Wednesday , December 7 2022

‘Next to Neelofa’ Kembali Dengan Musim Kedua

Tiada rancangan bual bicara yang mampu mendalami isi hati figura-figura terbesar tanah air kecuali ‘Next to Neelofa’. Rancangan talk show bernaritifkan perbincangan mahupun perbualan yang merangkumi aspek-aspek kehidupan kini kembali dengan musim kedua yang berpaksikan ‘deep conversation’ bersama tetamu-tetamu undangan personaliti terkenal.

Isu-isu yang bakal dikupas menerusi musim kedua ‘Next To Neelofa’ menunjukkan sisi-sisi para figura yang jarang dipaparkan kepada khalayak ramai kerana ada di antara mereka dikenali menjalani kehidupan privasi yang ketat terutamanya dengan ahli keluarga mereka.

Jelitawan ini akan menyelami kisah-kisah yang belum terungkai secara umum termasuk tragedi serta konflik yang sedang atau telah dihadapi barisan tetamu undangannya untuk dijadikan perkongsian demi para penonton Astro.

Neelofa turut akan berbual bicara mengenai dunia baharunya, dunia keibuan atau motherhood dengan tetamu jemputan sambil berkongsi ilmu dalam mendidik anak-anak serta nasihat dalam menguatkan bahtera perkahwinan.

Antara tetamu undangan musim kedua adalah penyanyi dan pelakon tersohor negara, Ziana Zain. Episod yang memaparkannya akan merungkai suka duka perkahwinan penyanyi tersebut bersama bekas suaminya. Bermula dengan permulaan percintaan mereka sehingga ke saat-saat mendugakan bersama keluarga termasuk masalah kehamilannya serta diagnosis anaknya dengan attention deficit hyperactivity disorder (ADHD).

Malah dia turut berkongsikan kisah perkahwinannya di mana diri penyanyi tersebut menyimpan masalah rumahtangga daripada kedua ibu bapanya sehingga dia berkongsi keputusan untuk bercerai daripada suaminya dengan mereka.

Manakala pelakon dan pengacara popular, Datin Lisa Surihani turut berkongsi kisah bibit percintaannya dengan Datuk Yusry Abdul Halim serta pembabitan awalnya dalam industri lakonan menerusi salah satu episod ‘Next To Neelofa’.

Selain daripada itu, Datin Lisa turut berkongsi kisah perjuangan bapa yang dikasihi berhadapan dengan kanser. Pelakon tersebut meluahkan keperitan bagaimana dia sekeluarga mengharungi saat-saat sedih ketika bapanya nazak dalam pertarungannya dengan penyakit tersebut.

Sisi-sisi emosi ini bakal membuatkan para penonton terbuka mata dan hati dengan menatap momen yang dipenuhi dengan tangisan Datin Lisa.

Mira Filzah pula akan berkongsi pengalaman melahirkan anak pertamanya dan kehidupan baharu sebagai seorang ibu. Malah pelakon cantik ini turut berkongsi kisah percintaannya dengan suami, Wan Emir Astar yang dikenalinya menerusi laman media sosial Instagram.

Ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohammed turut diundang untuk berkongsi kisahnya sebagai seorang ibu tunggal pada awal kehidupannya dan bagaimana dia mendidik serta membesarkan anak-anaknya tanpa kehadiran seorang bapa. Dia turut berkongsi kisah zaman kanak-kanak Neelofa dan bagaimana dirinya mendapat nama manjanya Lofa, yang berasal dari perkataan Love.

Antara tetamu-tetamu undangan yang turut membuat penampilan menerusi musim kedua ‘Next To Neelofa’ adalah Diana Amir, Puteri Sarah, Tya Arrifin dan Ustazah Oki.

Saksikan musim kedua ‘Next To Neelofa’ bermula pada 22 Oktober 2022 pada setiap hari Sabtu pada jam 10 malam di saluran Astro RIA. Untuk pilihan lebih fleksibel, strim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.  Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan ini di Astro.

Check Also

Filem Siku 12 – Langkah Derhaka

Filem Siku 12: Langkah Derhaka arahan Azhari Zain memiliki kekuatan tersendiri kerana menon kehebatan seni …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *