MVTV Asia perkenalkan kandungan #UnitedAsians ke serata dunia

Mbits Digital hari ini mengumumkan perkhidmatan penyiaran digital MVTV Asia. Dengan MVTV Asia, pengguna boleh mengakses pelbagai jenis kandungan berkualiti baik pada set telefon bimbit, set top box dan TV pintar melalui satu set aplikasi.

MVTV Asia merancang konsep #GLocal untuk menglobalisasi kandungan tempatan dengan menyediakan 60% kandungan pengeluaran tempatan seperti MVTV Asal Filem, MVTV Siri TV Asal, Rancangan Serbeneka dan Festival Filem Pendek Domestik ke perkhidmatan tersebut.

MVTV Asia berbangga dan bekerjasama dengan rakan-rakan handalan seperti ZTE Corporation, MIGU China Mobile, FutureTV CCTV dan BesTV Shanghai Media Group melalui Digital One Belt One Road Initiative untuk mewujudkan pengedaran kandungan bersama serantau.

MVTV Asia juga melancarkan program-program asal tersendiri seperti Inspirasi YES Malaysia, Memori KampungKU dan Bintang Sejuta untuk menandakan komitmen untuk membawa kandungan tempatan ke serata dunia.

Program Inspirasi YES Malaysia, mempamerkan bintang hiburan muda tempatan dengan berkongsi cerita kejayaan untuk memberi inspirasi kepada penonton muda.

Bagi program Memori KampungKU menggalakkan pengguna membuat filem pendek untuk mengambarkan semula keindahan dan memori kampung halaman mereka.

Manakala, program Bintang Sejuta adalah aplikasi nyanyian karaoke yang membolehkan pengguna merekod dan memasang lagu, sambil meraikan hadiah alam maya dengan rakan-rakan atau peminat mereka.

“Kami menjalin rangkaian kandungan bersepadu melalui inisiatif #UnitedAsians dengan pengeluaran bersama serantau. Untuk itu, MVTV Asia akan memperkenalkan rakan kongsi kandungan dari Indonesia, Korea, Hong Kong dan Taiwan di sidang akhbar akan datang.” kata Ketua Pengarah Eksekutif, MVTV Asia, Sara Leana Nattaya Azmi.

MVTV Asia akan memainkan peranan proaktif dalam pengeluaran dan pengedaran kandungan serantau.

“Kami mengalu-alukan rakan kongsi kandungan dari lain lain negara Asia turut menyertai bersama. Kami juga meperkenalkan sistem digital pengiklanan bersama rakan Fractalist dan Adinall dari China untuk menawarkan digital kempen yang berkesan kepada pelangan korporat dan industri pengiklanan.

“Seterusnya, rakan kami, TamicoBell Asia akan memastikan rangkaian cawangan electronik untuk pemasaran dan pengedaran peranti pintar MVTV Asia kepada pengguna serantau Malaysia dan Asia,” kata Sara lagi.

MVTV Asia memperkasakan pengeluar kandungan domestik dan Asia dengan mewujudkan eko-sistem yang dicipta oleh syarikat induk iaitu Mbits Digital. Ia adalah sebuah syarikat yang khusus untuk meningkatkan pengalaman gaya hidup digital #DigitalLifestyle di Malaysia.

Bersama dengan rakan rakan serantau, MVTV Asia akan memulakan rangka kerja pelbagai peringkat untuk memudahkan pengedaran kandungan, inovasi teknologi serta meningkatkan dan menjana dana di kalangan semua rakan industri bersama.

Mengenai MVTV Asia, ia adalah perkhidmatan penyiaran digital, yang membolehkan pengguna untuk menonton kandungan berkualiti baik yang ditawarkan oleh rakan serantau melalui peranti pintar.

Mandat MVTV Asia adalah untuk membawa kandungan Asia ke serata dunia.

Laman web: www.mvtvasia.my
Kenalan: info@mvtvasia.my

Check Also

Festival Filem Asia Pasifik ke-61 Kembali ke Malaysia

Festival Filem Asia Pasifik (APFF) yang berprestij bakal kembali ke Malaysia untuk edisi ke-61. Dijadualkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *