun
Kota Damansara Seksyen 4 4ptg-8mlm Selasa, 23 Jun
Taman Medan 4ptg-8mlm Rabu, 24 Jun
Pandan Indah( di hadapan Balai Bomba) 4ptg-8mlm Khamis, 25 Jun
Stesen LRT Wangsa Maju 4ptg-8mlm Jumaat, 26 Jun
Taman Cahaya(Ampang) 4ptg-8mlm Sabtu, 27 Jun
Stadium Shah Alam(Pasar Pagi) 9pagi-12ptg Ahad, 28 Jun
Seksyen U 19 Sg Buloh 4ptg-8mlm Isnin, 29 Jun
Taman Melawati 4ptg-8mlm Selasa, 30 Jun
Kelana Jaya 4pm – 8pm Rabu, 1 Julai
Kota Damansara Seksyen 4 4pm – 9pm Khamis, 2 Julai
Taman Medan 4pm – 9pm Jumaat, 3 Julai
Stadium Shah Alam(Pasar Pagi) 9am – 12pm Ahad, 5 Julai
Kelana Jaya 4pm – 9pm Isnin, 6 Julai
Kota Damansara Seksyen 4 4pm – 9pm Selasa, 7 Julai
Wangsa Maju LRT Station 4pm – 9pm Rabu, 8 Julai
Taman Cahaya (Ampang) 4pm – 9pm Khamis, 9 Julai
Setapak Danau Kota 4pm – 9pm Jumaat, 10 Julai
Gombak Taman Melawati 4pm – 9pm Sabtu, 11 Julai
Stadium Shah Alam (Pasar Pagi) 9am – 12pm Ahad, 12 Julai
Taman Medan 4pm – 9pm Isnin, 13 Julai
Pandan Indan (infront of Bomba Station) 4pm – 9pm Selasa, 14 Julai
Pasaraya Ria/Pasar Raya
Econsave Bangi 12ptg-5ptg Sabtu, 6 Jun
Econsave Balakong 12ptg-5ptg Ahad, 7 Jun
Sogo KL 11pagi-4ptg Jumaat, 12 Jun
Giant Batu Caves 12ptg-5ptg Sabtu, 13 Jun
Giant Stadium Shah Alam 12ptg-5ptg Ahad, 14 Jun

 

Check Also

Kahf Malaysia Ungguli Kategori Pelancaran Produk di Anugerah FMCG Asia 2024

Kahf Malaysia, jenama penjagaan diri lelaki yang sedang berkembang pesat, telah mencapai kejayaan membanggakan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *