Mohd Syaufiq Menangi Peraduan F&N ‘Mesti Lip-Lap Lip-Lap Punya!

F&N, jenama susu pekat manis dan susu sejat yang sentiasa menghidupkan detik citarasa teristimewa mengadakan peraduan akhir F&N ‘Mesti Lip-Lap Lip-Lap Punya!’ di bilik pameran HABIB Jewels Ampang Point hari ini.

Sejak turun-temurun, Susu Pekat Manis dan Susu Sejat F&N menjadi teman yang dipercayai dan memainkan peranan penting di dapur semua rakyat Malaysia dan pengusaha F&B. Produk tenusu yang terunggul F&N diperkaya dengan kebaikan yang lemak berkrim akan sentiasa menambah kelazatan ke dalam semua sajian makanan dan minuman. Peraduan F&N ‘Mesti Lip-Lap Lip-Lap Punya!’ merupakan komitmen F&N dalam meneruskan usahanya untuk memberikan nikmat sebenar dalam setiap majlis jamuan supaya rakyat Malaysia dapat menikmati detik citarasa teristimewa bersama seisi keluarga dan rakan-rakan.

Photo 1

Acara kemuncak hari ini bermula dengan persembahan teh tarik yang menakjubkan oleh Norazlin Bin Mat Janus, Raja Tarik F&N, diikuti dengan 6 peserta akhir bersaing untuk memenangi hadiah utama yang bernilai RM 20,000 melalui Cabaran Teh Tarik dan “Pick Your Fortune”. Hos selebriti, Fizo Omar turut menghangatkan suasana sempena peraduan akhir sepanjang petang ini.

Antara semua peserta yang menghadiri peraduan akhir hari ini, Mohd Syaufiq Bin Mat Saad (28 tahun, dari Alor Setar) adalah peserta bertuah untuk membawa pulang baucar barangan kemas Habib yang bernilai RM20,000.

Photo 6

“Saya berasa amat bersyukur dan teruja kerana dapat memenangi hadiah utama hari ini. Terima kasih kepada F&N, isteri dan ibu saya berpeluang untuk membeli-belah dengan sesungguhnya di Habib Jewels dengan baucar barangan kemas ini!” kata pemenang utama, Mohd Syaufiq dengan penuh sukacita.

Selain daripada hadiah utama, lima peserta akhir yang lain juga membawa pulang baucar barangan kemas Habib yang bernilai RM5,000 setiap orang.

Photo 3

Mengulas mengenai peraduan yang meraikan detik citarasa teristimewa ’emas’, Cik Eileen Chan, Ketua Kategori dari Bahagian Susu Pekat, F&N Dairies Malaysia berkata, “Kami amat teruja kerana dapat menyaksikan para peserta bersaing untuk memenangi hadiah utama yang bernilai RM 20,000. Di F&N, kami sentiasa berusaha untuk membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia dan peraduan ini adalah salah satu cara yang kreatif untuk melakukannya.”

Peraduan F&N ‘Mesti Lip-Lap Lip-Lap Punya!’ ini bertujuan untuk menunjukkan penghargaan serta memberikan ganjaran kepada pengguna F&N dari semua lapisan masyarakat yang setia menyokong F&N selama ini. Peraduan yang berlangsung dari 1hb Disember 2015 hingga ke 31hb Januari 2016 ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan dari seluruh Malaysia. Selain daripada 6 pemenang utama, peraduan ini turut menyaksikan 24 pemenang mingguan yang telah membawa pulang barangan kemas Habib.

Photo 5

“Berikutan dengan janji jenama kami sebagai satu jenama yang dipercayai oleh semua generasi, F&N komited untuk terus membina kepercayaan dan hubungan yang baik dengan sentiasa membawa detik citarasa teristimewa kepada rakyat Malaysia. Peraduan F&N ‘Mesti Lip-Lap Lip-Lap Punya!’ ini adalah satu inisiatif untuk meneruskan legasi ini”, tambah Eileen.

“Pengguna akan sentiasa dapat menikmati detik citarasa teristimewa dengan segelas Teh Tarik kegemaran mereka yang lemak berkrim, dibancuh dengan Susu Pekat Manis dan Susu Sejat F&N”, Eileen membuat kesimpulan.

Susu Pekat Manis dan Susu Sejat F&N sentiasa menjadi produk kegemaran dalam gaya hidup rakyat Malaysia dan menjadi campuran tenusu pilihan untuk menghasilkan Teh Tarik yang sempurna.

Untuk maklumat lanjut mengenai Susu Pekat Manis dan Susu Sejat F&N, sila layari www.fndairies.com.

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *