Panasonic dan HATCH Persembahkan Enam Kisah Penuh Inspirasi Sempena 6 Dekad Malaysia Merdeka

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60, Panasonic Malaysia telah bekerjasama dengan HATCH, saluran YouTube yang dikendalikan oleh Studio8 Media Prima, untuk mempersembahkan HACTION! Shot on Lumix GH5. HACTION! merupakan peraduan filem pendek yang menonjolkan enam orang karyawan filem Malaysia bagi menceritakan kisah kejayaan dan kebanggaan negara sepanjang tempoh enam dekad.

Dengan memanfaatkan keupayaan Studio8 dalam menghasilkan kandungan asli tempatan yang membawakan aspek penceritaan baharu, HACTION! berhasrat untuk memberi inspirasi kepada para pembuat filem untuk merakamkan pandangan mereka terhadap kejayaan dan kebanggaan Malaysia.

Kerjasama yang menampilkan kamera Panasonic LUMIX GH5 terbaharu telah diumumkan pada awal tahun ini semasa pelancaran produk di Malaysia.

Encik Hiroyuki Muto, Timbalan Pengarah Urusan Panasonic Malaysia berkata, “Dengan kehadiran selama lebih 40 tahun di Malaysia, Panasonic bertekad untuk membangunkan kamera digital yang inovatif bagi menyediakan budaya foto yang baharu dalam era digital. Perkongsian kami dengan Media Prima merupakan sebuah platform yang penting untuk meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-60 dengan membantu membangunkan karyawan filem dan pembuat kandungan menerusi peluang untuk mempersembahkan kandungan asli Malaysia yang bermutu menggunakan LUMIX GH5”.

Menerusi perkongsian ini, Panasonic yakin dapat mengukuhkan kehadiran jenama dalam pasaran kamera tanpa cermin lensa tunggal digital (digital single lens mirrorless, DSLM) serta menarik minat lebih ramai pengguna generasi milenium.

Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, yang juga salah seorang juri tayangan HACTION! berkata, “Kandungan kreatif sentiasa menjadi komponen utama dalam membina perkaitan jenama dalam kalangan penonton termasuklah generasi milenial pada hari ini. Masih terdapat banyak cerita menarik yang boleh disampaikan dalam pertandingan ini menggunakan pengalaman sebuah negara yang merdeka sejak enam dekad yang lalu serta kepelbagaian budaya yang ada dalam kalangan rakyat”.

6 Dekad, 6 Cerita, 6 Pembuat Filem

Dengan pencapaian selama lebih 60 tahun, Malaysia muncul sebagai contoh terbaik sebuah negara yang berbilang kaum dan budaya serta memiliki pelbagai jenis makanan, bahasa dan kebudayaan. Sempena meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60, HACTION! mengumpulkan enam orang pembuat filem untuk merakamkan saat-saat terbaik Malaysia menerusi lensa kamera mereka.

En. Muto berkata, “Kamera digital telah mengubah dunia fotografi dan membolehkan lebih ramai orang menggunakannya serta mewujudkan lebih ramai bakat baru. Industri kamera sentiasa mencari pembaharuan dan kamera tanpa cermin kini menjadi trend di Malaysia, dengan penerbitan video semakin popular dan standard sinematografi juga turut menjadi semakin tinggi.”

“Bagi kami, perkongsian ini merupakan platform yang terbaik untuk melatih para pembuat filem tempatan dalam menghasilkan cerita yang menarik secara visual dan pada masa yang sama mempamerkan keupayaan LUMIX GH5”, tambah En. Muto.

Encik Hiroyuki Muto, Timbalan Pengarah Urusan Panasonic Malaysia

Para pembuat filem HACTION! dipilih daripada komuniti penerbit filem bebas yang mewakili gaya dan genre yang berbeza. Kebanyakan karya mereka telah menerima pengiktirafan peneraju industri tempatan dan luar negara.

Setiap pembuat filem dikehendaki menerbitkan sebuah video pendek tidak melebihi 5 minit yang menonjolkan keindahan Malaysia serta perpaduan, keamanan dan kesejahteraan sepanjang enam dekad. Keenam-enam mereka dibekalkan dengan sebuah kamera Panasonic LUMIX GH5 untuk membuat rakaman audio dan visual, dana sebanyak RM4,000 untuk penerbitan dan tempoh selama 30 hari ini menyempurnakan filem dan menyerahkan cerita pendek mereka.

Panel hakim terdiri daripada para peneraju industri yang terkemuka termasuklah Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, En. Hiroyuki Muto, Timbalan Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, dan Low Ngai Yuen, pengarah filem dan aktres sebagai hakim jemputan. Setiap filem pendek diadili berdasarkan 70% undian hakim termasuk penceritaan, suntingan dan pasca penerbitan, dan sinematografi. Manakala baki 30% undian adalah daripada orang ramai yang dibuka dari 1-21 Ogos 2017.

Pemenang filem pendek akan menerima set lengkap Panasonic LUMIX GH5, aksesori dan wang tunai sebanyak RM8,000. Siri HACTION! boleh ditonton melalui Hatch (https://www.youtube.com/wehatchyou), saluran YouTube yang dikendalikan oleh Studio8, Media Prima yang dicipta untuk menghiburkan dan memberi inspirasi kepada penonton generasi milenium bandar.

 

Check Also

Pertunjukan Cahaya dan Bunyi di JBL Rewind Revolution

JBL®, jenama audio gaya hidup terkenal di bawah Harman International, memperkenalkan “JBL Rewind Revolution Roadshow” …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *