Pesta Berlian Habib Jewels 2020

Habib Jewels syarikat anak tempatan kini bersama-sama rakyat Malaysia dalam melawan isu pandemik yang semakin menular di Malaysia ini. Syarikat barangan kemas ini komited dalam menyediakan khidmat pelanggan yang cekap dan komprehensif untuk memastikan keperluan dan permintaan pelanggan yang dihargai dapat dipenuhi. Habib menyambut baik dengan perutusan dibuat oleh YAB Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan rakyat Malaysia duduk di rumah dan menghentikan perusahaan sehingga 14 April melainkan beberapa perniagaan-perniagaan penting negara seperti yang telah disenaraikan oleh kerajaan.

Bersempena dengan Pesta Belian yang masih berlansung dari 13 Mac sehingga 5 April ini, Habib tetap beroperasi serta meneruskan servis dalam memenuhi permintaan para pelanggan dan pencinta barangan kemas berlian. Koleksi-koleksi berlian daripada Habib ini ditawarkan dari harga mampu milik sehinggalah koleksi-koleksi eksklusif merangkumi pelbagai rekaan menarik dan ciri-ciri yang unik.

Gelang tangan berlian ini mampu menyerlahkan keberanian si pemakainya. Dipenuhi dengan gemerlapan kilauan berlian dan terletak cantik di pergelangan tangan. Gelang tangan ini semestinya sesuai untuk dipakai ke semua acara dan majlis.

Dinsipirasikan daripada kilauan berlian yang menyinar terang Istimewanya koleksi-koleksi barangan kemas berlian pada Pesta Berlian pada tahun ini adalah menggunaan pelbagai saiz berlian dalam satu-satu rekaan. Ianya dapat menghasilkan impak seperti letupan berlian (diamond explosion) yang sangat cantik dan semestinya dapat memukau mata-mata yang memandang. Bercirikan kemewahan, Habib tampil dengan rekaan terkini yang menarik mengguna pelbagai motif contohnya bunga yang sedang kembang mekar dan rekaan yang diinspirasikan daripada bentuk mahkota.

Berkilauan dengan rekaan feminin, gabungan emas putih dan berlian kelihatan minimalis serta rekaannya sesuai untuk wanita yang ingin kelihatan ringkat tetapi masih bergaya.

Selain daripada cincin, gelang, dan subang, Habib juga tidak melupakan rantai panjang serta keronsang untuk wanita-wanita berhijab di luar sana. Rantai panjang yang dilengkapi dengan loket berlian dapat dipadankan dengan apa jua lilitan tudung oleh si pemakai. Pemakaian keronsang juga tanpa dapat disangkal lagi mampu menambahkan seri serta sesuai untuk dipakai di majlis-majlis formal buat mereka yang berhijau atau pun tidak.

Sejak dahulu lagi berlian diangkat sebagai simbol yang menunjukkan status, kemewahan, elegan dan kekal. Oleh itu setiap wanita di luar sana jangan terlepas peluang untuk mendapatkan koleksi-koleksi berlian di Habib sepanjang tempoh Pesta Belian berlansung dan mendapatkan potongan-potongan harga yang menarik yang ditawarkan.

Perhiasan ini diinspirasikan daripada bunga yang sedang mekar dan bertahtahkan berlian. Loket indah ini semestinya kelihatan cantik terletak di tengah-tengah rantai leher dan menyerlahkan lagi keunikan rekaan loket ini.

Walaupun bilik-bilik pameran di seluruh negara ditutup namun Habib masih lagi beroperasi dalam talian seperti di Shopee dan Lazada. Pelbagai jenis dan rekaan barangan belian dapat dimiliki melalui pembelian atas talian ini tanpa perlu keluar rumah berpadanan dengan tanda pagar yang dicipta sepanjang tempoh Malaysia melawan penularan Covid-19 iaitu #stayhome atau #dudukrumah.

Pusat khidmat pelanggan Habib juga masih beroperasi seperti sediakala untuk membantu para pelanggan Habib mendapatkan koleksi berlian yang diingini. Untuk sebarang pertanyaan, para pelanggan boleh menghubungi talian hotline di 019-2222916 atau melalui laman media social di Instagram (@habibjewelsofficial) dan Facebook (@HABIB).

Check Also

Kahf Malaysia Ungguli Kategori Pelancaran Produk di Anugerah FMCG Asia 2024

Kahf Malaysia, jenama penjagaan diri lelaki yang sedang berkembang pesat, telah mencapai kejayaan membanggakan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *