McDonald’s mengadakan satu sambutan untuk meraikan kenangan manis selama 28 tahun operasi restorannya di Ampang Park hari ini. Pelbagai aktiviti menyeronokkan dijalankan seperti persembahan busker, lukisan muka dan gubahan belon untuk kanak-kanak sebagai sebahagian daripada sambutan yang menandakan hari terakhir operasi McDonald’s Ampang Park.
Para pelanggan berpeluang mengabadikan kenangan manis mereka di restoran ini buat kali terakhir melalui pelbagai sesi fotografi yang disediakan sempena sambutan yang diadakan.
Restoran McDonald’s di Ampang Park iaitu pusat membeli-belah pertama di Malaysia yang beroperasi sejak Julai 1989, akan ditutup mulai 1 Januari 2018 bagi membolehkan pusat beli-belah itu dimajukan sebagai tapak projek pembangunan stesen Transit Aliran Massa (MRT).
Berikutan penutupan restoran McDonald’s Ampang Park, rakyat Malaysia kini boleh mencipta memori baharu dan kenangan indah bersama restoran McDonald’s di The Intermark, Jalan Tun Razak. Restoran yang baru dibuka ini menawarkan suasana moden dan peningkatan pengalaman pelanggan melalui pelbagai teknologi baharu dan konsep perkhidmatan pelanggan yang inovatif. Antaranya termasuklah:
- Kiosk layan diri atau ‘self-ordering kiosk’ (SOK) membolehkan pelanggan membuat pesanan sendiri dan membuat tempahan makanan mengikut kesukaan masing-masing.
- Perkhidmatan dua jenis kaunter yang membolehkan pelanggan sama ada yang membuat pesanan melalui SOK ataupun kaunter, untuk mengambil pesanan mereka apabila nombor pesanan dipaparkan di atas skrin, sekaligus mengurangkan masa menunggu dan tidak perlu lagi beratur panjang (please check on translation for no 2) against what was done for Bukit Bintang Opening Press Release BM version. This translation doesn’t sound right
- Transaksi tanpa tunai memudahkan pelanggan membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau debit.
- Papan menu digital untuk memaparkan menu dan promosi-promosi terkini, secara langsung membantu meningkatkan pengalaman pelanggan semasa membuat pesanan di kaunter
- Penyediaan WiFi berkelajuan tinggi memudahkan pelanggan-pelanggan melayari internet
- Kemudahan stesen pengecasan mudah alih untuk para pelanggan mengecas telefon bimbit mereka semasa menikmati hidangan di restoran kami
Pengarah Kanan Pemasaran, Komunikasi dan Penyelidikan McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, penubuhan restoran di The Intermark merupakan sebahagian daripada perancangan McDonald’s bagi memastikan kelancaran perkhidmatan McDonald’s kepada para pelanggan di kawasan tersebut.
“Terletak di seberang Ampang Park, pelanggan-pelanggan sama ada yang bekerja atau tinggal di kawasan tersebut masih boleh mendapatkan hidangan McDonald’s kegemaran mereka tanpa perlu berjalan jauh,” beliau berkata semasa sambutan bagi menandakan penutupan rasmi restoran McDonald’s Ampang Park.
Ini merupakan restoran McDonald’s kelima yang dilengkapi dengan kemudahan perkhidmatan pelanggan yang telah ditambah baik. Sejak awal tahun ini, McDonald’s telah memperbaharui dan menaiktaraf cawangan-cawangan restorannya dengan konsep moden dan berteknologi di Jalan Bukit Bintang, Bangsar, KLCC dak Seksyen 3, Shah Alam.
McDonald’s komited untuk melaksanakan transformasi terhadap lain-lain restoran McDonald’s di seluruh negara dengan pelaburan antara RM 50 juta hingga RM100 juta untuk tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.