Pameran Transformers 30 Tahun Di The Venetian Macao

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Bagi menyambut ulangtahun yang ke 30 tahun Transformers,satu pameran expo telah dilangsungkan mulai 1 Jun 2014 sehingga 5 Oktober 2014.Pameran ini diadakan di Exhibition Hall F di The Venetian Macao.

Pameran ini dianjurkan oleh The Venetian Macao dan FM Event dan mendapat sokongan dari Macau Government Tourist Office. Terdapat beribu barang permainan Transformers dari pelbagai era dipamerkan.Beberapa patung Transformers juga ada selain tayangan 3D Hologram.

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Ia dibuka setiap hari mulai jam 11 pagi sehingga 8 malam.Kadar bayaran tiket untuk seorang dewasa adalah MOP/HKD 100 dan seorang kanak-Kanak MOP/HKD 80.Untuk pakej keluarga iaitu dua dewasa dan dua kanak-kanak iaitu MOP/HKD 324.Bagi mereka yang ingin menyaksikan tayangan 3D seorang berharga MOP/HKD 40.

Untuk keterangan lanjut sila layari www.transformers30.com.Tiket-tiket boleh didapati di www.cotaiticketing.com.

*semua gambar adalah menggunakan Samsung Camera NX Mini

Check Also

Pertunjukan Cahaya dan Bunyi di JBL Rewind Revolution

JBL®, jenama audio gaya hidup terkenal di bawah Harman International, memperkenalkan “JBL Rewind Revolution Roadshow” …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *