Nu-Prep bakal bawa anda terbang ke 12 lokasi dalam peraduan 12 Bulan 12 Destinasi

Biotropics Malaysia Berhad menerusi produk kesihatan Nu-Prep melancarkan peraduan 12 bulan 12 destinasi ke beberapa lokasl terpilih seperti Tokyo, Beijing,Sydney,Perth,Bali,Hanoi, Jeju, Istanbul dan Mekah sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia.

Peraduan yang bermula sejak 1 Januari Ialu akan berlangsung sehingga 31 Disember 2020 ini dengan 12 pemenang bertuah akan dipilih sepanjang tahun untuk merasai pengalaman bercuti di negara idaman tersebut.Bagi mereka yang berminat caranya mudah dengan hanya membeli produk Nu-Prep Wanita,Nu-Prep Lelaki atau Nu-Caffe secara dalam talian atau di farmasi terpilih seperti Watson, Guardian atau Caring.

Kemudian anda hanya perlu mendaftarkan penyertaan di www.nuprep.com.my, sebagai bukti pembelian (resit) dalam borang penyenaan tersebut dan tekan butang ‘hantar‘.

Peraduan terbuka kepada mereka yang berumur 21 tahun dan ke atas dan lebih banyak penyertaan yang dihantar, lebih tinggi peluang anda untuk memenangi percutian tersebut.

Pemilihan pemenang dilakukan berdasarkan sesi cabut undi yang akan disiarkan secara Iangsung di Facebook Nu-Prep secara live pada setiap hujung bulan iaitu 30 atau 31 hb. Peserta yang sudah berdaftar dinasihatkan untuk menonton FB Live tersebut dan pihak penganjur akan menghubungi setiap pemenang bagi urusan tempahan tiket penerbangan.

Check Also

Kahf Malaysia Ungguli Kategori Pelancaran Produk di Anugerah FMCG Asia 2024

Kahf Malaysia, jenama penjagaan diri lelaki yang sedang berkembang pesat, telah mencapai kejayaan membanggakan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *