Baru-baru ini bertempat di Cathay Cineplex E-Curve telah berlangsung pelancaran Album ADELE “Live At The Royal Albert Hall”. Album ini telah pun berada di pasaran pada 22 Disember yang lepas dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia. Sebanyak 17 buah lagu seperti “Someone Like You” dan “Rolling In The Deep” terdapat didalam album konsert live ini.
Album ini terdapat didalam versi DVD dan Blu Ray serta CD.Untuk versi (DVD+CD) ia berharga RM65.90 (Imported Version) dan RM 45.90 (Local version). Bagi Blu Ray pula ialah RM79.90.