NUR SAJAT Miliki Kediaman DATO’ ALIFF SYUKRI

Pemilik syarikat Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd, hari ini mengumumkan pembelian keseluruhan rumah banglo mewah milik Dato’ Aliff Syukri dalam satu temubual khas di Hotel Royal, Kuala Lumpur. Dato’ Aliff Syukri turut mengumumkan berkenaan pembelian tersebut oleh Nur Sajat tanpa menyatakan nilai tunai dalam laman Instagram miliknya hari ini.

Kehidupan gadis ini tidak bermula dengan emas permata. Membesar dalam didikan sempurna oleh kedua ibu bapanya yang hanya merupakan peniaga di tapak pasar malam, Nur Sajat bertekad ingin mengubah nasib keluarganya ketika itu. Fizikal Nur Sajat menjadi bahan tawa, namun dorongan ibunya menjadi sumber kekuatan untuk gadis ini terus bertahan dan mencapai impiannya.

Menerusi laman Instagram miliknya @nursajat02, beliau turut berkongsi suka duka kehidupannya yang rumit berbanding orang lain. Dihentam dengan tohmahan sehingga hari ini, Nur Sajat bangkit menerima qada & qadar Tuhan selepas terlantar dalam kemalangan. Berbekalkan modal cuma RM500 di ibu kota Kuala Lumpur, gadis ini mula membina empayar jenamanya sendiri tanpa menoleh ke belakang.

Jenama kosmetik Let’s Cantik by Nur Sajat merupakan langkah pertama beliau berkecimpung dalam industri perniagaan bermula pada 2015. Penat lelah selama 2 tahun akhirnya menjadikan gadis ini antara JUTAWAN MUDA di Malaysia hari ini. Nyata strategi pemasaran viral berbekalkan modal wang saku RM500 membuahkan hasil. Nur Sajat kini turut memiliki Pusat Kecantikan Nur Sajat Beautician yang terletak di Ampang dan Shah Alam.

Berbekalkan pengalaman perniagaan sukses, Nur Sajat hari ini mengumumkan penganjuran SEMINAR BICARA USAHAWAN BERSAMA NURSAJAT di seluruh negara bermula Mac 2017. Seminar dengan yuran terendah hanya RM50 ini bertujuan membentuk usahawan baharu dan berkongsi tips pemasaran efektif untuk yang mahu menjana sumber pendapatan menerusi cabang perniagaan.

JADUAL SEMINAR BICARA USAHAWAN BERSAMA NURSAJAT SELURUH NEGARA

  • Hotel Tropicana Inn, Johor Bahru (Sabtu) 04 Mac 2017                          10 pagi – 2 petang
  • Melaka / Negeri Sembilan (Seremban) (Sabtu) 25 Mac 2017                  10 pagi – 2 petang
  • Kuantan / Terengganu (Sabtu) 08 April 2017                                             10 pagi – 2 petang
  • Kelantan (Sabtu) 29 April 2017                                                                      10 pagi – 2 petang
  • Perak (Sabtu) 06 Mei 2017                                                                              10 pagi – 2 petang
  • Kedah / Pulau Pinang (Sabtu) 20 Mei 2017                                                 10 pagi – 2 petang
  • Kuala Lumpur / Selangor (Sabtu) 29 Jun 2017                                           10 pagi – 2 petang
  • Sabah (Sabtu) 08 Julai 2017                                                                            10 pagi – 2 petang
  • Sarawak (Ahad) 09 Julai 2017                                                                         10 pagi – 2 petang

Terhad kepada 50 peserta terawal, mereka yang berminat hanya perlu membuat pembayaran sebanyak RM50.00 ke akaun bank RHB NURSAJAT AESTHETIC SDN BHD: 2122-73000-5272-1 dan mendaftar nama penuh, nombor kad pengenalan serta nombor telefon ke Puan Wati di talian 011-11938834 atau Puan Akmal di talian 016-9888217.

Ikuti laman Instagram @nursajat02 untuk maklumat lanjut serta perkembangan semasa mengenai lokasi terkini seminar di setiap negeri.

Check Also

Kahf Malaysia Ungguli Kategori Pelancaran Produk di Anugerah FMCG Asia 2024

Kahf Malaysia, jenama penjagaan diri lelaki yang sedang berkembang pesat, telah mencapai kejayaan membanggakan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *