Produk Penjagaan Kulit Sorabee Kini Tiba Di Malaysia

Mr. Choi Chan-Ki, Chairman of Amaranth Co. Ltd. Korea and Mr Chow, MD of K Beautyzone Sdn. Bhd. at the Sorabee launch

Umpama teman yang hadir saat berkepentingan begitu juga dengan solekan, boleh menutup dan melindungi cela wajah tapi apabila ia ditanggalkan, wajah terbiar dan mungkin sedikit berubah? Justeru – penampilan kali pertama produk kecantikan premier Sorabee oleh Amaranth Cosmetics di Malaysia melalui majlis pelancaran istimewa dihadiri tetamu jemputan dan rakan media tepat pada masanya. Kini peminat bintang Kpop juga mendapat peluang memanjakan diri melalui kaedah sama digunakan idola mereka yang sentiasa kelihatan muda dan cerah berseri – walau dengan wajah polos atau dirias tetap diperhati, membuatkan diri berasa seksi dan menawan, membuat rakan kagum dengan keyakinan dimiliki.

Hadir di acara pelancaran, Pengerusi Amaranth Co Ltd Korea, Choi Chan-Ki; Chow Hoong Kit, Pengarah Urusan K Beautyzone Sdn Bhd. Acara berlangsung di Sheraton Imperial Kuala Lumpur, turut memperkenalkan siri Sorabee Skin Care yang dipatenkan, di mana ia yang pertama di dunia dihasilkan menggunakan ekstrak kolagen marin daripada tapak sulaiman, diyakini mampu mengekalkan kelembapan kulit.

Sorabee 5th Outlet Opening Ceremony @ Quill City Mall_2

Kolagen tapak sulaiman mengeluarkan bahan menyerupai gam yang memegang sel di bawah epidermis. Dermis terdiri daripada 70 peratus kolagen. Fungsinya adalah memperbaiki tekstur kulit selain meningkatkat daya elastik. Mengapa ia perlu? Kerana di usia 25 tahun ke atas, pengeluaran kolagen semula jadi tubuh menurun. Apabila proses penuaan berlaku, kedutan dan garis halus mula kelihatan di sekitar mata disebabkan kurangnya kolagen dan kelembapan. Jadi, ekstrak kolagen daripada tapak sulaiman adalah pelindung ideal untuk kulit yang saban hari terdedah pelbagai elemen tidak baik. Penyelidik di Sorabee sedar, perlu ada usaha sebelum dapat keluar dari rumah dengan wajah paling menarik.

“Kolegen tapak sulaiman terbukti efektif menembusi lapisan kulit untuk memberi kelembapan, menghalang ia teroksidan dan memberi perlindungan daripada pencemaran,” kata Choi. “Malah, produk penjagaan kulit Sorabee diformulasikan daripada bahan organik dan ia juga mesra alam tapi mampu mengembalikan ketegangan kulit, mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan melalui formulasi unik Intensive Triple ‘S’ Action Technologies. Teknologi ini juga dapat melindungi dan membantu memperbaiki tona kulit menjadi lebih sekata sekali gus mengurangkan garis halus sekitar mata,” katanya.

Vanidah Imran, Megan Tan, Julie Woon and Lyn Tan had a great time at the Sorabee skincare launch

Tetamu dipertontonkan persembahan drum Korea dan kemudiannya disusuli pengenalan mengenai Sorabee oleh Megan Tan dan penerangan oleh Mr Choi dan Mr Chow,  kedua-dua mereka membawa tetamu jauh ke dunia dasar laut, melihat fungsi kolagen tapak Sulaiman, air dasar laut dan ekstrak Porphyridium Cruentum – hidupan laut unik – digabungkan menjadi formulasi terbaik membantu wanita semua peringkat usia mengurangkan proses dandanan. Sesi ini turut disertai selebriti termasuk Vanidah Imran, Julie Woon dan Roax Tan.

Keutamaan formulasi siri keseimbangan Sorabee, ia menggantikan rawatan kecantikan melalui penggunaan vitamin kompleks supaya kulit sentiasa bersedia melawan sinaran UV dan apa juga tanda jelas penuaan. Bahan utama dalam rawatan tentunya kolagen tapak sulaiman, air dasar laut dan plankton laut.

Models showcasing the series of Sorabee skincare

Rangkaian produk Sorabee dihasilkan khusus untuk lelaki dan wanita dari pelbagai latar belakang yang percaya kulit sihat, bersinar dan cantik boleh direalisasikan – kekalkan kelembapan dan keanjalan kerana ia mampu menghapuskan kedutan jauh lebih hebat daripada penyamar noda. Produk berharga antara RM55 hingga RM100, dan satu paling ketara selain melembutkan kulit, mungkin ia juga mampu menarik perhatian rakan sekerja.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi cawangan mereka di Main Place USJ 21/10; The Mines, Selangor; Quill City Mall, Kuala Lumpur; Taiping Mall, Perak; Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya dan Gurney Plaza, Pulau Pinang yang beroperasi bermula November ini.

Check Also

Kahf Malaysia Ungguli Kategori Pelancaran Produk di Anugerah FMCG Asia 2024

Kahf Malaysia, jenama penjagaan diri lelaki yang sedang berkembang pesat, telah mencapai kejayaan membanggakan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *