Pelakon Veteran Sidek Hussain Meninggal Dunia

SidekHussain

Setelah sekian lama menderita akibat ketumbuhan sehingga menjadi kanser pada pipinya, pelakon Sidek Hussain, 63, akhirnya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini kira-kira pukul 11.55 malam Ahad.

Sidek dimasukkan ke HKL pada 22 April lalu apabila keadaan kansernya semakin serius pada tahap empat sehingga komplikasi penyakit itu merebak ke seluruh badan.

Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya Sebiah Sulaiman, 61.

Sidek yang banyak berlakon dalam drama-drama televisyen tempatan sebelum ini pernah menerima rawatan pakar di Hospital Sungai Buloh dekat sini tetapi pihak doktor tidak dapat melakukan pembedahan kerana ia berisiko tinggi.

Selain kanser berkenaan, beliau turut mengalami masalah jantung dan paru-paru.

 

Check Also

PESTA MUZIK LIMA ARTIS BERLAINAN GENRE, MUSICA FEST TAMPILKAN NIDJI, GEISHA, D’MASIV, SHAKIRA JASMINE DAN STEVEN PASARIBU

Kuala Lumpur, 21 April 2025 – Pemilihan nama “Musica Fest” untuk acara ini merupakan keputusan …

PELANCARAN FILEM “KULIT WAYANG” DIADAKAN SEMASA FESTIVAL KEBUDAYAAN

Kuala Lumpur, 13 April 2025 – Pelancaran Rasmi Filem Kulit Wayang, Tayangan Perdana Treler dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *