Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hong Leong Bank Domenic Fuda (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes (tiga dari kiri) melancarkan Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank.

Penerbangan percuma AirAsia kini lebih pantas bersama Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank

AirAsia kekal mengungguli kerjasama kad kredit perjalanan dengan pelancaran Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank bersama Hong Leong Bank Berhad (“HLB” atau “Bank”), sebagai satu tiket eksklusif kepada penerbangan percuma.

Pelancaran ini adalah sebahagian daripada pengenalan Kad Kredit AirAsia di peringkat serantau, sebuah kad kredit mesti ada bagi para pengembara kasual dan penumpang penerbangan kerap untuk mendapatkan Mata Ganjaran BIG dengan lebih pantas, justeru membolehkan penebusan penerbangan dan sebagainya dibuat bersama AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik di dunia.

Kad Kredit Gold AirAsia Hong Leong Bank dan Kad Kredit Platinum AirAsia Hong Leong Bank adalah kad kredit perjalanan terunggul yang membolehkan para pemegang kad mendapat penerbangan percuma dan sebagainya secara mudah. Dengan setiap perbelanjaan yang dibuat, pemegang kad akan mendapat Mata Ganjaran BIG bonus secara automatik.

Sebagai permulaan kepada penerbangan percuma yang pantas, para pemegang kad akan menikmati bonus alu-aluan serta bonus sukuan sehingga 25,000 Mata Ganjaran BIG – satu berita gembira buat para pemegang kad yang menggunakan Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank secara aktif untuk menebus penerbangan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hong Leong Bank Domenic Fuda (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes (tiga dari kiri) melancarkan Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank.

Pemegang Kad Kredit Platinum AirAsia Hong Leong Bank

Belanja minimum RM2,500 dalam tempoh 60 hari pertama selepas permohonan diluluskan = 5,000 Mata Ganjaran BIG Alu-aluan.

Belanja minimum RM5,000 untuk setiap sukuan kalendar = 5,000 Mata Ganjaran BIG tambahan setiap sukuan.

Pemegang Kad Kredit Gold AirAsia Hong Leong Bank
Belanja minimum RM1,500 dalam tempoh 60 hari pertama selepas permohonan diluluskan = 3,000 Mata Ganjaran BIG Alu-aluan.

Belanja minimum RM3,000 untuk setiap sukuan kalendar = 3,000 Mata Ganjaran BIG tambahan setiap sukuan.

Para pemegang kad juga boleh mengumpul Mata Ganjaran BIG lebih pantas dengan kombinasi perbelanjaan rendah tetapi mendapat kadar tinggi – 6 Mata Ganjaran BIG untuk setiap RM1 yang dibelanjakan ke atas penerbangan AirAsia, serta 1 Mata Ganjaran BIG untuk setiap RM2 yang dibelanjakan di luar negara atau RM3 di dalam negara menerusi Kad Kredit Platinum AirAsia Hong Leong Bank atau RM5 di dalam negara bagi Kad Kredit Gold AirAsia Hong Leong Bank.

Selain itu, para pemegang Kad Kredit Platinum AirAsia Hong Leong Bank akan turut menikmati keistimewaan eksklusif penerbangan seperti pelan WiFi pengenalan percuma dalam penerbangan, daftar masuk dan menaiki pesawat berkeutamaan, bagasi Xpress serta naiktaraf segera ke status Keahlian BIG Platinum untuk mempercepatkan pendapatan Mata Ganjaran BIG bagi tempahan penerbangan berkelayakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes berkata, “Pelancaran kad kredit AirAsia Hong Leong pada hari ini adalah sebahagian daripada perancangan kami untuk mengubah Kesetiaan BIG daripada sebuah program kesetiaan kepada BIG Life, sebuah perniagaan berasaskan perjalanan dan gaya hidup. Kad-kad ini bukan sahaja membolehkan para ahli BIG mendapat Mata Ganjaran BIG dengan lebih pantas dan meningkatkan pengalaman perjalanan mereka, malah ia juga menjadikan Mata Ganjaran BIG lebih mudah untuk didapati, satu langkah utama dalam meluaskan kegunaan Mata Ganjaran BIG sebagai matawang digital yang bernilai bukan sahaja untuk penerbangan malah untuk kegunaan harian.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hong Leong Bank Domenic Fuda yakin bahawa Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank akan menjadi kad kredit perjalanan terunggul di Malaysia kerana ia menepati dua tabiat pengguna paling relevan di Malaysia apabila berpergian: kekerapan dan kesedaran kos. Beliau berkata, “Data menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kini merupakan salah satu di antara 5 penumpang penerbangan tertinggi di peringkat global, dengan jumlah purata 5.5 penerbangan setahun; 83 peratus daripada mereka mendaftar masuk penerbangan di atas talian atau menerusi telefon mudah alih untuk lebih kemudahan. Para pengembara Malaysia juga turut dikenali sebagai pengembara dengan kesedaran kos tertinggi di Asia dengan 97 peratus meletakkan harga sebagai faktor paling penting apabila menempah perjalanan.”

“Sebagai sebuah Bank yang sentiasa mengusahakan cara terbaru untuk memuaskan para pelanggan kami, kami tahu bahawa kami perlu memperkenalkan produk yang mesra pengguna, bernilai tinggi dan menawarkan pengalaman sempurna. Ianya haruslah bersifat intuitif dan berintegrasi dengan aktiviti seharian para pelanggan serta tidak memerlukan antaramuka berasingan. Kami amat teruja bahawa Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank memberikan para pelanggan kami nilai yang nyata menerusi setiap penggunaan, membolehkan mereka menikmati lebih banyak pengalaman pengembaraan yang mengasyikkan dan penuh kenangan kerana setiap perbelanjaan secara automatik akan memberikan mereka Mata Ganjaran untuk penerbangan percuma dengan mudah,” tambah Fuda.

Di Filipina, Kad Kredit AirAsia adalah kad kredit penjenamaan bersama pertama untuk AirAsia di negara tersebut. Kad kredit ini akan turut diperkenalkan ke Indonesia tidak lama lagi.

Mendaftarlah untuk Kad Kredit AirAsia di airasiacards.com bagi memulakan pengembaraan anda dengan penerbangan percuma dan nikmati pelbagai keistimewaan eksklusif yang akan mengangkat pengalaman pengembaraan anda ke tahap yang tertinggi.

Check Also

AirAsia bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia

AirAsia Malaysia (AK) bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia …

2 comments

  1. Banyak jugak manfaat dia. Macam berminat sebab selalu je guna AA kalau nak travel. Dah ada sesiapa guna tak kad ni? Nak mintak pendapat sikit

  2. For someone that enjoyd Big points, I think this is a good deal. Fit for my lifestyle

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *