Peminat K-pop sudah tentu tidak sabar menanti ketibaan BIGBANG di Kuala Lumpur pada 24 dan 25 Julai ini! Dan jika anda mampu menanggung ledakan rasa teruja itu, ikutilah saluran Oh!K (Saluran 394 Astro) yang bakal menayang episod berturutan istimewa Infinite Challenge dengan paparan idola K-pop idaman ramai, pada 17, 19 dan 26 Julai!
Di samping konsert jelajah dunia dan pelancaran album baru, BIGBANG kini sibuk dengan sesi rakaman. Dalam siaran istimewa ini, barisan hos dan pengacara utama persembahan hiburan nombor satu Korea, Infinite Challenge akan berdepan dengan BIGBANG dalam saingan penuh gelak ketawa dan riang ria.
Infinite Challenge dianjurkan oleh sekumpulan pengacara gila-gila yang tidak akan berhenti membuat anda ketawa dan memberi hiburan berterusan. Beberapa hos lebih popular seperti Yoo Jae Suk, HaHa dan Park Myung Soo akan melakukan tugasan tetap tetapi kadangkala spontan di luar jangkaan mereka . Bukan kali pertama pun mereka berpadu sebagai satu pasukan – yang menghasil persembahan gila-gila – serta menarik perhatian dan tontonan ramai.
Oh!K akan turut menyajikan Infinite Challenge’s Music Fest Special yang menyorot episod paduan G-Dragon dan Taeyang ketika menjadi mentor kepada salah seorang ahli Infinite Challenge yang bakal beraksi dalam sebuah festival muzik dua kali setahun. Dalam cabaran itu, pengacara perlu melakukan persembahan bersama bintang-bintang K-pop yang lain. Tontonilah episod yang dibawa secara ekspres dari Korea, setiap Sabtu, jam 8 malam, hanya di saluran Oh!K.
Butiran siaran: Infinite Challenge-BIGBANG specials
Empat episod berturut-turut, termasuk G-Dragon specials
17 Julai (Jumaat) 7.45 mlm
Dua episod berturut-turut
19 Julai (Ahad) 8:20 mlm
26 Julai (Ahad) 4.30 ptg
Music Fest Specials bersama BIGBANG, tayangan minggu sama di Korea, Sabtu, 8 mlm
Barisan Pelakon: Yoo Jae Suk, Park Myung Soo, HaHa, Jung Hyung Don, Jung Jun Ha, Kwang Hee (ZE:A).
Sari kata dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Cina Mudah & Bahasa Melayu.