Seawal jam 7 malam, perkarangan D’King Mee Udang & Ikan Bakar Power sudah dipenuhi dengan orang ramai. Kawasan letak kenderaan telah penuh dan kawasan tepi jalan juga sesak. Semuanya kerana Zon Ceria Suria FM yang telah berlangsung pada Sabtu, 28 September yang lalu di Sungai Petani. Terima kasih kepada hampir 1200 warga Kedah, Pulau Pinang dan Perlis kerana sudi hadir memeriahkan acara kami.
600 pinggan Mee Udang habis licin dah telah ditambah menjadi 1200 pinggan untuk semua pendengar kami! Dengan penampilan istimewa penyampai Suria FM iaitu Halim Othman, Linda Onn, Reza Mohamed, Seri Nordin, DJ Lin dan juga JJ, ia menambah kehangatan malam Zon Ceria Suria FM di Sungai Petani. Selari dengan kempen Suria Bayarkan di Suria FM yang bermula 2 September hingga 27 September lalu, kami telah menerima keseluruhan 7562 jumlah bil dari para pendengar dan RM50,000 telah dibelanjakan untuk menjelaskan bil-bil pendengar kami.Jutaan terima kasih juga buat pendengar di Lembah Klang yang telah hadir ke Zon Ceria Suria FM di Zam Zam Café & Satay Club pada 16 September dan lokasi kedua kami iaitu di Nasi Dagang Kak Pah, Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 21 September yang lalu. Zon Ceria Suria FM adalah salah satu cara untuk kami menghargai sokongan anda dan mendekatkan penyampai Suria FM kepada anda.
Menurut Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin, “Kami amat terharu dengan kehadiran pendengar di Sungai Petani. Terima kasih kepada semua pendengar dan juga kepada En. Zidi, pegusaha D’king Mee Udang Banjir & Ikan Bakar Power atas sokongan yang berterusan terhadap Suria FM. Harapan kami agar acara ini akan diadakan lagi pada masa akan datang dan Suria FM terus menceriakan dunia semua pendengar”.
Teruskan sokongan anda bersama Suria FM dan terus melayari www.suriafm.com.my untuk sebarang maklumat terkini. Jangan lupa untuk like kami di Facebook serta follow kami di Twitter, @suriafmradio. Suria FM, Menceriakan Duniamu!