Parti Rahsia PRA-ROCKAWAY 2016

The Livescape Group hari ini mengumumkan dua Parti Rahsia Rockaway yang bakal berlangsung sebelum dan Rockaway Fest: The Saga Continues pada 19 November di Extreme Park, Bukit Jalil yang bakal menampilkan barisan legenda muzik seperti Alleycats, Zainal Abidin, Butterfingers bersama kumpulan dari Amrika Syarikat seperti Third Eye Blind, Taking Back Sunday, dan The Get Up Kids.

Parti Rahsia Rockaway yang pertama merupakan majlis tertutup yang bakal berlangsung di The Bee, Publika, Kuala Lumpur pada 17 November. Pada majlis tersebut, satu persembahan mengejut dari salah satu kumpulan rock legenda Malaysia bakal menghiburkan para tetamu.

Usia festival Rockaway Fest: The Saga Continuest, kumpulan Taking Back Sunday bakal menjadi hos pada parti BBQ yang dijadualkan berlangsung di The Bee, Publika pada 20 November. Pada majlis tertutup tersebut, Taking Back Sunday juga akan mempersembahkan 12 lagu dari album terbaru mereka, Tidal Wave, secara “live” buat julung kalinya. Oh Chentaku dan One Buck Short juga bakal membuat persembahan selain kumpulan rock alternatif popular tersebut.

15003347_1485584304798181_1316432552169329312_o

Para peminat Rockaway dapat membuat sedikit persiapan untuk konsert pada 19 November ini atas kerjasama Hotlink, selaku Rakan Telekomunikasi Rasmi Festival Rockaway. Hotlink telah bekerjasama dengan beberapa kumpulan yang bakal membuat persembahan agar para peminat dapat menyanyi bersama kumpulan pujaan mereka melalui applikasi karaoke Sing! by Smule. Peminat kini dapat berduet dengan artis-artis rock seperti Dato’ Zainal Abidin, Dato’ David Arumugam dari kumpulan Alleycats, Noh Salleh (Hujan), Fuad (Kyoto Protocol), atau Mooky (One Buck Short). Bukat setakat itu sahaja, mereka yang mendendangkan lagu hit Hijau bersama Dato’ Zainal Abidin melalui applikasi Smule bakal dipilih untuk dijemput membuat kemunculan istimewa di dalam seebuah klip video istimewa, bersama artis legenda tersebut beserta artis-artis Rockaway yang lain. Pelanggan Hotlink juga layak untuk mendapat diskaun sebanyak 10% bagi setiap pembelian/langganan melalui applikasi kesukaan, termasuk Sing! By Smule.

Tiket-tiket untuk Fasa 1 bagi festival tersebut telah habis dijual. Kini tiket-tiket Fasa 2 telah berada di pasaran dan sedang laris dijual. Ini mungkin kerana festival Rockaway ini juga dapat mengembalikan nostalgia gemilang dengan kemunculan semula Butterfingers, yang bakal membuat persembahan pada ulangtahun ke-20 album terlaris mereka, 1.2 milligrams. Turut bersama mereka ialah kumpulan One Buck Short (Ulangtahun Istimewa Rockaway ke-15), bintang legenda Malaysia, Datuk Zainal Abidin (Ulangtahun Istimewa Rockaway ke-30), Alleycats dan a persembahan istimewa dari Kyoto Protocol bersama Man Bai yang telah lama tidak beraksi.

Antara lain yang bakal muncul di Festival Rockaway ialah kumpulan seperti Third Eye Blind, Taking Back Sunday, The Get Up Kids, LyMe, Oh Chentaku dan banyak lagi.

15110509_1486475748042370_464714943836497987_o

Rockaway The Saga Continues didukung oleh Malaysia Major Events, satu divisyen di bawah Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayan, Malaysia. Turut didukungi oleh DCODE (Rakan Kongsi Rasmi), Hotlink (Telekomunikasi Rasmi), RedBull (Minuman Tenaga Rasmi), RedBox dan GreenBox Karaoke (Rakan Media Rasmi), Intercontinental Kuala Lumpur (Hotel Rasmi), MTV (Rangkaian Muzik Rasmi), BFM 89.9 (Stesen  Radio Rasmi), Sinar FM (Stesen Radio Rasmi) dan Hitz FM (Stesen Radio Bersama).

Untuk maklumat lanjut bagi kedua-dua persembahan rahsia dan cara mendapatkan jemputannya, atau untuk mendapatkan tiket (RM168++) bagi Rockaway Fest: The Saga Continues pada 19 Nov, layari www.rockawayfest.com atau www.facebook.com/rockawayfest. Atau ikuti Instagram Rockaway melalui @RockawayFest.

Check Also

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!

Debaran semakin terasa apabila Ballet Nights mengumumkan bahawa Duta Muda Malaysia mereka, Sophia Ong, 14 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *