NK Fashion Week 2019

Norish Kareem merupakan pengasas kepada Norish Kareem Couture, Norish Kareem Cosmetics dan Norish Kareem London akan menganjurkan event fashion antarabangsa iaitu NK Fashion Week (NKFW) bersempena London Fashion Week pada September ini . Dianjurkan oleh Norish Kareem London , event ini akan disertai oleh beberapa designers Malaysia iaitu Fana Couture, Lila Majnun, Angie Jewels & Co., Ummiriaz International, Liza Zulkarnain dan beberapa designer lain dari dalam dan luar Negara.

Fashion week ini akan dikolaberasi dengan strategic partner iaitu MATRADE (Malaysia Ministry of Trade). NKLFW ini dijangka akan diadakan di tengah2 kota London dan dihadiri oleh pengiat fashion dari seluruh Negara. Ini adalah event fashion week yang julung2 kali dianjurkan oleh pihak Norish Kareem. Kami berharap ia akan berjalan lancar dengan sokongan dari semua pihak.

Norish Kareem berhasrat untuk mengetengahkan designer2 Malaysia di pentas dunia dan memberi mereka pendedahan kepada industri fashion antarabangsa. Norish Kareem juga menyediakan ruang placement di butik Norish Kareem London untuk designer2 di seluruh dunia mempamerkan jenama mereka di Kota London dan sekali gus menembusi pasaran UK dan Europah. Ia tidak terhad hanya pada pakaian malah kosmetik dan aksesori.

NKFW juga di jangka akan diadakan di Doha, Qatar pada November ini berkoleberasi dengan agency kerajaan Qatar. Norish Kareem berharap untuk menjadikan label NKFW sebagai satu organiser fashion antarabangsa yang mengadakan fashion week di pusat fashion dunia seperti London, Doha, New York, Paris dan Dubai. Designer-designer yang berminat menyertai NK Fashion Week boleh menghubungi di email sales@norishkareem.com.

‘ Bukan mudah sesebuah jenama untuk menembusi pasaran antarabangsa contohnya di Kota London kerana saya pernah merasainya. Oleh itu, salah satu sumbangan saya kepada dunia fashion adalah memberi peluang kepada designer2 yang ingin menempatkan koleksi mereka di tengah2 kota London. Saya memberi keutamaan kepada designer Malaysia yang ingin pergi ke peringkat Global dan yakin terhadap jenama mereka’ – Norish Kareem

Website : www.norishkareem.com

Ig : norishkareemlondon_official

Ig : norishkareemfashionweek

Check Also

Kahf Malaysia Ungguli Kategori Pelancaran Produk di Anugerah FMCG Asia 2024

Kahf Malaysia, jenama penjagaan diri lelaki yang sedang berkembang pesat, telah mencapai kejayaan membanggakan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *