Pakej gabungjalin DiGi eksklusif dengan Deezer Premium+ percuma

DiGi Telecommunications Sdn Bhd  telah mengumumkan kerjasamanya dengan perkhidmatan aliran muzik global, Deezer, yang merupakan sebahagian daripada strategi berterusannya untuk memacu gaya hidup Internet mudahalih dengan menawarkan perkhidmatan digital yang relevan bagi mempertingkatkan pengalaman mudahalih pelanggan Melalui kerjasama ini, pelanggan boleh menikmati Deezer Premium+ secara percuma dengan pakej terpilih. Secara langsung, ini memposisikan DiGi sebagai syarikat telco pertama di Malaysia yang bekerjsama dengan perkhidmatan aliran muzik dalam talian dari Perancis ini.

Bermula khamis lepas, pelanggan yang mendaftar untuk pelan pascabayar dan jalur lebar terpilih untuk peralatan pintar, atau membeli pakej gabungjalin untuk peralatan pintar, boleh menikmati langganan percuma selama 3 bulan untuk Deezer Premium+. Pelanggan juga boleh memilih satu pakej khas Deejay pada harga RM8.00 sebulan, yang berserta akses kepada senarai lagu DiGi CallerTunes.

Pemenang Anugerah Industri Muzik tersebut merupakan acara kemuncak pelancaran DiGi-Deezer di mana dia mempersembahkan sebuah lagu dari album yang bakal keluar bertajuk, Aizat Amdan, buat kali pertama di hadapan penonton secara langsung. “Saya terhutang budi kepada DiGi kerana memberi saya peluang membalas budi peminat saya. Mulai hari ini, peminat-peminat boleh mendengar lagu single terbaru saya, Dwihati melalui muat turun dan dari aliran Deezer, berminggu sebelum pelancaran rasmi album terbaru saya pada bulan Mei. Saya percaya bahawa kerjasama ini di antara DiGi and Deezer akan memanfaatkan komuniti pemuzik tempatan kerana ia mempermudahkan kami memperluaskan usaha promosi muzik kami menerusi platform aliran ini dan mewujudkan lebih banyak pendedahan artis Malaysia pada pentas muzik antarabangsa,” kata Aizat.

Maklumat tentang pakej Deezer Premium+ oleh DiGi

Deezer Premium+ membolehkan pelanggan menikmati muzik tanpa had dari 20 juta pilihan, akses offline, akses dari seluruh dunia serta akses melalui IPTV atau sistem audio. Muzik ini diterima bebas iklan, dengan kualiti bunyi tinggi, tawaran ciri mixing desk, dan pengguna boleh membina senarai lagu tersendiri, berkongsi senarai-senarai ini melalui media sosial (Facebook dan Twitter), dan menerima cadangan orang lain. Deezer serasi dengan peralatan Android, iOS, Windows Phone 8 dan Blackberry, termasuk telefon-telefon bimbit dan tablet, dan setiap pelanggan Deezer Premium+ boleh mengakses akaun mereka dari sebanyak 3 alat pintar, dan juga dari komputer (PC).

Untuk menikmati langganan Deezer Premium+ percuma selama tiga bulan pelanggan boleh memilih di antara DG SmartPlan 88 atau DG SmartPlan 148 untuk telefon pintar; dan pelan jalur lebar pascabayar untuk tablet dan komputer peribadi. Pelanggan baru yang berdaftar untuk pakej gabungjalin terpilih untuk telefon pintar dan tablet akan menikmati perkhidmatan premium penuh dari Deezer sepanjang tempoh kontrak. Pelanggan juga boleh memilih pakej Deejay khas pada harga RM8.00 sebulan yang disertakan dengan langganan Deezer Premium+ dan senarai lagu DiGi CallerTunes dengan menghantar “DEEJAY” melalui SMS kepada 2016.

Selepas pelan gabungjalin Deezer mereka diaktifkan, pelanggan DiGi perlu mengaktifkan perkhidmatan Deezer ini dengan menghantar “DEEZER” melalui SMS kepada 2000. Bila pelan ini diaktifkan, mereka akan dihantar satu pautan untuk memulakan perkhidmatan Deezer. Semua langganan DiGi-Deezer akan diperbaharui secara automatik selagi pengguna masih tetap menggunakan pelan gabungjalin DiGi-Deezer.

Untuk maklumat lanjut sila lawati www.digi.com.my/deezer

Check Also

Astro Persembahkan Drama ‘Berbahagi Suami’ – Menyingkap Realiti Poligami Dari Kaca Mata Isteri Kedua

Astro, peneraju utama hiburan di Malaysia, kembali dengan drama terbaharu berkisarkan konflik rumahtangga bertajuk ‘Berbahagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *