MRF Consultant Lancar ‘Skim Rumahku Syurgaku’ Serta Lantik Noraniza Idris Sebagai Duta Pelancongan Seni Dan Budaya

MRF Consultant (M) Sdn. Bhd. telah melancarkan ‘Skim Rumahku Syurgaku’ secara rasminya pada 7 Jun lalu di Hotel Shangrila Kuala Lumpur. Acara gilang gemilang ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan MRF Consultant (M) Sdn. Bhd., YBrs Dato’ Sri Siti Nur Atiqah binti Dato’ Seri Baba dengan kehadiran lebih 60 artis terdiri dari pelakon dan penyanyi veteran tanahair.

Ketika ucapannya, Dato’ Sri Siti Nur Atiqah berkata, beliau sangat terharu dengan sambutan artis-artis veteran yang hadir. Tekad beliau akan berusaha membantu sehabis baik untuk meringankan beban dan kesukaran artis-artis yang tidak mempunyai kemudahan seperti rumah tempat berlindung.

Pada hari Pelancaran ‘Skim Rumahku Syurgaku’, beliau telah mengumumkan quota perumahan di bawah MRF Consultant (M) Sdn. Bhd. sebanyak 1000 unit disediakan untuk artis-artis di Malaysia. Ini adalah quota terkumpul dalam CSR syarikat sepanjang 5 tahun tambahan lagi 2 tahun yang lalu negara menghadapi pendamik global. Dana ini adalah dari sumbangan peribadi saya sebagai CSR dari keuntungan pelaburan dalam berbagai sektor perniagaan.

Harga bergantung pada lokasi pilihan. Rumah berharga RM500 ribu mungkin nampak sederhana di Kuala Lumpur tapi mahal mengikut lokasi pilihan rumah, contohnya di Kedah. Quota pendaftaran yang dibuka ini juga dipertimbangkan selagi menepati syarat dan kesesuaian yang diperlukan oleh syarikat kami. Pendaftaran rumah akan dibuat atas penama yang berjaya sahaja dan setiap penerima rumah tersebut tidak dibenarkan menjual atau menyewakan semula untuk mengaut keuntungan.

MRF Consultant (M) Sdn. Bhd. telah melancarkan ‘Skim Rumahku Syurgaku’ secara rasminya pada 7 Jun lalu di Hotel Shangrila Kuala Lumpur. Acara gilang gemilang ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan MRF Consultant (M) Sdn. Bhd., YBrs Dato’ Sri Siti
Nur Atiqah binti Dato’ Seri Baba dengan kehadiran lebih 60 artis terdiri dari pelakon dan penyanyi veteran tanahair.

Ketika ucapannya, Dato’ Sri Siti Nur Atiqah berkata, beliau sangat terharu dengan sambutan artis-artis veteran yang hadir. Tekad beliau akan berusaha membantu sehabis baik untuk meringankan beban dan kesukaran artis-artis yang tidak mempunyai kemudahan seperti rumah tempat berlindung.

Pada hari Pelancaran ‘Skim Rumahku Syurgaku’, beliau telah mengumumkan quota perumahan di bawah MRF Consultant (M) Sdn. Bhd. sebanyak 1000 unit disediakan untuk artis-artis di Malaysia. Ini adalah quota terkumpul dalam CSR syarikat sepanjang 5 tahun tambahan lagi 2 tahun yang lalu negara menghadapi pendamik global. Dana ini adalah dari sumbangan peribadi saya sebagai CSR dari keuntungan pelaburan dalam berbagai sektor perniagaan.Harga bergantung pada lokasi pilihan. Rumah berharga RM500 ribu mungkin nampak sederhana di Kuala Lumpur tapi mahal mengikut lokasi pilihan rumah, contohnya di Kedah. Quota pendaftaran yang dibuka ini juga dipertimbangkan selagi menepati syarat dan kesesuaian yang diperlukan oleh syarikat kami. Pendaftaran rumah akan dibuat atas penama yang berjaya sahaja dan setiap penerima rumah tersebut tidak dibenarkan menjual atau menyewakan semula untuk mengaut keuntungan.

Pusat pembangunan seni dan budaya ini akan dikelolakan oleh Noraniza Idris di bawah MRF Production Sdn Bhd.Sehubungan dengan itu, Noraniza telah menyusun perancangan untuk membangunkan pusat pelancongan di bawah kelolaannya untuk memberi peluang ramai penggiat seni dan irama Malaysia dapat diundang untuk menjalankan aktiviti mereka di sini sebagai salah satu cara membantu penggiat seni menjana semula pendapatan semasa. Tunggu sampai satu masa nanti akan diumumkan.

Perkembangan terkini, Noraniza kini sedang sibuk membuat persediaan menjelajah Malaysia dalam Siri Jelajah Empayar Akar Kita Zapin Nusantara 2022 untuk musim kelima. Program mencari bakat kumpulan pemain Zapin terhandal secara spontan ini dijadualkan akan ke 13 destinasi AEON Mall seluruh Malaysia bermula Pra pelancaran program ini pada 10 – 12 Disember 2021 yang lalu, 20 – 22 Mei (AEON Mall Bukit Mertajam) , 24 – 26 Jun (AEON Mall Kuching Sarawak), 1-3 Julai (AEON Mall Bandar Dato’ Onn Johor), 8-10 Julai (AEON Mall Bukit Raja, Klang), 15-17 Julai (AEON Mall Ipoh Klebang), 22-24 Julai (AEON Alpha Angle Kuala Lumpur), 29 – 31 Julai (AEON Mall Sri Manjung Perak), 19-21 Ogos – (AEON Mall Bandaraya Melaka) dan 26 – 28 Ogos (AEON Mall Nilai Negeri Sembilan) . Selain AEON Mall, destinasi diteruskan ke 5 – 7 Ogos (Kuantan Pahang), 2 – 4 September (Kota Kinabalu Sabah),seterusnya ke acara kemuncak pertandingan Tingkah Geruh –Akar Kita Zapin peringkat Kebangsaan dan Nusantara berakhir pada 12 – 15 September (Iskandar Puteri Johor).

Program ini dibawakan bersama MRF Consultant(M) Sdn Bhd.Ini adalah salah satu inisiatif MRF Consultant (M) Sdn. Bhd. dalam merelisasikan aktiviti CSR menerusi bidang pelancongan seni dan budaya yang dikelolakan oleh Noraniza Idris. Objektif penganjuran yang dibawakan oleh MRF ini adalah untuk mendekati masyarakat dengan lebih dekat dengan program-program bermanfaat khususnya kepada generasi pelapis agar terus menghayati peradaban dan nilai-nilai murni dengan aktiviti bengkel yang dijalankan secara percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengambil bahagian.

Harapan Noraniza, perlantikan duta ini adalah tanggung jawab yang besar untuk digalas kepada masyarakat. Semoga segala urusannya membawa misi dan visi MRF ini seiring dengan kekuatan seni dan budaya untuk diangkat ke tahap yang lebih membanggakan secara global dalam masa terdekat.

Check Also

Kejayaan Berryfull Honey Lemon Inayah Beauty: Perisa Baharu yang Meraih RM2.5 Juta

Inayah Beauty, syarikat tempatan yang terkenal dengan produk makanan tambahan Berryfull, Gattox dan Break Oat, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *