Pizza Hut Delivery Yang Baru – Satu Penyatuan Yang Menarik

Tiada lagi kekeliruan, hanya satu penyelesaian yang lebih baik! Kepada pengemar Pizza Hut, kini menjadi lebih mudah untuk memesan piza lazat kegemaran mereka melalui laman pesanan internet serba baru atau melalui telefon. Sama ada menikmati hidangan piza di restoran Pizza Hut atau membuat pesanan perkhidmatan penghantaran, ianya menjadi mudah dan licin kerana kedua-dua Pizza Hut dan Pizza Hut Delivery telah bergabung menjadi SATU jenama.

Sekarang segalanya hanya SATU di Pizza Hut … SATU nombor – 1300-88-2525, SATU laman pesanan melalui internet – www.phdelivery.com.my  dan SATU laman Facebook – Pizza Hut Malaysia, yang menawarkan piza lazat yang sama. Pada masa yang sama, Pizza Hut juga akan menawarkan 18 piza lazat baru untuk dinikmati para pelanggan, yakni menyediakan lebih banyak pilihan untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah.
Datuk Ahmad Zaki Zahid, Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd, pengendali Pizza Hut Malaysia percaya, penyatuan ini akan mendapat sambutan hangat daripada pelanggan Pizza Hut, terutamanya golongan muda yang sentiasa bergerak pantas dan lebih gemar makanan yang dipesan tiba kepada mereka sebaik sahaja mereka sampai ke rumah atau ke destinasi pilihan mereka.

“Kami mendengar dan memahami kekeliruan yang pelanggan kami alami dengan mempunyai dua jenama yang berbeza, laman web, nombor dan menu. Oleh itu, demi kepentingan para pelanggan Pizza Hut, kami bersepakat untuk memberikan penyelesaian yang terbaik kapada mereka dengan kembali bersatu sebagai satu jenama, satu nombor, satu laman web dan satu laman Facebook yang menawarkan piza lazat yang sama”, katanya pada sidang media di Cathay Cineleisure hari ini.

Zaki turut menjelaskan bahawa pihak pengurusan Pizza Hut telah “berkerah minda bagi mendapatkan penyelesaian agar dapat memberi pengalaman terbaik kepada pelanggan kami. Hari ini, kami bangga untuk mengumumkan bahawa Pizza Hut telah bergabung, sebagai satu jenama. Sama ada di rumah atau di restoran, para pelanggan dapat menikmati piza lazat yang sama”.

Mengenai rentak lagu dalam iklan “755-2525…special delivery”, yang sebahagian besar rakyat Malaysia telah membesar mendengarnya, Zaki menambah “selaras dengan gabungan ini, Pizza Hut akan membawa kembali rentak muzik iklan kegemaran nombor 2525 yang suatu ketika dahulu menjadi siulan rakyat Malaysia.”
“Mulai sekarang, semua pelanggan di seluruh negara boleh menghubungi Pizza Hut di talian 1300-88-2525 untuk perkhidmatan bawa pulang dan penghantaran atau memesan melalui laman pesanan internet  www.phdelivery.com.my . Adakah gabungan ini akan meningkatkan kualiti perkhidmatan dari segi penghantaran yang lebih pantas? Sudah semestinya, penghantaran terjamin dalam masa 30 minit atau pelanggan akan mendapat baucar piza PERCUMA yang boleh ditebus dalam pembelian seterusnya. Penghantaran juga adalah PERCUMA dan piza dihantar didalam karung ‘hot pouch’, Hot On Time (HOT)  yang memastikan piza segar panas dari ketuhar dan terus ke rumah anda!

Cawangan Pizza Hut Delivery yang sedia ada tidak akan berubah. Namun perbezaannya adalah hanya  keupayaan untuk menawarkan semua piza terkenal Pizza Hut yang digemari ramai pada harga yang berpatutan.  Pizza Hut Delivery merupakan rangkaian penghantaran piza terluas di Malaysia.

Bajet bagi pengiklanan dan promosi untuk kempen ini termasuk iklan tv, surat khabar, radio dan media sosial , serta point of sales material (POSM) dan risalah – untuk pencapaian yang lebih meluas kepada pelanggan dengan objektif utama mendidik dan mewujudkan kesedaran di kalangan pelanggan mengenai gabungan diantara Pizza Hut dan Pizza Hut Delivery di bawah SATU jenama.

Check Also

Ahli Termuda Backstreet Boys Nick Carter Bakal Menghiburkan Peminat Malaysia Selepas Sedekad Dengan Konsert Solo

Hitman Solutions dan Happymoon dengan sukacitanya mengumumkan konsert pertama tahun 2025 dengan kemasukan Malaysia dalam …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *