“Performance Honors” Google meraikan wira-wira agensi tempatan sempena kempen-kempen iklan Search kreatif dan penuh impak

Pada malam semalam, Google meraikan amalan-amalan kreatif dan bernas bagi kempen-kempen iklan Search di sebuah majlis anugerah yang dianjur khas bagi meraikan kempen-kempen Search menarik yang dilaksanakan di Google sepanjang 2017. Ini merupakan kali pertama “Performance Honors” dianugerahkan di rantau Asia Pasifik, dan ia merupakan acara kemuncak berikutan bengkel-bengkel “Performance Guru” yang dianjur Google buat rakan-rakan agensi di sepanjang empat bulan yang lalu.

Para pengguna beralih ke Search merentasi detik-detik mikro kritikal beberapa kali sehari ketika melakukan tugasan harian. Sebagai contoh, berdasarkan salah satu kajian terbaru kami, 76% dari pengguna produk penjagaan bayi melakukan kajian sebelum membeli sesuatu produk, dan 61% dari mereka menggunakan Search. Iklan-iklan Search membantu jutaan perniagaan di seluruh dunia berhubung dengan para pengguna pada detik-detik tersebut, namun ia tidak dapat dilakukan tanpa kempen yang diurus dengan baik. Para pengamal dan perancang bekerja keras di sebalik tabir untuk menghasilkan kempen-kempen yang terbaik buat para pelanggan mereka. Penghasilan dan perlaksanaan kempen-kempen AdWords biasanya dikendalikan oleh agensi-agensi, jadi anugerah ini diwujudkan khas untuk meraikan hasil kerja mereka. Kami berharap ia menjadi sumber inspirasi kepada agensi-agensi lain untuk mengikuti jejak langkah mereka.

Berikut adalah senarai penuh anugerah dan para pemenang:

  • Anugerah “Industry Rising Star” diberikan kepada: Jason Lau dari SearchGuru, yang bukan sahaja berjaya memaparkan pendekatan berinovatif dan keupayaan untuk mengdapatkan keputusan untuk pelanggannya CatchThatBus, tetapi juga turut berkongsi ilmu pengetahuannya secara aktif dengan rakan-rakan industri menerusi latihan dan surat berita.

  • Anugerah “Innovative Performance Advertising Campaign” diberikan kepada OMD Malaysia buat kempen McDonald’s “Countdown to Iftar” mereka, yang merupakan salah satu kempen pertama menggunakan Iklan Search dengan Kiraan Undur (Search Countdown Ads) di Malaysia. Dengan menyesuaikan mesej mereka berdasarkan waktu, mereka dapat memastikan bahawa kempen mereka kekal relevan dengan sasaran mereka, lantas menjana keputusan yang sangat baik buat McDonald’s.

  • Anugerah “Integrated Performance Advertising Campaign” diberikan kepada: Optimedia bagi kempen AIA mereka, di mana mereka meningkatkan kecekapan kempen merentasi semua saluran media termasuk carian, paparan dan sosial, lantas menjanakan “cost per lead” lebih baik buat pelanggan mereka.

  • Anugerah “Mobile Performance Advertising Campaign” diberikan kepada kempen Grab SearchGuru, yang berjaya meningkatkan bilangan muat turun aplikasi Grab dan melonjakkan kedudukan aplikasi tersebut di stor Google Play dan iTunes.

  • Anugerah “Performance Excellence Honor” diberikan kepada SearchGuru, yang telah menunjukkan peningkatan berterusan dalam kecemerlangan operasi mereka merentasi kempen-kempen carian mereka.

Nick Drew, Ketua Agensi Malaysia di Google Malaysia berkata, “Agensi-agensi memainkan peranan penting dalam membantu para pengiklan mencapai matlamat mereka. Anugerah-anugerah tersebut meraikan kreativiti menakjubkan agensi-agensi di seluruh Malaysia bagi kempen-kempen Search. Tahniah buat semua pemenang dan para peserta! Ini merupakan tahun pertama agensi-agensi dari Malaysia dipertimbangkan untuk sesuatu anugerah kempen Search di Google, dan kami menantikan hasil-hasil kerja menarik yang akan bertanding pada majlis anugerah tahun depan.”

Check Also

Kahf Malaysia Ungguli Kategori Pelancaran Produk di Anugerah FMCG Asia 2024

Kahf Malaysia, jenama penjagaan diri lelaki yang sedang berkembang pesat, telah mencapai kejayaan membanggakan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *