NIDJI Tampil Dengan Album Terbaru LOVE, FAKE & FRIENDSHIP

Tempoh lima tahun adalah waktu yang cukup lama untuk sebuah band melancarkan album. Dalam tempoh tersebut, pastinya peminat adalah  kelompok yang paling terseksa kerana menanti buah tangan baharu daripada band kegemaran mereka.Hal itulah yang terjadi kepada Nidjiholic apabila Nidji tidak terbit dengan album studio sepanjang lima tahun lalu. Jika adapun, mereka mengisi dahaga peminat dengan lagu-lagu runut bunyi untuk beberapa naskhah hebat Indonesia yang meminjam kepakaran muzik mereka.

Kini akhirnya, segala persoalan yang dilontarkan kepada Nidji terjawab. Tidak pernah tampil tanpa perancangan rapi, Nidji menerusi album kelimanya memilih satu konsep pembawaan dan muzik yang cukup menarik sekali gus mampu mengisi kekosongan peminat sehari-hari. Meminjam semangat anak muda seperti berusia 15 tahun, tetapi cukup matang dan penuh ilmu kehidupan, Nidji muncul dengan album yang diberi judul Love, Fake & Friendship.

Menurut Giring, sengaja Nidji memilih judul Love, Fake & Friendship kerana menyifatkan tiga kata keramat ini sebagai satu fasa yang pernah dialami oleh semua generasi.

“Ada kalanya manusia saling mencintai satu sama lain, ada kalanya manusia bersikap palsu agar seolah terlihat baik-baik saja. Dan persahabatanlah yang akan menjadi kunci untuk menjaga hubungan harmoni antara sesama manusia. Tetapi ini bukan ditujukan hanya kepada generasi masa kini, but this also fit for us who feels young. Maka Nidji mempersembahkan album kelima ini,” ujar Giring penuh antusias.

Love, Fake & Friendship juga menyaksikan Nidji mengisinya bersama sahabat-sahabat dan idola yang dikagumi mereka, sekali gus menjadikan album ini sebagai album wajib berada dalam koleksi penggemar.

Ada banyak kolaborasi terjadi dalam album ini, antaranya gabungan mereka bersama pemuzik senior Guruh Soekarno Putra yang karya-karyanya selama ini menjadi kekaguman Nidji. Bersama Guruh, mereka menciptakan Energi Cinta, sebuah lagu yang grande, eksotik dan deep. Selain Guruh yang sudah berada dalam papan atas muzik Indonesia, Nidji mengait pemuzik muda berbakat besar seperti Bemby Noor yang merupakan penulis lirik di sebalik banyaknya hit solo di republik tersebut. Rian D’Masiv yang juga tercatat sebagai salah seorang rakan kolaborasi mereka bersama Pongky Barata, Tulus, Petra Sihombing, serta tidak ketinggalan pendatang baharu di Musica Studios, Dea juga yang ikut memberi sentuhan dalam menciptakan nuansa baharu dalam album ini.

Memilih Dea sebagai rakan kolaborasi merupakan keputusan breakthrough yang dilakukan oleh Nidji.

“Kami mendapati suaranya begitu menarik,” sebut Giring saat mendengar Dea bernyanyi.

Untuk itulah Dea dan Giring melengkapi lagu ini dengan hasil kolaborasi lirik mereka. Lagu Hancur Aku adalah hit milik band alternatif rock yang berasal dari Malaysia, Estranged yang sudah memiliki nama cukup besar. Nidji memilih untuk merakamkan semula hit ini dan berhadapan bagaimana untuk menjadikan ia lebih unik serta masuk dengan senario masa kini.

Lantas, Hancur Aku menggunakan khidmat tiga produser musik yang luar biasa iaitu salah seorangnya ialah Irwan Opung untuk mengemas ulang lagu tersebut. “Cabaran buat kami adalah bagaimana untuk mengulang main sebuah karya yang sudah bagus dan hit supaya masuk dengan Nidji pula. Ia merupakan satu cabaran yang besar dan satu penghormatan buat kami kerana diberi peluang mengulang rakam Hancur Aku dalam versi Nidji,” ujar Giring.

Ari Aru (Tulus) serta The Rising Star Marco Steffiano (Barasuara dan Raisa), turut menjadi nilai tambah kepada kekuatan album ini untuk dinikmati oleh seluruh peminat muzik.Seiring dengan kelahiran album kelima ini dan Nidji yang meraikan ulang tahun ke-15 mereka, Nidji hadir ke Malaysia dalam rangka promosi dan bertemu peminat pada 7 sehingga 11 Mei ini.

Sebuah konsert mini Joox Live With Nidji juga dirancang di Kilang Bateri, Johor Bahru yang akan menjadi medan pertemuan Nidji bersama Nidjiholic pada 11 Mei ini bermula pukul 9 malam.Tiket berharga RM80 boleh dibeli dengan melayari jooxlivenidji.peatix.com atau membeli di Bateri Merchandise Store (Red Contena) di Kilang Bateri, Johor serta di kedai CD Rama yang terpilih iaitu di Sunway Putra, KL, Harris, Aeon Tebrau City Shopping Center,

Johor Bahru City Square, dan Aeon Bukit Indah Shopping Center, Johor.

Lagu-lagu di dalam album Love, Fake & Friendship:

  1. Bila Bersamamu
  2. Hancur Aku
  3. Terlahir Beda
  4. Gantungi Aku
  5. Musnah
  6. Jalani Hidup dengan Cinta
  7. Terserah
  8. Sabar
  9. Energi Cinta
  10. Cinta yang Hilang
  11. Trying To Find You
  12. Hara Tanah

Check Also

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!

Debaran semakin terasa apabila Ballet Nights mengumumkan bahawa Duta Muda Malaysia mereka, Sophia Ong, 14 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *