NE-YO LIVE IN MALAYSIA

Baharu sahaja melabuhkan tirai ‘Raisa Live In Malaysia’, jenama penganjur acara disegani, Hitman Solutions bersama Happymoon, rakan industri muzik yang tersohor, kembali membawakan hiburan berterusan demi memenuhi selera penggemar konsert yang dahagakan persembahan ‘live’. Hasil kerjasama ini, mereka beralih ke negara barat pula dengan membawakan  ‘NE-YO Live In Malaysia’ yang bakal berlangsung pada tahun hadapan, 21 Januari 2023, bermula jam 8:00 malam eksklusif di Dewan Plenary KLCC.

“Menakjubkan!” Itu di antara komen-komen yang dilontarkan oleh pengunjung yang hadir menonton konsert ‘Raisa Live In Malaysia’ tempoh hari, ramai mengatakan yang mereka masih belum bisa ‘move on’ dari persembahan memukau Raisa dan penantian selama 12 tahun mereka akhirnya berbaloi, menurut Encik Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions.

Kini, Hitman Solutions & Happymoon terbang jauh ke Amerika Syarikat pula untuk membawakan hiburan oleh bintang ternama yang pernah memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan bertaraf global iaitu NE-YO dalam sebuah konsert yang ditunggu-tunggu peminat muzik pop R&B.

“Kita semua membesar dengan lagu-lagu nyanyian NE-YO yang begitu dekat di hati serta gerak tarinya yang mengasyikkan dan kini, apabila beliau aktif mengadakan siri jelajah konsert, kami tidak mahu melepaskan peluang ini untuk membawa NE-YO ke sini setelah konsert terakhirnya di Sunway Lagoon Surf Beach kira-kira 12 tahun yang lalu,” kata Encik Kesavan Purusotman atau lebih mesra dikenali sebagai KC, Pengasas Happymoon.

“Pada konsert itu nanti, kami berharap mereka yang lahir pada 1990-an dan 2000 akan hadir kerana NE-YO merupakan salah satu artis paling ‘top’ ketika itu.

Kami juga yakin malam konsert itu nanti akan mengimbau kembali kenangan zaman remaja dan membangkitkan emosi penonton melalui nyanyian lagu-lagu ‘soul’ yang menggamit perasaan dan sinonim dengan NE-YO.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan digital kami, MOLA Chill Club, serta rakan radio rasmi, SINAR FM, MIX FM, LITE FM dan MELODY FM kerana sudi menjadi sebahagian daripada konsert yang menakjudkan ini,” kata Encik Rohit Rampal.

Bagi mereka yang berminat untuk membeli tiket konsert ‘NE-YO Live In Malaysia’, tiket-tiket akan mula dijual pada 5 Disember 2022 ini, terbahagi kepada 4 kategori utama, VIP (RM988), DIAMOND (RM688), PLATINUM (RM488) serta GOLD (RM288). Pembelian boleh dilakukan di laman web rasmi www.hitmanlive.com.

Untuk sebarang pertanyaan berhubung konsert tersebut, sila hubungi Encik Keeran D. (Hitman Solutions) di talian 012-887 0669.

Check Also

KRU Kembali Dengan Single ‘Voodoo’ Yang Memukau

Kumpulan legenda industri muzik tanah air, KRU, menggemparkan peminat dengan pelancaran single pertama mereka, “Voodoo”, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *