Penyanyi & Komposer Adam Ahmad Meninggal Dunia

adam-ahmad

Penyanyi dan komposer era 80-an yang popular dengan lagu ‘Kau Pergi Jua’ iaitu Adam Ahmad telah meninggal dunia pada pukul 12.15 malam tadi di Hospital Ampang.

Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit kencing manis, tekanan darah rendah dan jangkitan kuman dalam darah.

Jenazahnya akan di bawa ke rumahnya di Taman Chempaka Ampang dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Cempaka, pada pagi ini.

Perkara tersebut di sahkan oleh rakan seangkatannya Ibnor Riza dan Azizul Khamis, melalui laman sosial Facebook.

Adam, 49, juga dikenali sebagai komposer lagu yang menaikkan nama penyanyi Aishah iaitu ‘Janji Manismu’. Lagu itu pernah menjuarai pertandingan Juara Lagu 1990.

Allahyarham telah bernikah dengan wanita pilihannya, Norliza Ayat, pada tahun 2010.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Sumber – MalaysianDigest

Check Also

KOLABORASI ISTIMEWA ANTARA PENDAKWAH MUDA TERKENAL INDONESIA USTADZAH AYU NAYLUL MUNA ALMUNAWWAR, PENULIS LAGU RISNA ORIES & TOKOH AWAM AISYAHRANI BAKAL MEMIKAT PEMINAT MUZIK MALAYSIA

Majlis “Beautiful Journey special Kuala Lumpur” telah menyaksikan perkongsian kisah hijrah yang menarik antara penulis …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *