PRIMA VALET Membuka Ruang Niaga Untuk Semua Golongan

Pusat pengeluar fesyen pakaian readymade, PRIMA VALET (PV) kini melebarkan sayapnya dengan membuka cawangan pertama di Bangi, Selangor. Jika sebelum ini, PRIMA VALET telah menganjurkan majlis pertunjukkan fesyen STAR LEBARAN LEBARAN 2017 menampilkan koleksi pakaian readymade daripada semua jenama yang berada di bawah bumbung PRIMA VALET.

Industri fesyen tanah air semakin berkembang maju dan mendapat perhatian yang tinggi dalam kalangan masyarakat tempatan. Menjadi lumrah setiap insan ingin kelihatan menawan dalam setiap pengayaan disamping menitik beratkan soal kualiti dan tawaran harga yang dipasarkan. Melihatkan keadaan ekonomi yang sangat mencabar, ramai pengemar fesyen lebih selesa memilih koleksi pakaian mampu milik tetapi masih mengekalkan elemen eksklusif. Sedar mengenai hal ini, PV telah diwujudkan berperanan sebagai “one stop centre” menghimpunkan pelbagai jenama daripada pereka-pereka baru.

PRIMA VALET sebuah nama yang bakal mewarnai dunia fesyen bertindak sebagai sebuah hub pengedar koleksi pakaian siap yang dihasilkan oleh pereka-pereka muda tempatan. Jika sebelum ini, pereka-pereka muda menggunakan media sosial sebagai medium pemasaran, kini PRIMA VALET mengambil inisiatif memasarkan kesemua produk pakaian di bawah satu bumbung. Penubuhan dan pembukaan PRIMA VALET ini adalah salah satu cara untuk membolehkan para pembeli melihat dan merasai sendiri secara lebih dekat koleksi rekaan-rekaan yang jika sebelum ini hanya boleh dilihat menerusi alam maya sahaja.

Menghimpunkan pemilik jenama pakaian yang semakin kukuh di negara ini, jelas menunjukkan rekaan anak tempatan kini semakin mendapat sambutan hangat daripada pengemar fesyen tanah air terutamanya bagi golongan anak muda dan belia. Majlis ini juga memperkenalkan koleksi pakaian raya daripada jenama-jenama pakaian yang tidak asing antaranya Elrah Exclusive, Nur Amirah, far8byalteliaamani X Elrah Exclusive by Fattah Amin, Meylana, Sasqia by Shasya Habib, Asyalliee by Shasya Habib, Amy Search by Elrah Exclusive, Nur Aishah X Elrah Exclusive.

Turut mempamerkan koleksi jenama lain yang turut sama dipasarkan dibawah PRIMA VALET ini seperti Shaheizy Sam X Elrah Exclusive, Puteri Zarith by Altelia Amani, Michael Ang X Elrah Exclusive, Youme&Hunny X Elrah Exclusive, Zukie by Elrah Exclusive, Altelia Amani X Elrah Exclusive.

Setiap pemilik jenama tersebut mengeluarkan produk tersendiri dengan memenuhi kehendak dan citarasa para pemakai. Melihatkan tahun tahun ini adalah fasa yang penuh mencabar, PRIMA VALET memainkan peranan dengan mengetengahkan konsep mampu milik dan bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa dimana semua peringkat golongan boleh memiliki antara koleksi yang dipasarkan dibawah PRIMA VALET ini.

Kesemua koleksi produk yang dihimpunkan di bawah naungan PRIMA VALET ini mementingkan 3 elemen utama antaranya pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dan perincian rekaan secara kemas dan rapi. Gabungan kombinasi ini untuk menyerlahkan lagi personaliti si pemakai agar kelihatan bergaya dan fashionable sesuai dengan trend terkini. Ini adalah bersesuaian dengan golongan sasaran PRIMA VALET iaitu untuk semua peringkat golongan umur samada muda atau tua, untuk mereka yang memiliki koleksi pakaian daripada PRIMA VALET pasti ianya menimbulkan aura keangunan untuk wanita dan ciri-ciri maskulin si jejaka pasti teserlah.

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *