Penny Tai Raih Anugerah Berganda Di Taiwan Golden Melody Awards 2014

Penny Tai Won Golden Melody Awards Pic

Penyanyi dan komposer kelahiran Malaysia, Penny Tai Pei Nee raih kemenangan berganda apabila memenangi dua anugerah utama iaitu Penyanyi Terbaik Wanita dan Penerbit Terbaik pada majlis berprestij Taiwan Golden Melody Awards, menjadikan beliau rakyat Malaysia pertama meraih gelaran itu.

Berasal dari Johor Bahru dan menetap Taipei buat masa ini, Penny Tai telah diambil oleh penerbit Taiwan, Eric Chan untuk bernaung di bawah syarikatnya sekali gus menghasilkan jenama muzik rock / folk / pop sendiri sejak 12 tahun yang lalu dan mendapat pujian kritis.

Beliau memenangi Anugerah Penyanyi Terbaik Wanita dari album terbarunya, Unexpected dan Anugerah Penerbit Terbaik untuk album bakat baru dari China, Kaola Liu yang buat pertama kali menyaksikan Penny sebagai penerbit album.

Diuruskan oleh The Wonderland+ di Malaysia, Penny tidak pernah gagal untuk memberi sokongan terhadap industri muzik tempatan. Malah, sewaktu pembikinan album yang memenangi dua anugerah itu, Penny menggunakan khidmat penulis lagu Malaysia dan juga ramai pemuzik tempatan. Kemenangan besar Penny itu melambangkan betapa hebatnya bakat rakyat Malaysia dalam muzik.

Check Also

ANUGERAH BOH CAMERONIAN KE-20 MERAIKAN LEGASI SENI PERSEMBAHAN TANAH AIR

Petaling Jaya, Mei 2025 – Menyambut dua dekad kecemerlangan kreatif, Anugerah BOH Cameronian Arts Awards …

KONSERT DR ALBAN ‘LIVE IN MALAYSIA’ KEMBALI DENGAN PERSEMBAHAN DI ZEPP KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur, 4 Mei 2025 – Mojo Projects dan Tuff Loud dengan bangganya mengumumkan konsert …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *