MUZIKAL MOYANG SALLEH Bakal Dipentaskan di Istana Budaya

Setelah Filem Mat Kilau menjadi Fenomena di Pawagam yang merupakan Filem yang mengetengahkan pahlawan dan pejuang dalam sejarah Tanah Melayu, diharapkan Muzikal Moyang Salleh juga dapat limpahanya dari kebangkitan dan keterujaan rakyat Malaysia terhadap cerita yang berlandaskan kepada sejarah, kepahlawanan dan perjuangan.

Pementasan muzikal berdasarkan le genda figura seorang pemimpin Melayu yang bernama Moyang Salleh dari daerah Jelebu yang mengisahkan tentang perjuangan, pengorbanan, seni dan budaya masyarakat Melayu Negeri Sembilan.

Muzikal Moyang Selleh yang akan dipentaskam di Istana Budaya pada 26 hingga 31 Ogos ini akan menampilkan kelainan dari segi seni persembahan dan teknikal serta keunikan yang tersendiri apabila menggunakan sepenuhnya dialek atau loghat Negeri Sembilan sebagai Bahasa petuturan.

Menurut Pengarahnya, Roslee Mansor aspek kekaguman yang akan membuatkan penonton terpesona seperti Moyang Salleh boleh berjalan di atas air dan boleh berada di tempat-tempat berbeza dengan sekelip mata.

Teater ini diterbitkan oleh Karyawan Negeri Sembilan dengan kerjasama Badan Kebajikan Ahsan Undang Luak Jelebu dan dinaungi oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) akan menampilkan lebih 150 tenaga produksi termasuk pelakon, penari, pemuzik dan tenaga produksi.

Muzikal Moyang Salleh akan menampilkan lebih 16 buah lagy yang dicipta dan digubah beserta dialog yang pasti akan mmbuatkan pelakon terhibur dengan irama, tarian dan lakonan yang hebat dengan menampilkan pelakon lagenda tanah air, Dato’ Ahmad Tamini Serigar sebagai Moyang Salleh, Khir Rahman sebagai Sultan Abdul Jalil Muazam Shah, Along Eyzendy sebagai Si Amat, Eliza Mustapa sebagai Moyang Timah dan Hairi Safwan sebagai Dato Bendahara serta Pemenang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Motion Horse International Filem Festival (MHIFF), Mubarak Majid memegang watak sebagai Datuk Temenggung.

Selain itu, gandingan teater ini diperkemaskan lagi dengan menampilkan muka baru dalam persembahan ini. Antaranya Melisa Kelvin sebagai Seri Banun dan Nen Tebabo dari Radio Negeri Sembilan .

Untuk makluman, Muzikal Moyang Salleh adalah teater muzikal yang pertama dipentaskan di Istana Budaya sejak bermulanya endemic pada tahun ini.

Menurut Penerbit Muzikal Moyang Salleh, Puan Hajjah Salbiah Zahari, beliau sentiasa mendoakan kejayaan dan impak yang baik melalui teater ini kepada masyarakat dan dapat memberi manfaat kepada mereka. Beliau menyatakan produksi menyediakan diskaun hebat yang jarang di berikan oleh produksi lain antara 10 % hingga 20 % untuk pembelian awal, mulai 24 Jun hingga 31 Julai 2022. Manakala bagi pembelian tiket secara pukal 10 tiket ke atas, diskaun 10% akan diberi. Manakala pelajar dan warga emas pula akan diberi discount 5% dari harga asal. Di samping itu tiket berharga dari RM49 hingga RM299 namun tiket berharga RM79 ke atas akan diberi lainlain cenderahati iringan secara percuma mengikut kategorinya seperti poster, buku cenderahati termasuk skrip Muzikal Moyang Salleh, T-Shirt, meet and greet dan supper bersama pelakon.

Muzikal Moyang Salleh ini dipentaskan sempena dengan bulan kemerdekaan kita ke-65 pada tahun ini dengan tema ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’. Jadi kami berharap agar masyarakat Keluarga Malaysia jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mendapatkan tiket bagi menonton Muzikal Moyang Salleh ini di ilassoticket.com. Sila hubungi 012-275 5981(Urusetia), 014-636 4636 (Suhairi), 017375 2739 (Adibah) dan 017-644 6120 (Firdaus) untuk pertanyaan pembelian tiket dan ikuti informasi dan aktiviti terkini di facebook page Muzikal Moyang Salleh.

Check Also

Astro Persembahkan Drama ‘Berbahagi Suami’ – Menyingkap Realiti Poligami Dari Kaca Mata Isteri Kedua

Astro, peneraju utama hiburan di Malaysia, kembali dengan drama terbaharu berkisarkan konflik rumahtangga bertajuk ‘Berbahagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *