Nurul Izzati Ibrahim Pemenang Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000

Image 1

Nurul Izzati Ibrahim yang berusia 22 tahun mungkin kelihatan muda, namun tenaga serta keyakinan beliau jelas menunjukkan bahawa beliau telah mencapai kejayaan yang membanggakan pada usia muda.  Pengaya hijab muda ini kelihatan teruja menceritakan mengenai salah satu minat beliau iaitu – tutorial gaya berhijab di YouTube yang telah meraih pengikut melebihi 19,000 orang dan menjana lebih lima juta tontonan.  Sunsilk, salah satu peneraju dalam penjagaan rambut bagi wanita yang berhijab, menyedari hakikat ini dan memilih Nurul sebagai pemenang hadiah utama yang memenangi hadiah wang tunai RM20,000 melalui pertandingan, Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000.

Semenjak 15 tahun yang lalu, Sunsilk Lively Clean & Fresh telah berganding bahu dan melangkah seiring dengan wanita yang memakai hijab ketika mereka meniti liku kehidupan, menjalin kisah tersendiri, serta menggapai inspirasi dan impian mereka.  Tahun ini, Sunsilk memberi tumpuan kepada wanita-wanita hebat ini dengan mengundang mereka untuk berkongsi perjalanan berhijab mereka yang tersendiri dan menggamit memori bersama Sunsilk, yang telah dijalin semenjak sekian lama menerusi pertandingan Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000. Pertandingan ini, yang telah berlangsung pada awal tahun ini melalui laman Facebook Sunsilk, telah meraih hampir 1,000 penyertaan dan mencapai kemuncaknya menerusi penceritaan sebuah kisah yang mempamerkan perjalanan Sunsilk Lively Clean & Fresh bermula dari tahun 2000 sehingga sekarang.

“Kami berhasrat untuk memperkasakan semua pemakai hijab di Malaysia dengan menerapkan keyakinan dalam diri mereka untuk merebut peluang dalam kehidupan; jadi kami mencipta sebuah platform untuk meraikan dan mendengar kisah mereka dalam mengapai impian, inspirasi serta menangani cabaran yang hadir.  Amat sukar untuk menentukan pemenangnya kerana kami telah menerima begitu banyak penyertaan yang penuh inspirasi, namun kisah Nurul ternyata paling unggul.  Beliau melambangkan pengaya hijab Sunsilk yang sebenar – mengawal serta melakar kejayaan beliau sendiri dan sentiasa berinspirasi untuk mencapai lebih banyak lagi dalam kehidupan, dan menjadi sumber inspirasi yang sebenar kepada orang lain,” ujar Phoenix Ho, Pengurus Jenama Total Hair, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Image 2
Nurul Izzati Ibrahim memenangi RM20,000 dalam Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000.

“Saya tidak menjangkakan sama sekali.  Satu hari ketika saya membuka email, saya mendapati bahawa saya telah dipilih sebagai pemenang. Saya berasa amat gembira!”  kongsi Nurul.  Pelajar bidang seni bina dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini menyatakan bahawa minat beliau untuk menggayakan hijab telah menginspirasikan beliau untuk mencipta saluran YouTube (www.youtube.com/user/icecreambaby44), di mana beliau menunjukkan cara untuk menggayakan hijab bagi pemakaian seharian mahupun ketika menghadiri majlis khas.

Apa yang bermula sebagai hobi kini berkembang menjadi seni yang berterusan, malah ramai gadis-gadis lain yang memakai hijab mula mengikuti gaya beliau dan tidak lama kemudian mula meminta lebih banyak tip mengenai fesyen dan gaya.  Meraih lebih dari sekadar memberi inspirasi kepada orang lain, Nurul mengulas lanjut bahawa dorongan dan sokongan positif yang beliau terima dari para penonton telah membantu memupuk keyakinan diri dan memacu beliau untuk mencapai impiannya.  Pengaya hijab muda ini juga mampu bermain alatan muzik dalam pementasan orkestra di sekolah, dan terlibat secara aktif dalam komuniti pengiat seni tempatan dan berhasrat untuk menjadi seorang pereka seni yang berjaya satu hari nanti.

Sebagai seorang pelajar seni bina, membuat lakaran merupakan sebahagian dari rutin seharian Nurul.  Mungkin itu sebabnya, apabila ditanya apakah perancangan beliau dengan hadiah wang tunai yang dimenanginya, Nurul berkata salah satu dari rancangan beliau ialah untuk menderma kepada KL Sketch Nation, komuniti yang menempatkan pencinta seni lakaran yang sentiasa berusaha untuk memberi sumber inspirasi kepada orang lain melalui seni lakaran.  Komuniti ini, yang mana Nurul berbangga untuk menjadi sebahagian dari mereka, sering menganjurkan ‘sketch walks’ apabila mereka mengunjungi mercu tanda di KL dan kawasan berhampiran dan menampilkan suasana kehidupan di Bandar dan karakter-karakter dari segenap lapisan masyarakat yang dihidupkan melalui seni lakaran.

“Memenangi pertandingan Sunsilk ini akan membantu saya untuk terus melakukan perkara yang saya cintai seperti membuat tutorial memakai hijab dan seni lakaran.  Mengenai berkongsi hadiah kemenangan dengan KL Sketch Nation pula, saya berhasrat agar dapat membantu mereka dari segi kewangan dalam melaksanakan penganjuran lebih banyak aktiviti, pameran dan kelas seni lakaran bagi kanak-kanak dan golongan muda,” ulas Nurul.

Dengan terdapatnya pelbagai platform sosial media masa kini, adalah amat mudah bagi orang ramai melupai seni yang mudah seperti melakar.  Tegas Nurul, “Apabila anda melakar, anda menggapai lebih banyak butiran dan lebih menghargai persekitaran anda berbanding sekadar mengambil gambar.  Saya berharap melalui KL Sketch Nation, lebih ramai orang akan mula meminati seni lakaran dan memupuknya sebagai sebuah hobi yang menyeronokkan.”

Sunsilk sentiasa memahami bahawa setiap wanita mempunyai keperluan penjagaan rambut yang berbeza, termasuklah wanita yang berhijab.  Ia telah mendorong jenama ini untuk menjadi peneraju dalam penjagaan rambut wanita berhijab semenjak 15 tahun yang lalu, bermula dari detik pelancaran Sunsilk Lively Clean & Fresh.  Bagi menangani keperluan penjagaan rambut yang unik bagi pemakai hijab, Sunsilk bersama dengan Dr Francesca Fusco, pakar penjagaan kulit kepala yang terkenal di dunia telah mencipta Lively Clean & Fresh.  Diperkayakan dengan Vitamin Citrus ComplexTM, varian ini membasuh rambut secara menyeluruh, dan seterusnya memberi kesegaran kepada kulit kepala. Hasilnya adalah kulit kepala yang bersih dan segar, yang memberikan pemakai hijab kesegaran sepanjang hari.

Sebagai jenama yang meletakkan golongan wanita di tempat yang teratas, Sunsilk sentiasa memberi sokongan kepada pemakai hijab melalui pelaksanaan kempen yang melambangkan kejayaan golongan wanita ini.  Tahun ini menyaksikan artis muda Heliza Helmi selaku wajah baru Sunsilk Lively Clean & Fresh yang diharap akan berupaya untuk memberi inspirasi kepada wanita yang berhijab.   Tahun lepas kempen Hijabku, Gayaku menampilkan 10 pereka dan model bertuah ke persada antarabangsa melalui pentas  Islamic Fashion Festival (IFF), di mana para pemenang pertandingan fesyen ini telah menggunakan peluang ini sebagai batu loncatan untuk menceburi industri fesyen.

Untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Sunsilk dan aktiviti yang dilaksanakan, sila kunjungi laman http://www.facebook.com/SunsilkMalaysia.

Check Also

Kahf Malaysia Ungguli Kategori Pelancaran Produk di Anugerah FMCG Asia 2024

Kahf Malaysia, jenama penjagaan diri lelaki yang sedang berkembang pesat, telah mencapai kejayaan membanggakan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *