Pencarian Wanita Melayu Plaza Shah Alam Musim Ke-6 kini kembali

Buat tahun keenam penganjuran PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM (PWM2019) kembali membuka peluang buat semua gadis Melayu di luar sana untuk bergelar Ikon Wanita Melayu 2019.

Penyertaan secara online kini dibuka bermula 11 Februari 2019 menerusi laman web rasmi www.plazashahalam.com berserta syarat lengkap penyertaan. Peserta dikehendaki mengisi setiap butiran tersedia dan menyertakan gambar terbaik mereka sebagai rujukan pihak penganjur dan kordinator.

Sesi uji bakat pertama akan diadakan pada tarikh 23 & 30 Mac 2019 di Plaza Shah Alam dan bagi membuka lebih peluang satu ujubakat terbuka akan diadakan pada 9 Mac 2019 di Komplek Kraftangan Kuala Lumpur bermula jam 12 Tengah hari.

Bagi sesi uji bakat ini pemarkahan para peserta akan dinilai daripada sudut personaliti, skil komunikasi dan bakat yang untuk ditonjolkan.  Beberapa soalan akan diajukan oleh juri terpilih bagi melihat keupayaan serta kebolehan para peserta dalam menjawab soalan secara spontan dalam masa yang ditetapkan.

HABIB JEWELS SELAKU PENAJA UTAMA PENCARIAN WANITA MELAYU 2019 (PWM2019)

Seperti tahun sebelumnya, HABIB JEWELS menjadi penaja utama program Pencarian Wanita Melayu 2019 kali ini bersama ICE-WATCH. Beberapa penaja lain akan diumumkan dari semasa ke semasa. Info lanjut berkaitan Pencarian Wanita Melayu Plaza Shah Alam 2019 boleh diikuti di laman Facebook, Instagram rasmi Plaza Shah Alam.

SYARAT UTAMA:

  1. Tarikh tutup penyertaan 6 Mac 2019 (Rabu)
  2. Wanita berusia 18 tahun sehingga 30 tahun pada tarikh tutup penyertaan.
  3. Ketinggian minima 160 CM tanpa kasut.

 Terdapat Empat (4) Pusingan Ujibakat akan dilakukan

  1. Pengenalan Diri
  2. Sesi catwalk / Peragaan

iii. Sesi soal jawab bersama juri

  1. Persembahan bakat

TENTANG PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM

Mula dianjurkan pada tahun 2014, Pencarian Wanita Melayu dianjurkan Plaza Shah Alam diwujudkan bagi mencari gadis Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup Melayu dalam dunia serba moden hari ini. Peserta yang diangkat sebagai pemenang utama akan diberikan gelaran Ikon Wanita yang melengkapi ciri-ciri seperti personaliti menarik, beretika dan memiliki pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia moden hari ini. Sepanjang penganjuran acara ini, lima Ikon Wanita telah diangkat iaitu Ashira Kaseh, Ayu Harris, Hazwani Zaini, Nurul Ain Nasiron dan Amy Nurtine.

 

Check Also

Kahf Malaysia Ungguli Kategori Pelancaran Produk di Anugerah FMCG Asia 2024

Kahf Malaysia, jenama penjagaan diri lelaki yang sedang berkembang pesat, telah mencapai kejayaan membanggakan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *